Tuesday, July 29, 2008

Biarkan Kami Bebas Bersuara


Pada pagi hari Isnin yang lalu, sewaktu saya dalam perjalanan balik ke UMS dari Lahad Datu, saya dikejutkan dengan satu mesej daripada seorang sahabat MPPUMS. Katanya melalui mesej tersebut, “Agung, hati-hati ya. Saya dengar cerita blog musliminmukhlisin sedang dipantau dan kemungkinan besar akan disekat”. Tergaman saya seketika. Apa salah blog tersebut? Terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan sahabat baik saya dalam MPPUMS ini atas nasihat beliau. Pada ruang yang ada ini, suka saya menegaskan hakikat betapa saya dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah gentar dengan ancaman dayus seumpama ini yang lazimnya datang daripada juak-juak SB (siput babi) yang cuba melemahkan semangat perjuangan kami.

Saya titipkan pesanan untuk para SB ini sama ada yang terdiri daripada SB pelajar mahupun SB HEP; “Ketahuilah hakikat bahawa SB yang paling agung telah ALlah Ta’ala utuskan untuk mengekori dan mencatatkan setiap inci perbuatan, percakapan, dan pemikiran kita. Seharusnya kita berasa gentar dengan kehadiran SB yang bernama malaikat ini, berbanding anda SB yang sering dicucuk hidungnya seperti anda”. Saya dan sahabat-sahabat saya tidak akan sama sekali berhenti daripada meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w kerana kami sudah memilih untuk terpilih menegakkan kalimah ALlah di bumi UMS khususnya.

Saya difahamkan beberapa laman blog yang memihak kepada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah cuba disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara blog yang telah cuba disabotaj ialah http://pasns.blogspot.com , http://amkns.blogspot.com dan http://rembau-hari-ini.blogspot.com. Pengendali-pengendali laman web tersebut telah menerima mesej berikut : “This blog has been locked due to possible Blogger Terms of Service violations. You may not publish new posts until your blog is reviewed and unlocked. This blog will be deleted within 20 days unless you request a review. Sementara itu, saya dimaklumkan oleh seorang sahabat pro mahasiswa di UM bahawa sumber media Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini telah dipelbagaikan lagi dengan kewujudan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com.

Saya termenung seketika. Adakah blog www.musliminmukhlisin.blogspot.com akan menerima nasib yang sama, disekat dan dianaktirikan hanya kerana kelantangan menyuarakan yang hak dan menyatakan yang batil? Pada masa yang sama, saya cukup terkilan dengan kedangkalan sesetengah pihak yang taksub membuta tuli terhadap konsep perjuangan memartabatkan hak mahasiswa. Hasutan demi hasutan diracun kepada pemikiran mahasiswa agar bangkit menunjukkan protes melalui demonstrasi jalanan, seperti bantahan terhadap penganjuran Konsert Anuar Zain baru-baru ini. Saya kenal siapa watak utama dalam drama tersebut – menghasut mahasiswa menunjukkan kedangkalan ilmu di jalanan. Sekali lagi saya peringatkan betapa MPPUMS menolak demonstrasi jalanan. Masa untuk berubah. Kami sudah lama berubah kerana suara kami sudah mula didengari walaupun tidak secara majoriti. - mcd -

4 comments:

pie said...

salam...

pada entry ini, saya sehaluan dengan saudaa agung. kebeabsan bersuara wajar diberikan kepada mahasiswa. kita sebagai mahasiswa bukan menagih simpati akan tepai kita sebagai mahasiswa cuma menuntut hak. di sini kita sehaluan walau pun pada dasarnya dari kejauhan saya tidak menggemari saudara(jujurnya).

ingin saya kongsikan kisah ciptaan yang menjadikan AUKU kelihatan haprak. bagaimana penyelesaian yang wajar menjadi persoalan.

kita ada dua org pemuda. kita namakan saja pemuda A dan pemuda B. pemuda A merupakan seorang pemimpin mahasiswa di sebuah universiti. pemuda A seorang berpandangan jauh. mempunyai idea yang bernas. idea yang realistik bukan idealistik semata. melalui pemuda A kita mungkin mampu menjana negara ke arah lebih terbilang. malangnya AUKU telah menghalang idea yang realistik ini tersangkut di minda sahaja. bakat pemuda A dipersia.

pemuda B pula rakan sekolah pemuda A. mungkin bukan rezeki untuk melanjutkan pelajaran, pemuda B hanya membuka perniagaan kecil-kecilan menjual pisang goreng di kampungnya. berbakat kepimpinan seperti pemuda A. pemuda B melibatkan diri dalam politik. pemuda B mampu mencurahkan segala idea realistik tanpa sekatan. bakatnya tidak dipersiakan.

melalui kisah ciptaan ini, kita lihat bagaimana pembaziran bakat berlaku. wajarkah AUKU diteruskan? kalau dipinda kenapa sekerat sahaja?

pandangan saudara agung bagaimana?

salam pemerhati.

sentiasa memerhati dan diperhati.

pijol@fizul said...

hak bersuara adalah bebas untuk sesiapapun selagimana tidak bercanggah dengan agama dan sensitiviti kaum.itu pendapat saya.salam unik untuk semua.

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Memang ada bernarnya kenyataan Pemerhati UMS. Syukran atas kejujuran saudara/saudari.

Dalam komen saya terhadap entry yang dimasukkan dalam blog ISEUMS saya ada menyatakan betapa saya pesimis dengan janji Menteri Pengajian Tinggi yang kononnya akan membenarkan pemimpin politik masuk kampus. Hal ini kerana kita (mahasiswa) acap kali ditipu oleh mereka atas nama AUKU ini.

Unknown said...

Pada pandangan saya jangan kita salahkan sesiapa dalam hal ini...kerana ada segelintir pihak yang menabur kata-kata kepalsuan,mengadu domba,memfitnah dll...

memang ada yang memberikan dakwah dan ilmu...tapi itulah realiti kehidupan...kita sentiasa akan berfikir kita di jalan yang benar sedangkan dari pandangan orang kita sudah terpesong...

Islam menggalakkan berdakwah...tapi kena ingat kita perlu berilmu...apabila kita ikhlas menuntut ilmu dengan beberapa guru,menyucikan hati,melakukan semua perkara dengan niat kepada Allah untuk mendapat keredhaanNya dan bermacam-macam lagi...(Ini pendalaman dan penghayatannya berbeza bergantung pada dalamnya jarak hati kita dengan Allah S.W.T)

Oleh kerana tanda-tanda kiamat itu telah muncul maka lebih elok jika berjaga-jaga...tidak membuka blog sesuka hati...

bebannya membuka blog kita kena fikir...ramai yang saya tgk tidak berfikir dengan mendalam akan bebannya...bebannya bukan setakat akan dicerca...akan dihina...malah ada juga yg mengharapkan sesuatu...ada pula ingin membantu...jika kita memberikan post yg baik(penuh dengan fakta yg benar,berilmu,memimpin dsb) maka kita akan disanjungi lebih banyak daripada ditegur...itu memang logik manusia kan...tapi sebaliknya jika ianya sesuatu fitnah, cetek pemikiran maka apa yg kita dapat adalah penghinaan...kita manusia...takkan boleh memuaskan hati semua pihak tapi jika kita dapat majoriti suara ati yang puas maka itulah sebaik-baiknya...jgn sempitkan akal dan islam itu dengan menerima pandangan org Islam sahaja...kalau berani terima dari semua pihak...

jika agama diorang bagi buat sesuatu, apa salahnya kita selitkan dakwah(tapi kena fahami betul2 ni,bukan semua perkara dibenarkan dan bukan semua perkara tidak dibenarkan)...daripada kita menghalang lebih baik jika kita bekerjasama membantu...tapi manusia ni fikir lain...Wallahualam tak mampu saya nak explain kenapa...banyak saya bagi hint dan clue tapi kamu semua tak dapat2 gak dalami maksudnya...

kamu ingin memimpin...bukan sahaja memimpin ke jalan Allah malah memimpin cara untuk hidup di dunia...tapi kamu juga kena ingat manusia diberikan pilihan sama ada untuk kurangkan dunia dan pentingkan akhirat, atau seimbangkan dunia akhirat, atau lebihkan dunia tak fikir akhirat...kita kena ingat itu pilihan orang...bukan pilihan kita..tiada paksaan dalam Islam...malah saya takkan memaksa kamu menerima hujah-hujah saya...cuma meminta untuk direnungkan...

jika Allah memberikan petunjuknya pada Saudara/saudari semua maka dengan kehendakNya kamu semua akan faham maksudnya...dan jika tidak maka apa saya boleh buat(dalam kes ini)...saya hanya hamba Allah yang lemah...banyak lagi yg ingin saya katakan hanya untuk membantu tapi selalu disalah faham...pelik...ego nafsu.......padahal saya tak pernah pun halang kamu berdakwah ke buka blog ke apa..juz menegur bila ada salah dan membenarkan bila kamu benar...tapi kamu semua hanya nampak teguran...tak nampak pujian...

(hujah ni untuk semua,bkan setakat kamu Mursidi, malah untuk semua rakan2 seperjuangan kamu,untuk umat Islam selaku umat Nabi Muhammad S.A.W., untuk umat kristian yang juga selaku umat Nabi Muhammad S.A.W. dan untuk semua agama dan bangsa juga selaku umat Nabi Muhammad S.A.W...Jadi fikirlah pepecahan umat itu bagaimana)