Monday, March 30, 2009

Kartun Doraemon

Saya optimis ramai generasi muda hari ini yang seangkatan dengan saya membesar dengan telatah Doraemon dan rakan-rakannya. Cerita asal kartun ini bermula begini, mulanya cucu Nobita pada abad hadapan telah menghantar robot yang bernama Doraemon untuk membantu datuknya semasa kecil. Doraemon asalnya merupakan robot yang berwarna kuning dan ada telinga. Malang menimpa Doraemon apabila ketika sedang tidur, seekor tikus telah menggigit telinga Doraemon sehingga habis. Sebaik sahaja Doraemon tersedar dari tidur, beliau terus ke cermin dan terkejut melihat telinganya yang sudah tiada. Akibat rasa terkejut yang amat sangat, badan Doraemon terus bertukar menjadi biru. Sejak hari itulah Doraemon mula berasa sangat takut terhadap binatang kecil bernama tikus. Nobita pula merupakan watak seorang budak yang pemalas dan agak lembap dalam pelajaran. Meskipun Nobita sedikit lembap dalam pelajaran, namun Nobita terbukti merupakan seorang yang berani, cekal dan cerdik dalam menghadapi beberapa situasi yang menakutkan. Kartun ini turut dimeriahkan dengan watak protagonis (seperti Sizuki dan Doralin, adik Doraemon) dan watak antagonis (seperti Giant dan Suneo/Sinyu). Saya kira pengasas kartun ini, Fujio Fujiko berjaya menarik perhatian seluruh dunia untuk menyaksikan karya beliau yang tersohor ini. Meskipun kebanyakannya fantasi, namun kerana Doraemon ada wawasan seperti menyelamatkan bumi, menghormati orang tua dan muda, semangat setiakawan, melebihkan orang lain, bijak mengawal emosi, dan juga kesetiaan Doraemon terhadap tuannya Nobita mempamerkan satu nilai yang sangat berharga untuk dipungut. Malangnya Doraemon yang kita kenali di UMS tidak berwatak protagonis seperti ini. Abaikan saja! Kaedah penyampaian pengasas cerita doraemon ini sangat kreatif. Sebelum tercetusnya gelombang ke"doraemon"an, mesti Fujio Fujiko resah bagaimana mahu membuat cerita yang mampu diterima oleh masyarakat umum. Demikian juga halnya dalam medan dakwah. Sebelum memulakan sesuatu projek, semestinya kita perlu merancang sesuatu yang boleh membuatkan orang menerima, meminati dan seterusnya menggilai idea kita. Program dakwah tersebut haruslah bersifat kreatif, segar, unik dan yang paling penting diterima oleh sasaran yang signifikan. Sasaran dakwah haruslah berjaya dijadikan peminat fanatik terhadap elemen Islam yang kita dakwahkan. Caranya bagaimana? Sama-sama kita fikirkan.

2 comments:

Hilal Azmi said...

Btul3... Idea dakwah perlu segar & mendapat tempat di hati masyarakat. Sepertimana masyarakat kini yang menggemari cerita Doraemon...

Macam mana nak dapatkan idea kreatif untuk ini???

1.Tambahkan ilmu berkaitan dakwah.
2.Tambahkan ilmu berkaitan minat manusia.

Insyaallah...Dapat idea yang kreatif untuk mendakwah masyarakat zaman skang.

mahasiswa menggugat said...

Betol3x...
Sy phm cikgu!!!