Tuesday, September 8, 2009

Pertengahan Ramadhan

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Dua hari sudah struktur bacaan imam tarawih berubah aspek subjek dan predikatnya. Tanda kita kini berada di pertengahan bulan Ramadhan. Hampir separuh sudah kita lalui bulan penuh keberkatan ini. Semoga segala amal kita diterima dan mendapat keredhaan-Nya. Pada awal Ramadhan, imam akan membaca surah lazim sebagai subjek (seperti Al-Insyirah, Al-Asr, dan lain-lain) pada rakaat pertama dan surah Al-Iklhas dijadikan predikat sebagai surah pilihan dalam rakaat kedua. Sebaliknya, bermula malam ke-16 yang lalu, imam mula menjadikan surah Al-Qadr sebagai subjek, manakala surah-surah lazim yang lain dijadikan predikat pula.

Senario ini amat signifikan sekali dengan ketibaan malam 1000 bulan yang akan menyapa kita beberapa hari sahaja lagi. Sebagaimana janji-Nya tentang fadhilat malam Lailatul Qadar, maka marilah kita bersama-sama meraihnya untuk bekalan perjalanan kita menuju destinasi abadi. Hidupkan malam beribadah dan iktikaf. Jalan sudahpun terbentang luas. Tidak cukup dengan itu, Allah Ta'ala telahpun mengikat syaitan yang menjadi musuh utama kita. Sekarang terserah kepada empunya diri sama ada hendak memanfaatkan peluang ini atau mensia-siakannya begitu sahaja. Hargailah peluang keemasan ini selagi hayat dikandung badan.


3 comments:

Az_liey said...

Amak... Dari jauh ku pohon maaf...

Demi ALLAH aku rindu kenangan di UMS.. Ketika Subuh di MASJID, ketika bersarapan bersama, ketika berprogrsam bersama, ketika sedih bersama, ketawa, mengumpat , dan banyak lagi,,,..

Amak....

Az_liey said...

AmAK, I miss u amak.....

Az_liey said...

Sudirman

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh