Hamba yang hina sedang mengembara di tanah gersang,
Menanti saat malaikat maut datang bertandang,
Menjemput diri ini ke alam persinggahan yang menakutkan,
Sebelum tibanya hari kebangkitan yang dinantikan.
Wednesday, May 13, 2009
Cuti-cuti Islami
Saat ini sudah ramai sahabat-sahabat yang berada di kampung halaman menikmati percutian semester yang baru saja bermula. Ada yang pulang ke kampung untuk mengubat kerinduan terhadap keluarga tercinta, ada juga yang berhajat meraikan keberangkatan keluarga menunaikan umrah. Bahkan tidak kurang juga yang mungkin akan mendirikan ‘masjid’ sama ada sebagai satu tanda (bertunang) atau terus mengikat janji terpatri di sanubari. Tidak mustahil juga mungkin ada segelintir daripada kita yang tidak ada sebarang perancangan untuk mengisi tempoh percutian ini. Bagi golongan seumpama ini, cukuplah sabda Rasulullah s.a.w menjadi peringatan, yang bermaksud “...jagalah waktu lapangmu, sebelum datang waktu sibukmu...”. Justeru, saya menggesa agar sama-sama kita isi percutian kali ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Rancang dengan apa yang di tangan, bukan yang kita angan-angankan. Libatkan diri secara aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, akrabkan diri dengan usrah, mesrakan diri dengan Pencipta. Manfaatkan waktu cuti ini dengan meningkatkan kualiti kita sebagai seorang da’ie (pendakwah). Cukuplah dengan memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi. Gunakan minda untuk berwacana, lebih daripada jari untuk menyumbat telinga. Ketika musuh yang bersaing dengan Islam begitu aktif mengukuhkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka percaya, gerakan Islam akan hilang siginifikasinya jika didukung oleh da’ie yang fikrahnya seperti istana kaca! Bagi diri saya pula, cuti ini adalah cuti terakhir saya bergelar mahasiswa. Alhamdulillah, pencarian ilmu selama empat tahun di Kota Jesselton yang penuh rencam dan karenah ini telah mentransformasikan saya daripada pelbagai aspek. Saya mengharapkan agar ilmu yang dikutip akan menjadi titipan yang berharga untuk mendidik anak bangsa kelak. Semoga percutian kali ini akan menemukan kita dengan pencarian yang abadi. Selamat berKRIS dan bercuti. Sampai bertemu lagi.
3 comments:
Anonymous
said...
Salam wbt.. Teringat ana pd pepatah arab yg dinukilkan oleh Abu Saif,
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”.
Ingatlah, bukan kita yang mulakan dan mengakhirkan sebuah perjuangan tetapi kitalah salah seorang yang menyambung rantai perjuangan ini... Terima kasih berikan tunjuk ajar...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Nasib Malang Guru 1Malaysia
-
Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang
hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan
Kementeria...
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah... Kepada sesiapa yang ingin menggunakan artikel di dalam blog ini, Muslimin Agung sangat mengalu-alukan untuk tujuan ilmu dan dakwah. Mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk sertakan alamat blog ini melalui artikel yang digunakan Sama-samalah kita hargai masa dan kajian saudara kita walaupun sekelumit pendapat dalam blog ini tidak punya (C) hakcipta. Gunakanlah bahasa yang indah lagi berbudi dalam memberi komen, pandangan atau teguran. Ke Arah Mukmin Profesional.
3 comments:
Salam wbt..
Teringat ana pd pepatah arab yg dinukilkan oleh Abu Saif,
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”.
Moga masa kita dipenuhi dgn aktiviti2 berkualiti.
p/s: cd mcm baru balik haji :P
benar dayat, aku sokong sgt2 kata ust hasrizal tu.
cuti panjang mcm melagho plak aku
Ingatlah, bukan kita yang mulakan dan mengakhirkan sebuah perjuangan tetapi kitalah salah seorang yang menyambung rantai perjuangan ini...
Terima kasih berikan tunjuk ajar...
Post a Comment