Saturday, June 21, 2008

MPPUMS SESI 2007/2008 CERMINAN PAKATAN RAKYAT?

Lewat malam di hujung minggu saya menerima SMS daripada seorang sahabat yang merupakan aktivis dalam gerakan perjuangan kemahasiswaan di sebuah IPT di Semenanjung Malaysia. “Syeikh, apa kabar? Ana (saya) titipkan doa moga nta (kamu) sihat walafiat. Tahniah ana ucapkan atas kejayaan MPPUMS yang semakin matang dalam era kepimpinan nta. Suatu kesimpulan yang ana dapat buat daripada pemerhatian terhadap lawatan MPPUMS ke IPT ana baru-baru ini, - MPPUMS cerminan gabungan pakatan rakyat”. (ejaan singkatan perkataan dalam SMS ini saya tidak gunakan bagi menghormati kualiti Bahas Melayu)

Persepsi ini bukan datang daripada seorang sahaja malah beberapa sahabat MPP sama ada golongan Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa daripada IPT yang pernah berdiaolog dengan MPP, PMUMS turut memberikan komentar yang sama. Saya tidak tahu pula apa parameter yang diletakkan oleh mereka sehingga berani menggelarkan MPP, PMUMS Sesi 2007/2008 sebagai cerminan pakatan rakyat. Kalau pun persepsi mereka ini benar, saya berpendapat bahawa ini suatu ‘bonus’ terhadap MPP, PMUMS. Hal ini kerana kita sedia maklum bagaimana corak dan mentaliti perjuangan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih menekankan aspek kebajikan rakyat dan mulai diterima umum. Tamsilan yang jelas bahawa MPPUMS memperjuangkan aspirasi mahasiswa sebagaimana Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak rakyat.

Sejauh mana kebenaran kenyataan ini, saya serahkan kepada para pembaca yang budiman untuk memberi penilaian secara rasional bukan emosional. Jika benarlah MPPUMS Sesi 2007/2008 merupakan cerminan Pakatan Rakyat, siapakah antara Pimpinan MPPUMS yang layak memegang karektor sebagai pemimpin seperti cemerlangnya Pakatan Rakyat memimpin lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Persoalan kedua, layakkah Pimpinan MPPUMS memiliki roh dan semangat perjuangan Pakatan Rakyat? Persoalan ketiga, siapakah individu yang bertanggungjawab membina karektor MPPUMS sehingga mendapat gelaran seperti ini? Apa pun persepsi anda, semuanya perlu penjelasan.

No comments: