Friday, June 5, 2009

Lima Alam

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Manusia sudah tua umurnya. Ia bayi di zaman Nabi Adam, remaja di zaman Nabi Nuh, pemuda di zaman Nabi Ibrahim, dewasa di zaman Nabi Musadan kini sudah cukup tua di zaman Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Manusia menghampiri ajal akhirnya, maka dunia kita adalah dunia yang tengah mendekati hari kehancurannya. Hari kiamat. Dunia ini buat kehidupan manusia. Apabila manusia diajalkan, dunia pun diajalkan juga.

Oleh sebab sifat tua yang dimiliki umat ini yang mengumpul timbunan pengalaman gelojak remaja, kehangatan dan semangat masa muda di samping kematangan kedewasaan, Allah memilih untuk umat ini Al-Quran sebagai mukjizat agung utusan-Nya itu, bukan sekadar keajaiban yang lahir daripada tubuh Baginda semasa hayatnya. Al-Quran adalah mukjizat ilmu dan kewarasan berfikir. Allah tahu umat Muhammad tersedia dengan akal yang matang dan sarat ilmu. Dia tahu kita akan menolak hidup dalam dunia khurafat tanpa akliah dan bukti yang pasti daripada segala ilmu yang digapai.

Perjalanan kita yang bermula dengan perjanjian dari alam roh beralah ke alam rahim yang penuh kasih sayang sebelum kita memasuki alam dunia yang penuh mehnah dan tribulasi (ujian dan cubaan) sehingga mencabar keimanan. Selesai kita beramal di dunia yang fana ini, maka Izrail pun datang memanggil untuk menjemput kita tanpa ‘kad undangan’ ke alam barzakh yang menakutkan. Persinggahan sementara ini akan berakhir tatkala Israfil mula meniup sangkala. Itu tandanya alam akhirat sudah pun tiba. Konsep lima alam inilah yang akan menjadi mauduk utama perjalanan program KRIS Lahad Datu pada kali ini. Semoga dengan program seumpama ini akan menyedarkan kita hakikat sebuah perjalanan kehidupan. Perjalanan kita menuju destinasi akhirat yang kekal abadi. Satu pakej tiada tandingan.

1 comment:

Terbacaku_seketika said...

hmmm. tul jugak.. dari zaman nabi adam lagi sel2 ini turun dari satu generasi ke generasi. entah sudah berapa umurnya sel2 ini. penuh dengan pelbagai kombinasi, yang asal nya dari kombinasi Adam dan Hawa. ditambah pula dengan mutasi2. setua2 manusia, ia akan kembali kepada kanak2, seterusnya menjadi bayi. jika dulu masa kanak2 dahulu memakai lampin. bila tua pun kembali memakai lamping. jika dulu masa bayi tidak boleh berjalan, kini masa tua kembali tidak dapat berjalan. jika semasa kecil dahulu disuap, diberi minum, masa tua jua kembali disuap. apapun masa berlepas takda orang pun tahu bahkan kita sendiri pun tak tahu. hanya menungu dijemput ke destinasi seterusnya.