Friday, January 1, 2010

Jiwa Murabbi

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putera-Puteri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di Bidang Pembangunan
Kami Tetap Bersama
Membangun, Membina
Negara yang Tercinta

Amanah yang Diberi
Kami Tak Persiakan
Apa yang Kami Janji
Tunai Tetap Kami Tunaikan

Salam wasilah ukhuwah fillah
Demikianlah antara bait-bait lirik Lagu Kami Guru Malaysia yang sering dinyanyikan oleh para guru di seluruh Malaysia setiap kali menjelang tarikh keramat 16 Mei yang meraikan dan memperingati pengorbanan dan jasa insan bergelar guru, cikgu, ‘sir’, ‘teacher’, ustaz/ustazah, dan seumpamanya. Tugas dan peranan guru dalam mendidik anak bangsa amat besar implikasinya. Benarlah kata-kata Sasterawan Agung Negara, Dr. Usman Awang, “...siapa saja pada hari ini menjadi dewasa, sejarahnya bermula daripada seorang guru biasa, dengan sabarnya mengajar tulis, baca”.

Takdir penentu segala-galanya. Setelah mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi, akhirnya pada 30 Disember 2009 yang lalu saya melapor diri sebagai seorang guru di SMK Agaseh. Lebih membahagiakan apabila saya ditugaskan menjadi pendidik di daerah sendiri. Saat pertama kali melapor diri secara rasmi, debaran memang dirasakan hangat. Namun ALhamdulillah dengan ilmu pedagogi yang ALlah Ta’ala ilhamkan, semua berjalan lancar. Mohon kepada pembaca budiman, doakan agar saya bergelar guru berjiwa murabbi kelak.

1 comment:

Hilal Azmi said...

Moga ini guru baru mampu melahirkan lebih ramai insan berguna mcam saya..ehehe....