Friday, May 1, 2009

Babi (Khinzir) Lagi (Gila)

Sekali lagi kisah haiwan yang diharamkan oleh Islam ini menghantui kita. Sejak 1000 tahun yang lalu, ALlah Ta’ala telah pun mengharamkan haiwan merah jambu ini berserta keturunannya seperti yang banyak dirakamkan dalam Surah Al-An’am. Tiba-tiba babi jadi glamour dan sana sini orang asyik cakap pasal babi. Kalau menyumpah tersebut babi pun orang tak hairan. Maklumlah hari-hari disajikan dengan pelbagai cerita pasal babi. Dalam kesibukan dunia mengekang wabak ini, ada saintis yang mahukan nama selsema babi ditukar. Alasannya, virus selsema babi ini (H1N1) terbentuk dari hasil gabungan mutasi genetik babi, manusia dan unggas. Jadi bukan babi seekor sahaja yang terlibat dalam hal ini. Itu cerita lain. Pokok pangkalnya, babi itu! Wabak ini merebak cepat melalui sentuhan, bersin dan batuk yang datang daripada manusia. Lebih menyedihkan sudah ada nyawa yang melayang. Apa yang istimewa sangat pasal babi pun saya kurang arif. Nanti kita tanyakan dengan seorang siswi dari UPM yang gemar bergambar dengan haiwan ini suatu ketika dulu. Katanya dia pakar benar tentang babi ini. Nampak gayanya permintaan untuk daging babi akan berkurangan dan tauke bah kut teh atau cha siu pau pun rasanya terkena penangannya. Lepas ini, orang yang paling sibuk tentunya Jabatan Veterinar; hendak melawat dan menyuntik dos vaksin kepada para babi bukan kerja mudah. Kilang babi di Malaysia ini pun (kononnya Negara Islam) bersepah-sepah. Ada seorang sahabat menyebut selsema khinzir. Mungkin lebih sopan. Tapi kalau cakap pasal babi rasanya boleh buang saja etika kesopanan. Babi tetap babi! Tak ada babi yang halal. Teringat kisah seorang senior yang ditugaskan untuk mengaudit sebuah kilang peternakan babi di sebuah kilang besar yang penuh dengan babi-babi montel tajaan Kerajaan Khir Toyo dulu. Loya anak tekak. Baunya saja memang tak payah nak cakap; berbatu-batu pun masih boleh cium bau dia. Keadaan kandang dan sistem saliran yang kotor memang sesuai untuk pembiakan virus-virus penyakit berjangkit. Tambahan pula, majoriti kandangnya sangat gelap. Gelap itu macam-macam. Redup, suram, kelam, malap, hitam. Parti itu biru gelap. Tatkala tenggelamnya hadhari, munculnya ‘One Malaysia’, Parti jadi biru gelap pekat. Kufur itu yang hitam terus tanpa tanda putih. Mungkinkah sebahagian ahli Parti jenis ini, hanya Allah yang tahu, atau Dia sudah pun memberitahu kita. Kita sahaja yang gelap hati enggan mengakui. Cerah pun macam-macamkan? Kalaulah cerah kita seputih bulan mengambang, itulah iman yang hebat daripada kurniaan-Nya. Berusahalah untuk memilikinya.

1 comment:

Unknown said...

babi.. babi.. babi... tapi sempat lagi tu terselit anasir anasir politik..... tapi bang.. macam mana pulak dengan isu kerajaan baru selangor yang meluluskan projek pembinaan babi mega bernilai hampir 2 juta di selangor tu?? kat tanah kampung orang melayu lagi tu.... hurm..... mungkin sang roket masa tu dah lebih tinggi daripada bulan mengambang penuh sehingga terlupa hukum hakam agama.....