Thursday, July 22, 2010

Bergema Lagi

Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (mufti) dan kepimpinan UMNO. Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan melayu ini sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam. Pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini. Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan UMNO!

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!” PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. UMNO sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Tatkala rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat UMNO gagal menjaga bangsa dan agama. Maka janganlah kegagalan ini PAS pula yang dipersalahkan. Lebih 50 tahun UMNO diberi kepercayaan oleh orang Melayu Islam. UMNO membelakangkan soal perpaduan, Kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri menghulur perdamaian, tangan kanan UMNO terus menekan dan menindas bangsa sendiri! Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. Biarlah timbangan MIZAN yang akan menjawab segala kebejatan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

saudara muslimin agung, boleh bagi alamat emel tak nak tanya sesuatu yang agak personal ~

Anonymous said...

muslimin_mukhlisin@yahoo.com