Sunday, April 25, 2010

Alam Baru

Salam wasilah ukhuwah fillah
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu, seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita sering diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah. Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas. Hakikat sebenarnya hidup kita belum berakhir. Nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. Bahkan malaikat maut belum sudi menemui kita buat sementara. Cuba kita lihat dan amati setiap arah ke utara, selatan, timur, dan barat. Lihat setiap inci ruang di sekeliling kita. Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan penghidupan. Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju. Ingatlah, penamat hidup kita hanya satu, iaitu tatkala Malaikat Izrail datang bertamu sekalipun tanpa kita mahu. Nyawa kita terpisah daripada jasad. Itupun kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam baru iaitu alam akhirat yang yang lebih luas dan kekal abadi. Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa kita ke jalan selamat. Ameen...