Tuesday, December 2, 2008

Merawat Penyakit Sosial


Ada beberapa cerita yang ingin dikongsi. Antaranya cerita tentang seorang gadis yang tak menutup aurat berasa tidak tenteram ketika dirinya kerap diusik oleh lelaki. Pada mulanya gadis itu menjatuhkan rambutnya yang direbondingkan dengan rawatan minyak panas guna mencairkan hati lelaki. Dia tidak menutup aurat dengan tujuan mahu mengajak lelaki tersebut berzina. Barah amalan berpeleseran ini akhirnya bertukar menjadi 'trend' seks bebas, saling bertukar-tukar pasangan, kemudian gadis yang telah diperkosa ini mengubah wataknya sebagai lelaki dengan niat menyelamatkan dirinya daripada terus-menerus menjadi korban mangsa nafsu liar lelaki. Dengan ini, wujud gejala baru lain pula; bersenggama sesama wanita. Sekian kisah salah satu fenomena masyarakat yang semakin tenat! Tidak cukup dengan itu, saban hari kita dikejutkan dengan laporan media tentang semakin parahnya masyarakat terlibat dengan sumbang mahram, gay, rasuah, bunuh diri, dan seumpamanya. Inilah antara virus yang dahulunya sekadar kudis dalam masyarakat tapi kini semakin bernanah kerana kealpaan kita. Kita mungkin boleh mengeluarkan fatwa, menjatuhkan hukum tetapi seperti yang disebut oleh pimpinan Ikhwan Muslimin, 'kita adalah pendakwah dan bukan penghukum'. Hendaklah kita ingat, bahawa masalah ini adalah warisan penyakit yang timbul natijah rohani yang tidak seimbang. Tiada masalahnya dengan fatwa dan hukum, tapi semolek-moleknya kita menyediakan juga ruang dan peluang untuk membimbing pesakit rohani dengan sesi kaunseling. Sedangkan kaum wanita itu lebih mudah diasuh berbanding kaum lelaki. Namun, kaum lelaki pula, kalau sudah terasuh nanti, dia pula akan lahir sebagai pembela agama. Sejarah membuktikan hal itu misalnya, Khalifah Umar Al-Khatab yang bengis pada zaman jahiliahnya bertukar watak sebagai pembela Islam bahkan menurunkan zuriat yang baik seperti Umar Abdul Aziz. Ini semua tidak mustahil terjadi kembali kerana sirah sifatnya berulang mengikut putaran masa dan kitaran waktu yang saling bersilang. Justeru, kita memerlukn lebih ramai ilmuan sufi yang menyampaikan bimbingan daripada ilmuan fikah yang melontarkan hukum. Jika ditanya apakah rahsia kegemilangan umat Islam zaman lampau? Jawapannya tidak lain kerana mereka berpegang teguh dengan prinsip amal Islami yang terakam kemas di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Saya optimis hipotesis ini akan menjadi realiti jika sistem pendidikan negara menitik-beratkan aspek praktikal dan amali yang terkandung dalam prinsip dan ajaran Islam. Besar harapan rakyat agar pendidikan kebangsaan mengangkat kembali subjek agama sebagai subjek utama dan bukannya mata pelajaran sampingan semata-mata. Melalui subjek agama, sistem pendidikan berteraskan rabbaniyah perlu diserapkan guna penyelesian terhadap masalah sosial di sekolah yang semakin kronik. Bersempena dengan sambutan Hari AIDS Sedunia (01 Disember 2008) ayuh kita derapkan langkah menuju negara Malaysia yang bebas daripada gejala sosial. Hidup mulia berperibadi ceria.

7 comments:

mzFaTih said...

salam sufi...ubat penyakit sosial ni dah lama ditemui.masalahnya pesakit xmahu makan ubat,doktor plak garang dan merawat sembrono...nampknya kene khatam kitab tasauf moden prof hamka.

Muslimin Agung said...
This comment has been removed by the author.
Muslimin Agung said...

Jangan lupa doktor (pendakwah) kena pandai kenal pasti penyakit (masalah) dan kena sesuaikan dengan ubat (penawar) yang mujarab. Dalam konteks dakwah, daie (naqib) kena bijak menguasai suasana dan memahami mad'u (adik usrah) supaya mad'u ini akan menjadi pendokong gerak kerja amal Islami. Berteori saja tak guna tanpa ada elemen praktikal di medan jihad yang sebenar.

mzFaTih said...

nape xboleh masuk shoutbox bang?ip adres saya kene block..."bertoeri saje xguna tanpa dibuktikan dmedan amali".setuju.lpas ni kene masuk makmal selalu wat kajian...

Muslimin Agung said...

1)'IP address' masjid abang 'block' dah. Tempoh hari ada budak I menyamar guna nama 'ambil berat' dan buat onar dalam 'shoutbox' tu.
2) Tubukan makmal kajian penyakit sosial ummah. Fardhu kifayah ini.

Anonymous said...

1hb dis- hari aids sedunia. memang dashyat kesan aids pd jgka masa y pnjg t'utama utk generasi dpn...ui mnakutkan... hub. lelaki-perempuan, hub. perempuan- perempuan & hub. lelaki- lelaki (y x halal), dan penyebab berkaitan...
1 ja resolusi kembali kpd asas agama~ fitrah... sukar merawat suasana ttp merawat dari akar umbi dgn cara menyuapkan makanan rohani (dakwah fardiyyah). b/mana hal org y bkn islam? b/mn nk rawat???

Muslimin Agung said...

Salam WUFI Gurun Coklat

"b/mana hal org y bkn islam? b/mn nk rawat???"

...Islam bererti salam dalam konteks ini merujuk pengertian Islam yang membawa perdamaian dan menjadi agama serwajagat. Tabie Islam yang bersendikan agama universal amat sesuai dipraktikkan tanpa mengira perbezaan ideologi siasah, agama, warna kulit hatta kelulusan akademik sekalipun. Bukankah kita sering kali mendengar dalil naqli yang bermaksud "Islam menjadi rahmat seluruh alam". Integralnya, sama ada masalah sosial (hatta masalah ekonomi dan politik sekalipun) solusi untuk merawatnya menggunakan wacana Islam semata-mata.