Monday, October 20, 2008

Permulaan yang Baik

Alhmadulillah. Selesai sudah proses penamaan calon untuk bakal-bakal MPP Sesi 2008/2009. Hari ini, 20 Oktober 2008 bertempat di Anjung Siswa telah diadakan proses penamaan calon untuk kerusi Umum dan kerusi di 11 Sekolah masing-masing. Ramai juga calon yang berani mencalonkan diri untuk bertanding. Syabas saya ucapkan kepada mahasiswa yang memiliki keberanian seumpama ini. Berikut merupakan penama-penama calon bagi kerusi Umum dan Sekolah, mengikut nombor pencalonan masing-masing:
Calon Umum :
1) Sdra. Badri, 2) Stphenie, 3) Sdri. Masturah (calon pilihanku), 4) Sdra. Azlan, 5) Sdra. Saiful, 6) Sdra. Fazlurrahman @ Paloh (calon pilihanku), 7) Sdra. Tan Choon Fei (calon pilihanku), 8) Sdri. Aishah (calon pilihanku), 9) Sdra. Azhar (calon pilihanku), 10) Sdra. Azrul (calon pilihanku), 11) Sdri. Hafiza Syafika (calon pilihanku).
SST meyaksikan pertandingan enam penjuru bagi merebut 5 kerusi iaitu 1) Yap Kah Jin, 2) Khairunisa Klem 3) Chan Xiang Loong, 4) Claoston 5) Nur Syabri, 6) Azizul Julirin. SKTM terdapat 4 orang calon untuk merebut 3 kerusi, SPE terdapat seramai 5 calon untuk merebut 3 kerusi (Muhamma Nor, Widiawati, dan Lee Hui Jing), manakala bagi SPTA (Adam), SSMP, SPiKS (Redwan), dan SPS menyaksikan pertarungan satu lawan satu untuk merebut satu kerusi sahaja.
Sebanyak empat buah sekolah yang tidak ada pertandingan kerana calon-calon tersebut menang tanpa bertanding iaitu SPPS (Hidayah, Ismayani); SSS (Hasra, Hazamin); SPU (Nurul Atiqah); dan SPL (Baihaqi). Kenam-enam calon ini merupakan calon pilihan saya secara peribadi. Bagi yang berpeluang untuk bertanding, saya ucapkan selamat bertanding dan berkempen. Semoga berjaya menggenggam kejayaan demi ISLAM tercinta. ALlahu akbar... Salam JIHAD PRK

3 comments:

Anonymous said...

kehangatan bayu najah mula terasa =)

Claoston Nardon said...

rasa ketakutan dah mula meresap dalam jiwa...terutamanya bila hari tu terpaksa berhadapan dengan dr jualang sebelum penghantaran borang
diakui memang tak tau nak buat apa...muka abang hasanal pun dah lain, apa lagi muka kak suria, kak suhada, hilal dan muka abg murcd sendiri..
kalah menang memang belakang kira, tapi terfikir jgak, siapa yang nak kalah?
doakan kejayaan cton ye...

Muslimin Agung said...

Insya ALlah, asalkan kita ikhlas dlm bjuang pasti akan berjaya. Slmtt maju jaya adikku...Ton's Bosan....hehehe