Monday, December 29, 2008

Mahasiswa Menggugat?

Sungguh tinggi nilai yang diberikan kepada kita yang menghuni menara gading sehingga menerima gelaran mahasiswa. Pernah timbul konflik antara golongan bahasa dan teologi tentang penggunaan frasa ‘maha’ itu yang selayaknya untuk Tuhan sahaja. Konflik tersebut akhirnya diam seribu bahasa apabila pihak eksekutif (Menteri Pendidikan) campur tangan. Bukan itu isunya. Saya ingin kita bertaakul tentang nilaian yang tersirat di sebalik gelaran mahasiswa yang kita terima. Layakkah kita mendukung idealisme masyarakat yang inginkan keadilan dan kesejahteraan melalui kerajaan yang bersih? Seharusnya kita mampu. Bagi golongan massa, mereka melihat mahasiswa sebagai entiti yang paling kuat dan paling ampuh bertenaga dalam menyampaikan saranan dan kritikan sehingga libasan maut bicara hikmat mahasiswa itu mampu melumpuhkan sendi kekuatan kerajaan yang korup. Harapan itu tinggal angan-angan yang menjadi khazanah lapuk di minda dangkal mahasiswa yang tidak berani menggugat. Roh reformasi mahasiswa 1970-an hingga lewat 1990-an sudah semakin malap. Badai gelora tsunami, garangan demi garangan akhirnya mulai surut ditelan zaman. Mungkin mahasiswa dan masyarakat awam yang lainnya patut membuat akad, waad sebagai Sri Tri Buana dan Demang Lebar Daun. Saya fikir pimpinan pelajar (sama ada MPP, GAMIS, PKPIM, dan lain-lain) dapat melakukan sesuatu yang luar biasa dan dapatlah beraksi nakal sedikit sebagai tabiat orang muda untuk menyedarkan orang tua di singgahsana Putrajaya. Masih ada lagi ruang rasional sebelum meletupnya kegilaan demi kegilaan mahasiswa yang semakin menggugat. Kita akan bergendang bersama menuju puncak.

Ya Allah Bantulah Aku

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu. Aku cuba berkali-kali tapi aku gagal lagi. Aku tidak berputus asa, aku lawan lagi. Namun aku tidak mampu aku kalah jua. Tuhan, bantulah aku mudahkan aku melawan nafsu yang merosakkanku agar aku tidak terhalang untuk menuju-Mu. Tolonglah aku Tuhan, kasihanilah aku, jangan Kau biarkan aku. Tuhan, bantulah aku, kasihani aku, jangan biarkanku, bantulah aku selalu. Aku tidak beputus asa. Aku tetap berjuang dengan mengharap ihsan daripada-Mu. Kalaulah Engkau terus membiarkanku. Aku akan berterusan ke lembah dosa. Nafsu dan syaitan sering menganggu aku setiap hari ia memusuhiku ketika aku ingin mentaati-Mu. Jangan biarkan aku keseorangan menghadapi syaitan dan nafsuku.

Aku ingin mentaati-Mu, aku ingin redha-Mu. Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti. Tuhan aku akan mencuba lagi melawan nafsu ldengan bantuan dan rahmat-Mu Tuhan. Di dalam solat ini, aku mengharapkan-Mu memberikanku cinta dan takut akan diri-Mu sebagai penawarku daripada nafsuku. Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu. Tuhan, bantulah aku menghayati solatku agar aku dapat merasakan kebesaran-Mu hingga aku tak membesarkan selain daripada-Mu dengan rasa itu aku harap moga aku dapat melawan syaitan dan tipu daya nafsuku. Tuhan, dalam solatku bersihkan jiwaku lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku, suburkan rasa kehambaan. Kekalkanlah rasa itu di dalam seluruh kehidupanku. Jangan biarkan aku keseorangan menghadapi syaitan dan nafsuku.
Ya Allah Engkau kenalkan dirimu melalui al-Quran. Aku amat gembira bahawa engkau Tuhanku. Aku rasa bahagia menyembah dan memuji-Mu, membesarkan dan mensucikan-Mu. Setiap hari, setiap waktu. Engkau adalah cinta agungku. Engkau sentiasa di dalam kenanganku. Hatiku sentiasa terhubung dengan-Mu. Itulah hiburanku, itulah ketenanganku. Kebesaran engkau kerana engkau memiliki sifat kesempurnaan. Tidak terhingga kesempurnaan itu. Engkau patut dicintai, engkau patut ditakuti tapi kasih sayang-Mu lebih menonjol lagi. Orang yang hatinya buta sahaja yang tidak dapat melihat kebesaran-Mu. Orang yang hatinya mati sahaja yang tidak nampak kasih sayang-Mu. Orang yang hatinya mati sahaja Engkau tidak ada di dalam hatinya. Tuhan aku berpuas hati, Engkau adalah Tuhanku

Sunday, December 28, 2008

Siapa Kita Sebenarnya?

Sempena permulaan tahun baru ini, mari kita renungkan bersama kerana setiap daripada kita ada melakukannya. KITA SEBENARNYA...

* Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
* Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
* Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
* Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
* Lebih suka lepak, tidur tengok TV daripada sembahyang
* Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
* Lebih suka menyebut hello!...hai! daripada Assalamualaikum
* Lebih suka pakai cap dan topi daripada tudung atau kopiah
* Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid dan bertahmid
* Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
* Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
* Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama
* Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
* Lebih suka mencarut, @#%^&! daripada menyebut MasyaAllah
* Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
* Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
* Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
Hairannya apabila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab, “Kita SEBENARNYA Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka” Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT? Apa yang Tuhan suruh itu sama-samalah kita buat, yang dilarang itu kita pakat tinggallah. Kalau Allah SWT dah syariatkan wajib laksanakan Hukum Hudud, maka kita kena patuh. Jangan beralasan lagi! Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada hamba-Nya (termasuk menang Pilihan raya Umum daripada pengundi hantu) tetapi kita masih lupa kepada-Nya. Raikanlah tahun baru Islam seadanya berlandaskan syariat. Insya Allah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau sebagaimana dalil naqli dalam Sural Al-Mu’min, ayat 39-40, yang lebih kurang alih bahasanya: "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab”. Benarlah firman Allah SWT. Selamat menyambut tahun baru 1430H. Wallahualam.

Friday, December 26, 2008

Seloka Keluarga Amat (versi ulang siar)

Salam wasilah pembuka bicara
Seloka Keluarga Amat hiburan semata
Keluarga ceria sentiasa bahagia
Berkongsi cerita pedoman bersama
Kampung Hyundai teratak keluarga
Tempat berteduh sepanjang masa
Solat bejemaah, makan bersama
Jadi amalan kami sekeluarga

Salam ta’aruf daripada ketua keluarga
Amat bin Kandalang bin Haji Mijan orangnya
Mendidik kami sepenuh jiwa
Agar berbakti kepada agama dan nusa

Sadayara Al-Pasain permaisuri keluarga
Menyayangi kami tak kira masa
Kawasan dapur katanya “mak yang berkuasa”
Inginkan menantu yang dekat LD sahaja

Puteri sulung Nurfiah namanya
Lulusan diploma perakuanan dari kolej swasta
Bersifat tegas tetapi baik hati orangnya
Abang Saiful jejaka pilihan hatinya

Anak kedua berlagak ketua
Muslimin Agung gelaran dirinya
Orangnya celupar manis berbicara
Menjadi rebutan si anak dara

Azmi Amat anak ketiga
Ada kemahiran memandu kereta
Ketua Pelajar amanah buatnya
Sentiasa digeruni di kalangan keluarga

Muhd. Azdnan Amat manis orangnya
Rambutnya berdiri seperti wira
Bercita-cita menjadi satria
Semoga menjadi Menteri Pertahanan Malaysia

Orangnya kemas gagah perkasa
Berbadan kurus kacak orangnya
Ingin menjadi Ketua Polis negara
Abdul Asri alias Asbi itulah gerangannya

Puteri bongsu Nurfarina namanya
Siti Nurhaliza artis kegemarannya
Kalau ke sekolah bertudung manis orangnya
Sudah ditempah anak saudara sebapa

Hafizam Amat comel orangnya
Matanya bulat macam bola
Dodot, Dadek, panggilan manja dirinya
Menjadi kesayangan kami sekeluarga

Hidup ini hanya sementara
Senda gurauan hiasan semata
Si Mickey penghibur kami sekeluarga
Sekalipun dia sekadar hamster semata-mata

Kepada ILahi kami panjatkan doa
Moga sentiasa dalam iman dan takwa
Terhindar daripada khianat manusia
Agar sejahtera, aman, sentosa

Sekian dulu seloka hamba
Tidak berniat menunjuk bangga
Sekadar berkongsi cerita keluarga
Buat santapan jiwa dan minda

Wednesday, December 24, 2008

PRK Zon Tengah

Sebentar tadi saya dihubungi oleh sahabat yang saya kenali melalui Konvensyen Pemimpin Muda anjuran Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pada pertengahan Jun tahun ini. Beliau melahirkan rasa kesal dengan tindakan berat sebelah pihak pentadbiran universiti yang sehingga kini masih merahsiakan tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK). Sejauh mana kebenaran hal tersebut, tidak dapat saya pastikan. Namun hati kecil saya bermonolog bahawa apa yang diluahkan oleh sahabat saya itu ada benarnya. Umum mengetahui, kampus kita (UMS) sudah pun selesai menjalani ujian getir itu. Namun ini tidak bermakna kita boleh bersikap tidak pedulisme terhadap apa yang akan berlaku di IPTA Semenanjung, apatah lagi bagi golongan mahasiswa yang terikat dengan ukhuwah fillah atas akidah Islamiyyah yang kudus.

Angin PRK Zon Tengah semakin kuat bertiup. Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana PRK adalah milik kita dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Saya hairan dengan saranan yang bergema dari Putrajaya yang menyuruh mahasiswa berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRK. Hakikatnya, semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami. Mahasiswa yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihan raya, malangnya hal tersebut terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh PRK dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa. Pada masa yang sama menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan ghazwatul fikr (serangan pemikiran) terhadap segolongan mahasiswa yang enggan terlibat dalam PRK sekalipun hanya menjadi pengundi. Mereka mungkin mempunyai persepsi seperti ini: “pro-Aspirasi yang memerintah semakin parah, pro-Mahasiswa yang mahu menjadi alternatif belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti”. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan oleh mereka kecuali lima rukun hidup iaitu makan, minum, kelas, rehat dan enjoy. Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir. [Al-A’raaf 7: 179]. Jangan lupa golongan ini wujud di UMS.

Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja, tapi jadi binatang ternak seperti kambing yang tiada falsafah hanya menanti saat menjadi korban. Apa pun falsafah dan ideologi siasah yang kita imani, saya berharap kita mampu berpencak di medan yang sebenar. Sebagaimana seruan Tun Mahathir saat beliau melepaskan Putrajaya, ‘jangan gadai negara dengan jual beli undi anda’. Kita mungkin boleh terus menangis atas kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan undi. Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan. Anggaplah medan PRK ini sebagai tarbiyah daripada Allah SWT. Sedarlah saudaraku!

Wednesday, December 17, 2008

Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman, yang disabdakan dari lidah Rasul Junjungan, agar kita menjadi orang yang dimuliakan, golongan yang baginda rindukan. Jika para sahabat itu bertanya, "Siapakah yang diberi gelaran itu kepadanya?", amarah dan cemburu di hati mereka hingga menitiskan air mata. Lantas baginda menyebut lagi, "Ikhwan itu mengamalkan sunnahku bagai menggenggam bara api, mereka amat mencintaiku sekalipun tidak pernah bertemu". Ukhuwah mereka bagaikan susunan batu-bata, sering menguatkan di antara mereka, umpama satu ibu dan satu ayah, fikiran, keyakinan, dan keselarasan. Perjuangannya ibarat singa di siangnya, bagaikan abid pula di malam harinya, rahman fil ilailhi wa fusa innahar, gelaran yang baginda berikan. Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan, mereka pilihan di atas pilihan, bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan kerana dosa amat dihindarkan. Luar biasanya takwa ikhwan, kerana takwanya diberi pertolongan, kerana takwanya diberi rezeki dan di dunia diselamatkan Tuhan. Wahai para pencinta kebenaran yang menagih janji Tuhan, rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman. Ia tawaran yang tiada tandingan.

Tuesday, December 16, 2008

Alahai Dai'e

Golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah ini) bercakaran sesama sendiri. Fenomena itu bukannya baru berlaku bahkan ada yang menyifatkan hal ini persis virus yang akan melumpuhkan penghidapnya. Suatu ketika dulu, ada seorang pengunjung blog Muslimin Agung yang mengelarkan dirinya sebagai ‘ambil berat’ yang mempersoalkan permasalahan ini. Beliau turut mempersoalkan kerelevanan ‘budak masjid’ menyertai PRK. Saya prejudis, dia ini muncul dari golongan anti-politik. Saya cukup kesal dan sedih, ketika golongan yang sedar dan celik politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu dengan elemen romanticism yang tidak rasional di blog para dai'e berdarah muda.

Kegagalan kita menyelesaikan isu ini akan sedikit sebanyak melengahkan kita daripada bertindak betul. Natijahnya, kita terus melayan siang dan malam dengan teori atas angin, tidak berpijak di bumi yang nyata. Selain persoalan ideologi siasah, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan Muslim sesuka hati. Mereka ini berdalil menggunakan hadis-hadis yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah. Menurut Ustaz Hasrizal, hadis yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Natijahnya, apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu. Golongan yang berminda faqih dan hakim akan mentafsirkan seorang yang dahulunya menghisap ganja 17gram tetapi kini berkurang kepada 10gram, tetap dianggap sebagai penagih dadah. Namun jika kita melihat pengurangan 17 kepada 10 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian yang positif. Malangnya tidak semua dai’e memiliki citra warna yang sama. Muslim yang tidak benar bicaranya ibarat seorang yang meninggalkan jemaah Islam, lalu memasuki kumpulan lain (atau mengasaskan yang baru), setelah itu dia mengutuk jemaah Islam yang ditinggalkannya. Ini bukan sikap seorang dai’e! Realitinya, kita masih lena di buai mimpi lunak di atas tilam empuk walaupun di bawah katil dilimpahi air banjir. Saya menepuk dahi (atau dagu), alahai dai’e!

Friday, December 12, 2008

Pantun Tanpa Tajuk

Jikalau gusar di Kolej Kediaman Eei
Mari berpindah ke Kolej AB
Hairan tercengang Doraemon berdiri
Melihat Nobita lari bersama MyBb

Seusai Solat Subuh jom ke pekan
Pergi bersama Firdaus dan isteri
Kalau nak tahu besarnya Labuan
Ambil pembaris ukurlah sendiri

Burhan dan Amsah dua sahabat
Sering bersama di mana berada
Bagaimana cara hendak mengubat
Hati Rashid yang merana

Sabak dan Fanshuri teman sebilik
Kedua-duanya pandai bergaya
Kalau tuan hamba ingin menjadi cerdik
Tangkaplah sang kancil, rebuslah otaknya

Jass dan Matinz membeli nasi
Menjadi santapan berbuka puasa
Mendengar kucing dan arnab menyanyi
Termenung hamster duduk bersendirian

Kalau takut dilanda badai
Di tepi pantai jangan berumah
Kalau takut tanah menimbusi
Di lereng bukit jangan berumah

Salam maaf tidakku mahu
Andainya ada yang terasa
Hasrat di hati sekadar bergurau
Menjadi lumrah adat seloka

Thursday, December 11, 2008

Bola oh Bola

Kecewa! Itulah rasanya ungkapan yang sesuai terhadap aksi pemain bola sepak kebangsaan dalam merebut Piala AFF di Thailand. Semalam, pasukan negara yang turun menentang pasukan tuan rumah tewas 3-0. Mungkin ada pembaca yang hairan kenapa saya tiba-tiba menghasilkan wacana berkaitan sukan apatah lagi memperihalkan tentang sukan bola sepak yang kurang saya gemari itu. Sebenarnya ada beberapa rasional yang boleh diguna pakai sehingga mengerakan hati saya untuk menarikan tangan di keyboard laptop guna berkongsi sedikit pandangan. Pertama, saya teruja melihat kesebelasan pemain utama negara yang terdiri daripada pemain muda daripada pelbagai latar belakang. Kedua, penerbangan mereka ke Thailand menaiki pesawat tentera khas mengujakan saya. Ketiga, saya ingin mengenali seorang pemain yang diminati oleh seorang junior, Faqrul Zaquan. Keempat, saya difahamkan skuad kebangsaan kali ini tidak menerima pakai penyertaan pemain dari negeri Sabah dan Sarawak. Apakah sebab musababnya? Saya juga kurang arif. Kelima, dikhabarkan mereka menerima jumlah elaun bermula September lalu sehingga kini bagi Piala AFF adalah antara RM6,000 hingga RM7,000. Jika jumlah itu dikalikan dengan 22 pemain skuad kebangsaan yang berada di Phuket ketika ini, bermakna Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dianggarkan membayar antara RM138,000 hingga RM154,000. Angka ini lebih dari cukup untuk mendirikan sebuah fakulti (sekolah) Pengajian Islam di UMS. Ternyata pelaburan itu sia-sia belaka apabila skuad kebangsaan tersingkir daripada meneruskan semangat ‘Malaysia Boleh’ di negara gajah putih itu. Saya semakin kecewa! Kekecewaan saya bertambah jika (mungkin) terdapat peminat bola sepak yang leka menonton perlawanan tersebut di Saluran 813 sehingga sanggup melewatkan (mengorbankan) Solat Maghrib (bagi penonton di Semenanjung) dan Solat Isyak (Sabah dan Sarawak) secara berjemaah di masjid hatta di rumah. Senario ini terjadi hanya kerana sebiji bola.

ISEUMS Untuk Semua

Sebelum wacana melangkah dengan lebih jauh molek kiranya saya perkenalkan terlebih dahulu ISEUMS kepada pembaca budiman. ‘ISEUMS’ merupakan akronim Ikatan Sahabat EKSAH Universiti Malaysia Sabah, manakala ‘EKSAH’ pula adalah Exco Kerohanian dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMS). ISEUMS mula ditubuhkan pada era MPP Sesi 2007/2008. Sekalipun wujud kontroversi tentang kewujudannya kerana salah faham (atau buat-buat tak faham) oleh sesetengah individu berkepentingan, namun ISEUMS masih bernafas sesegar hijau dedaunan. Sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung, MPPUMS Sesi 2007/2008, saya mencadangkan agar beberapa sekretariat yang bernaung di bawah MPP dijenamakan semula. Maka, lahirlah sekretariat Srikandi (di bawah Naib Presiden HELWA), ISEUMS (EKSAH), Media Team Wasilah (EPI), dan Protocol Team (Exco Projek dan Protokol).
Pada mulanya, semua ini berjalan lancar sehinggalah berlaku sedikit krisis dengan pentadbiran yang menyebabkan gerak kerja ISEUMS terhenti seketika. Alhamdulillah, dengan penerangan yang diberikan krisis itu berakhir begitu sahaja. Wacana ini saya titipkan istimewa kepada semua penggerak ISEUMS agar terus merencanakan dan bergerak kerja seiring dengan slogan ‘ISEUMS untuk Semua’. Kegagalan yang kami lakukan pada sesi yang lalu dijadikan ibrah guna memperbaiki dan melicinkan lagi perjuangan ISEUMS sebagai wasilah dakwah sama ada kepada pelajar Muslim atapun non-Muslim. Pada hemat saya, ISEUMS yang dipengerusikan oleh Saudara Nursyabri bin Mat Nor, semakin bangkit dan Insya Allah akan terus bangkit dan relevan untuk meneraju arus politik perjuangan mahasiswa.
Politik yang tidak lagi bergantung kepada kekuatan ataupun pengaruh kuasa dan kewangan, politik yang tidak bertenggek pada ektrimis bangsa yang membuta semata-mata. ISEUMS sedang meneraju politik Islam yang bersih, adil dan membela semua, yang mampu melahirkan kepimpinan yang diidamkan bukan hanya untuk mahasiswa Melayu-Islam, tetapi juga untuk mahasiswa UMS seluruhnya. Harus diingat, kita berkhidmat kerana Allah, maka jauhilah sebarang perbuatan syirik yang menyebabkan pertolongan-Nya terhijab daripada kita. Dalam khutbah Hujjatul Wida' ada disebutkan Rasulullah s.a.w, bahawa syaitan telah pun berputus asa dalam memperdayakan kita dalam hal-hal besar seperti syirik dan kita diminta berawas dalam hal-hal yang kecil sahaja (yang menyebabkan syirik). Selamat memburu redha ILahi.

Sunday, December 7, 2008

Terkorban Pada Bulan Korban

Hiba rasanya sambutan bulan Zulhijjah tahun ini yang di dalamnya terselit perayaan Hari Raya Aidil Adha. Mana mungkin kita lupakan tiga tragedi berturut-turut yang berlaku pada awal bulan ini melibatkan kejadian tanah runtuh. Bermula dengan runtuhan yang menghempap banglo jurutera di Ulu Yam, diikuti tanah runtuh berdekatan jalan utama di Jalan Semantan, dan terkini kejadian tanah runtuh yang melibatkan 3000-4000 penghuni di Bukit Antarabangsa. Ketiga-tiga tragedi ini telah memakan korban yang menyentap hati kita semua. Tatkala memikirkan apa yang berlaku ini, saya tersentap dengan kenyataan Ustaz Aagim, pendakwah bebas dari Indonesia, dalam program bual bicara beliau di Saluran Astro Prima. Bagi beliau, ujian itu adalah ‘kredit’ buat kita yang diuji sebagai tanda Allah SWT menyayangi kita di samping menaiktarafkan maqam kita di sisi-Nya. Bersyukurlah saudaraku, Allah Ta’ala sedang berbicara denganmu hakikat kehidupan di dunia yang sementara ini. Perhatikanlah satu demi satu perkara biasa-biasa yang sedang mengisi masa. Mungkin ada bicara Tuhan disebaliknya. Sahutlah bicara itu dengan jawapan yang akan membahagiakan dirimu. Pesanan saya, ujian jangan diminta namun ketika tiba pastikan kita bersedia menghadapinya. Hanya doa dan salam takziah mampu dititipkan kepada mereka yang terkorban dan keluarga yang terlibat. Sebagai penutupnya, sama-sama kita tekuni firman Allah SWT yang terakam kemas dalam Surah Al-Ankabut, ayat kedua yang lebih kurang alih bahasanya: “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka belum diuji.” Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Berkorban apa sahaja untuk Islam tercinta.

Selalu yang Terjadi

1) CINTA sebelum kahwin :
C = cubit kiri, kanan rasa
I = impian indah ibarat syurga
N = nikah impian utama
T = taat setia membawa bahagia
A = awal dan akhir bersama-sama.
CINTA selepas kahwin :
C = cuka yang dituang pada luka
I = iblis yang merosak minda
N = nafsu semata-mata
T = tuba yang dibalas semula
A = api dalam neraka.

2) KASIH sebelum kahwin :
K = kongsi semua suka duka
A = abang adik, ayang saja
S = sumpah janji di bibir sentiasa
I = istana bahagia dah dicipta
H = hatiku hatimu jua.
KASIH selepas kahwin : K = kaki tangan naik ke kepala, A = abuk pun tara, nak makan apa, S = simpati langsung tak ada, I = ironi membakar jiwa, H = hidup mati sama saja.

3) SAYANG sebelum kahwin : S = sikit-sikit SORRY, mengada! A = asal free mesti nak jumpa. Y = you lap me, I lap you! A = apa saja sanggup diduga. N = nak itu, nak ini... mesti dapat. G = gula-gula, teddy bear hadiah utama.
SAYANG selepas kahwin : S = salah sikit kiamat dunia. A = air tak sedap, basahlah mata. Y = yang betul dia saja. A = ada takde, bagi anak reti la. N = nak dilawan, digelar derhaka. G = gaduh sampai lebam.
4) HATI sebelum kahwin : H = hanya dikau yang daku cinta. A = air paip pun manis macam gula. T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. I = igauan indah tak terkira.
HATI selepas kahwin : H = hantu jembalang lagi sempurna. A = air mata jadi teman setia. T = tempat mengadu dah tak ada. I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Dipetik dan diubahsuaikan daripada sumber yang tidak dikenal pasti.

Friday, December 5, 2008

Merakyatkan Mahasiswa

Berkongsi ilmu melalui blog Muslimin Agung ini telah memberikan saya suatu dimensi baru menghadapi realiti kehidupan di luar kampus kelak, misalnya satu kes yang merupakan pengalaman peribadi. Ada seorang pimpinan mahasiswa yang lantang bersuara menyuarakan pandangannya melalui blog berhubung sesuatu perkara. Tidak lama sesudah itu, beliau dipanggil ke Pejabat HEP. Pada telahan pembaca, apakah agaknya tindakan pelajar itu? Pertama, beliau mungkin memadamkan jejak penulisan di blognya. Kedua, beliau menggunakan nama sebenar, lalu ketika dihadapkan ke jawatankuasa siasatan, beliau menafikan tulisan itu miliknya. Ketiga, beliau mungkin menggunakan nama samaran, tapi akhirnya menafikan lalu menyatakan kemungkinan orang lain menggunakan nama samaran dan nama sebenar beliau. Senario ini pada hemat saya signifikan sekali dengan sindiran yang pernah dilontarkan tokoh akademik negara Prof. Diraja Ungku A. Aziz, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar." Pak Ungku, barangkali dalam hal ini menyeru kita (mahasiswa) untuk menilai semula tahap iklim demokrasi, menyukat paras bahang ekonomi negara dan menimbang sukat amalan kebudayaan dan sikap beragama masyarakat pada ketika itu sama ada benar-benar mantap atau pun tidak. Semua ini adalah masalah ummah yang melalui proses uji kaji (bukan di makmal semata-mata) tetapi menyeru kita turun ke masyarakat, membuat tinjauan demi tinjauan, menggalas isu-isu ummah ke dalam kampus, menyusun seminar dan bengkel, menjemput tokoh-tokoh tertentu termasuk politikus bagi membincangkan permasalahan massa. Oleh kerana mencabar ini termasuk dalam sebahagian dari proses belajar, maka perbuatan ini adalah sesuatu yang mulia. Mungkinkah perjuangan mahasiswa hari ini seperti tidak mendapat perhatian rakyat kerana kita kurang membincangkan masalah masyarakat apatah lagi menjiwai masalah setempat? Hakikatnya, kemunduran ‘bangsa mahasiswa' hari ini bukan kerana kekuatan HEP yang bersenjatakan AUKU ironinya belum terlahir mahasiswa yang betul-betul berjiwa pemimpin yang mampu memimpin. Kita mungkin Presiden/YDP persatuan, boleh menulis di akhbar atau blog peribadi ketika masih bergelar pimpinan tetapi hilang dibuai putaran arus ganas tsunami zaman dan ghaib. Bahkan tidak kurang juga yang lemas ditelan dalam timbunan masa dan waktu. Akhirnya, semua retorik perjuangan disandarkan pada kenangan ibarat pungguk merindukan bulan. Kasihan kita......:(

Thursday, December 4, 2008

Bahasa Kalbu Menyeru..."Jom Puasa Sunat"

Kau kekasih kulihat di sinar matamu
Zaman kekayaan batinku
Di dalam senyummu kudengar bahasa kalbu

Mengalun lembut menggetarkanku
Kini dirimu yang selalu bertakhta di benakku
Aku akan mengiringi bersama di setiap langkahmu

Percayalah
Hanya diriku paling mengerti
Kegelisahan jiwamu kasih dan erti kata kecewamu

Kasih yakinlah
Hanya aku yang paling memahami
Benar kata kejujuran diri yang tersemat disanubarimu

Wednesday, December 3, 2008

Pendirian Politik Muslimin Agung

Saya mulakan wacana kali ini dengan pencerahan bahawa saya bukan ahli politik. Ahli politik dalam erti kata berkempen politik, berceramah di pentas politik, atau mungkin juga bertanding sebagai wakil rakyat, menggantikan Datuk Nasrun yang sudah sekian lama mewakili orang kampung saya. Hakikat ini tidak bermakna saya buta siasah (politik), atau berkecuali dari berfikir tentang politik seperti saranan seorang pemimpin pelajar yang menyeru mahasiswa agar bersifat natural. Karut! Terngiang-ngiang di telinga saya pesanan Khomeini, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”. Bahkan mungkin dia jahil kedua-duanya. Hakikatnya, kita tetap merupakan sebahagian daripada entiti politik sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politikus akibat buta politik atau sengaja memejamkan mata terhadapnya. Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Apatah lagi status saya sebagai seorang mahasiswa yang terikat dengan AUKU. Biar pun undang-undang negara telah mengazetkan saya layak mengundi, namun ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna saya tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya apatah lagi isu-isu yang mereka bawa (ahli politik) tetap tidak boleh kita pisahkan daripada kehidupan. Jika isu bahasa, kenaikan harga minyak, hedonisme, dan nepotisme - kita kaitkan dengan parti politik tertentu, dan parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah massa. Parti politik adalah wasilah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata. Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya seiring istilah amar makruf, nahi mungkar. Jika kita mengimbau sejarah, pernahkah Nabi Muhammad SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi? Jawapanna tidak pernah sama sekali. Soal Muslimin Agung memilih parti mana, itu perkara yang berasingan tetapi wacana saya di blog ini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran maka kebatilan tidak boleh disembunyikan, harus diperangi hingga ke titisan darah yang terakhir. Pada masa yang sama, saya akan bersifat telus dan tidak berat sebelah sebagaimana yang dipesan oleh Timbalan Pendafar HEP kepada saya suatu ketika dulu sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung MPPUMS. Ayuh, kita bersama-sama suburkan demokrasi kampus!

Tuesday, December 2, 2008

Merawat Penyakit Sosial


Ada beberapa cerita yang ingin dikongsi. Antaranya cerita tentang seorang gadis yang tak menutup aurat berasa tidak tenteram ketika dirinya kerap diusik oleh lelaki. Pada mulanya gadis itu menjatuhkan rambutnya yang direbondingkan dengan rawatan minyak panas guna mencairkan hati lelaki. Dia tidak menutup aurat dengan tujuan mahu mengajak lelaki tersebut berzina. Barah amalan berpeleseran ini akhirnya bertukar menjadi 'trend' seks bebas, saling bertukar-tukar pasangan, kemudian gadis yang telah diperkosa ini mengubah wataknya sebagai lelaki dengan niat menyelamatkan dirinya daripada terus-menerus menjadi korban mangsa nafsu liar lelaki. Dengan ini, wujud gejala baru lain pula; bersenggama sesama wanita. Sekian kisah salah satu fenomena masyarakat yang semakin tenat! Tidak cukup dengan itu, saban hari kita dikejutkan dengan laporan media tentang semakin parahnya masyarakat terlibat dengan sumbang mahram, gay, rasuah, bunuh diri, dan seumpamanya. Inilah antara virus yang dahulunya sekadar kudis dalam masyarakat tapi kini semakin bernanah kerana kealpaan kita. Kita mungkin boleh mengeluarkan fatwa, menjatuhkan hukum tetapi seperti yang disebut oleh pimpinan Ikhwan Muslimin, 'kita adalah pendakwah dan bukan penghukum'. Hendaklah kita ingat, bahawa masalah ini adalah warisan penyakit yang timbul natijah rohani yang tidak seimbang. Tiada masalahnya dengan fatwa dan hukum, tapi semolek-moleknya kita menyediakan juga ruang dan peluang untuk membimbing pesakit rohani dengan sesi kaunseling. Sedangkan kaum wanita itu lebih mudah diasuh berbanding kaum lelaki. Namun, kaum lelaki pula, kalau sudah terasuh nanti, dia pula akan lahir sebagai pembela agama. Sejarah membuktikan hal itu misalnya, Khalifah Umar Al-Khatab yang bengis pada zaman jahiliahnya bertukar watak sebagai pembela Islam bahkan menurunkan zuriat yang baik seperti Umar Abdul Aziz. Ini semua tidak mustahil terjadi kembali kerana sirah sifatnya berulang mengikut putaran masa dan kitaran waktu yang saling bersilang. Justeru, kita memerlukn lebih ramai ilmuan sufi yang menyampaikan bimbingan daripada ilmuan fikah yang melontarkan hukum. Jika ditanya apakah rahsia kegemilangan umat Islam zaman lampau? Jawapannya tidak lain kerana mereka berpegang teguh dengan prinsip amal Islami yang terakam kemas di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Saya optimis hipotesis ini akan menjadi realiti jika sistem pendidikan negara menitik-beratkan aspek praktikal dan amali yang terkandung dalam prinsip dan ajaran Islam. Besar harapan rakyat agar pendidikan kebangsaan mengangkat kembali subjek agama sebagai subjek utama dan bukannya mata pelajaran sampingan semata-mata. Melalui subjek agama, sistem pendidikan berteraskan rabbaniyah perlu diserapkan guna penyelesian terhadap masalah sosial di sekolah yang semakin kronik. Bersempena dengan sambutan Hari AIDS Sedunia (01 Disember 2008) ayuh kita derapkan langkah menuju negara Malaysia yang bebas daripada gejala sosial. Hidup mulia berperibadi ceria.

Friday, November 28, 2008

Seloka Keluarga Amat


Salam wasilah pembuka bicara
Seloka Keluarga Amat hiburan semata
Keluarga ceria sentiasa bahagia
Berkongsi cerita pedoman bersama

Terlebih dahulu maaf dipinta
Andainya ada yang akan terasa
Hasrat di hati bergurau senda
Menjadi lumrah adat seloka

Kampung Hyundai teratak keluarga
Tempat berteduh sepanjang masa
Solat bejemaah, makan bersama
Jadi amalan kami sekeluarga

Salam ta’aruf daripada ketua keluarga
Amat bin Kandalang bin Haji Mijan orangnya
Mendidik kami sepenuh jiwa
Agar berbakti kepada agama dan nusa

Sadayara Al-Pasain permaisuri keluarga
Menyayangi kami tak kira masa
Kawasan dapur katanya “mak yang berkuasa”
Inginkan menantu yang dekat LD sahaja

Puteri sulung Nurfiah namanya
Lulusan diploma perakuanan dari kolej swasta
Bersifat tegas tetapi baik hati orangnya
Abang Saiful jejaka pilihan hatinya

Anak kedua berlagak ketua
Muslimin Agung gelaran dirinya
Orangnya celupar manis berbicara
Menjadi rebutan si anak dara

Azmi Amat anak ketiga
Ada kemahiran memandu kereta
Ketua Pelajar amanah buatnya
Sentiasa digeruni di kalangan keluarga

Muhd. Azdnan Amat manis orangnya
Rambutnya berdiri seperti wira
Bercita-cita menjadi satria
Semoga menjadi Menteri Pertahanan Malaysia

Orangnya kemas gagah perkasa
Berbadan kurus kacak orangnya
Ingin menjadi Ketua Polis negara
Abdul Asri alias Asbi itulah gerangannya

Puteri bongsu Nurfarina namanya
Siti Nurhaliza artis kegemarannya
Kalau ke sekolah bertudung manis orangnya
Sudah ditempah anak saudara sebapa

Hafizam Amat comel orangnya
Matanya bulat macam bola
Dodot, Dadek, panggilan manja dirinya
Menjadi kesayangan kami sekeluarga

Hidup ini hanya sementara
Senda gurauan hiasan semata
Si Mickey penghibur kami sekeluarga
Sekalipun dia sekadar hamster semata-mata

Kepada ILahi kami panjatkan doa
Moga sentiasa dalam iman dan takwa
Terhindar daripada khianat manusia
Agar sejahtera, aman, sentosa

Sekian dulu seloka hamba
Tidak berniat menunjuk bangga
Sekadar berkongsi cerita keluarga
Buat santapan jiwa dan minda

Wednesday, November 26, 2008

Jihad Mata Pena

“Syabas Agung kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Apa ditakut (dengan) gertakan manusia!”, demikian bunyi ayat SMS yang saya terima pagi tadi. “Kalau takut dengan ujian, jangan cakap soal perjuangan!”, komen pejuang reformasi pula. Bahkan ada juga yang berbunyi seperti ini “Sidi, slowkan sikit blog kamu tu”. Hmm...Entahlah, semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus kerana tidak tulus akibat saya takut atau pengecut. Mereka ini tersalah sifir. Saya membuat satu analisa yang kaku, mungkin dibaca daripada buku oleh pemikir yang lesu, bahawa ‘sesuatu yang bernama perjuangan akan berdepan dengan ujian’. Manakala ujian itu pula memang menakutkan. Berhadapan dengan pegawai, kena buang dari universiti, kehilangan kepentingan diri, malah syahid cita-cita yang dicari! Itulah hafalan skema tarbiyyah terhadap ujian perjuangan mahasiswa di kampus. Seolah-olah perjuangan hanya teruji dengan ujian satu warna. Persepsi ini tidaklah salah. Bahkan Allah SWT sendiri sudah mengingatkan: “Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”. [Al-Baqarah 2 : 155]. Segala musibah yang menguji adalah bukti kezaliman kaum durhaka yang dihadapi, dan mengangkat darjat pejuang yang diuji. Sebagai pelajar yang berjuang kita mungkin bimbang digantung biasiswa atau PTPTN, tetapi mungkin kita akan diuji dengan gagal dalam peperiksaan, atau diuji dengan keluarga yang memusuhi Islam. Saya mungkin terlupa bahawa dalam perjuangan bukan hanya berani yang menjadi bekal, malah cerdik dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata. Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerana di sisi Islam kita mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberanian yang semberono. Jika di era turunnya al-Quran jihad itu banyak manifestasinya sewaktu peperangan di medan pertempuran, hari ini musuh mungkin bersarang di dalam kepala dan muncul dalam bentuk yang halus tetapi tetap merbahaya. Maka berkewajipanlah bagi pejuang untuk menganalisa tabiat jalan dakwahnya, agar prinsip amar makruf dan nahi munkar terus berjalan seiringan dengan ujian yang ‘menghiasinya’. Tuntasnya, saya tidak akan berhenti daripada menyatakan kebenaran melalui mata pena (blog) ini kerana saya menyakini ini adalah salah satu marhalah dalam perjuangan yang akan mendapat keredaan-Nya, insya Allah. Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat blog sekalian, teruskan membina keberanian. Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya. Selamat berkarya wahai para blogger muda!

Monday, November 24, 2008

Percayalah Apa Yang Kita Percaya (Siri 2)

6. Islam itu agama kejayaan dunia dan akhirat. Ramai Muslim telah diterapkan dengan kepercayaan, tinggalkanlah dunia (Sunnah Allah) untuk akhirat (syariat Allah). Ada yang menakutkan anak murid dengan kenyataan tidak mengikut kelasnya tidak akan dapat ke Syurga. Ini terjadi secara berleluasa. Dibacakannya nas-nas panjang berjela, bagi membuktikan kebenarannya. Apa nak fikir lagi, ini nasnya dah terang benderang. Memang mendatangkan ketenangan, tak perlu risau, tak payah nak berfikir lagi, Syurga milik mereka.
7. Keredhaan Allah yang akan memasukkan kita ke Syurga bukan yang lain, termasuk pahala. Berlalu Ramadhan mula berkira dengan Allah, tiada ganjaran, amalan berkurangan. Baca Al-Quran, berkira setiap huruf ada pahala, bukan nak dapat petunjuknya atau panduan yang terkandung di dalamnya. Asal baca dapatlah pahala. Keredhaan Allah di akhirat, boleh diukur dengan keizinan yang kita perolehi semasa di dunia. Yang mendapat keizinan di dunia adalah mereka yang lebih faham dengan carakerja-Nya, iaitu yang lebih hampir dengan-Nya. Begitulah Qadar ketentuan-Nya. Bukan pakai rasa ego hampir dengan-Nya.
8. Kemunduran Muslim adalah tanda kegagalan menghayati Islam sepenuhnya. Ramai yang mendamaikan hati dengan alasan kemunduran di dunia akan mendapat kejayaan di akhirat. Islam itu adalah kejayaan di dunia dan di akhirat. Tidak timbul kejayaan di akhirat tanpa kejayaan di dunia. Tetapi dalam alasan untuk tidak menggunakan akal, atau menyenangkan kerja menyampai, pendakwah mencari jalan singkat dengan menakutkan pendengarnya, yang menggunakan akal itu hanya berjaya di dunia, di akhirat nanti akan merana, yang menjadi pendengarnya pun taklid membuta.
9. Kalau kita tidak lebih dahulu memahami Dia, bagaimana kita mengharapkan Dia akan memahami kita, dan mengizinkan segala yang hendak kita lakukan di dunia. Apabila kita sudah memahami Dia akan mudahlah kita memahami mahluk-Nya, terutamanya manusia. Jadi tidak timbul kita harus memahami manusia dahulu, supaya mereka nanti akan memahami Dia. Memahami manusia dahulu akan menghanyutkan kita di arus perdana, walaupun kita seorang perenang yang berwibawa.
10. Bagaimana kita boleh “memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi” dan menggunakan “minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga” akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Malangnya dengan Islam Popular, itu semua pekara kedua, apa yang penting, apa Pendakwah Popular berkata, kata mereka. Ketenangan atau kebenaran, pilih satu antara dua. Saya percaya ramai akan memilih Pendakwah Popular. Tapi saya akan memilih keredaan ILahi dengan manhaj yang saya anuti - P_S.

Saturday, November 22, 2008

Muhasabah Cinta (ILahi)

Wahai pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini
Berat ujian daripada-Mu ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baruku sedar indahnya nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata Cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ILahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungi aku daripada putus asa
Jika aku harus mati pertemukan aku dengan-Mu

Friday, November 21, 2008

Percayalah Apa Yang Kita Percaya

1. Saya percaya “kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita percaya”. Saya percaya “Ia hanya taklid dalam perjuangan” yang menghasilkan Muslim yang taklid pada hari ini. Saya percaya Muslim telah berqodo’ (memilih) Qadar yang telah membuat Allah memberikan hasil yang melambangkan kemunduran Muslim hari ini. Saya percaya banyak ketentuan Allah telah disalah tafsir oleh pendakwah yang menyebabkan hasil yang tidak sesuai dengan apa yang dirancang. Saya percaya ramai Muslim tidak setuju dengan kenyataan ini.
2. Saya percaya Islam Popular itu sukar ditukar dengan yang tak popular. Dengan tidak mahu mempersoalkan apa yang kita percaya, akan menjadikan kita tidak tahu apa yang kita percaya. Malangnya itulah yang popular dalam perjuangan - ikut, ikut dan ikut. Selagi kita tidak mempositifkan ingin menambah nilai pengetahuan, selagi itu kita tidak akan dapat memperbaiki keadaan sekarang. Lagi ramai yang mahu bertindak mengikut hati emosi, maka akan menjadi popularlah pilihan cara begitu, dari penyampai kepada apa yang disampai dan akhirnya kepada seiapa yang disampai.
3. Golongan yang fikir, ikut, fikir akan menjadi lone ranger. Ditakutkan kemudiannya dengan kenyataan kambing yang bersendirian adalah menu utama serigala. Bagi yang taklid ni selalunya kerana tidak mahu menggunakan akal, disebabkan penggunakan akal itu adalah sesuatu yang susah. Jauh lebih senang mengikut nafsu atau kemahuan diri, ditambah lagi dengan persekitaran yang memang telah membena arus perdana mengikut nafsu atau emosi. Maka kuasa pasaran mahu, akan menghanyutkan yang ingin tahu, walau sekuat mana tahu boleh berenang melawan arus.
4. Saya percaya ramai Muslim mengingkari ayat-ayat Syariat Allah (Kitab Al-Quran), tetapi saya lebih percaya, lebih ramai Muslim mengingkari ayat-ayat Sunnah Allah (Kitab Alam). Saya percaya tidak ramai Muslim percaya adanya dua jenis ayat-ayat berbeza ini. Selagi tiada kesedaran kepada Muslim tentang ini, selagi itu Allah tidak akan memberikan hasil yang lebih baik kepada perancangan Muslim. Allah tidak pernah berlaku tidak adil, dengan membuat ketentuan bahawa orang bukan Muslim lebih maju dari orang Muslim, tetapi Muslim yang rasa ego dengan mengatakan Allah hanya bersama mereka.
5. Muslim diberitahu bahawa bila Al-Quran mengatakan bahawa Allah bersama-sama dengan Sobirin (yang sabar), Solehin (yang soleh), Mukminin (yang percaya), Muslimin (yang menyelamatkan diri) dan sebagainya, seakan-akan Allah tidak langsung tidak bersama-sama dengan yang sebaliknya. Muslim lupa tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan untuk melakukan sesuatu (oleh sesiapa pun) melainkan dengan ada kehadiran-Nya. Muslim terlalu yakin bertaklid mempercayai, seluruh kuasa dan kehendak Allah adalah untuk mereka, lantas ego berserta sombong dengannya. Maka tidak mahu mempersoalkan apa yang dipercayainya, kerana mereka terasa Syurga sudah menjadi milik mereka secara automatik.

Thursday, November 20, 2008

Hakikat Sebuah Percutian

Saat ini sudah ramai sahabat-sahabat yang berada di kampung halaman menikmati percutian semester yang baru saja bermula. Ada yang pulang ke kampung untuk mengubat kerinduan terhadap keluarga tercinta, ada juga yang berhajat meraikan keberangkatan keluarga menyahut panggilan haji. Bahkan tidak kurang juga yang mungkin akan mendirikan ‘masjid’ sama ada sebagai satu tanda (bertunang) atau terus mengikat janji terpatri di sanubari. Tidak mustahil juga mungkin ada segelintir daripada kita yang tidak ada sebarang perancangan untuk mengisi tempoh percutian ini. Bagi golongan seumpama ini, cukuplah sabda Rasulullah s.a.w menjadi peringatan, yang bermaksud “...jagalah waktu lapangmu, sebelum datang waktu sibukmu...”. Justeru, saya menggesa agar sama-sama kita isi percutian kali ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Rancang dengan apa yang di tangan, bukan yang kita angan-angankan. Libatkan diri secara aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, akrabkan diri dengan usrah, mesrakan diri dengan Pencipta. Manfaatkanlah waktu cuti ini dengan meningkatkan kualiti kita sebagai seorang da’ie (pendakwah). Cukuplah dengan memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi. Gunakan minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga. Ketika musuh yang bersaing dengan Islam begitu aktif mengukuhkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka percaya, gerakan Islam akan hilang siginifikasinya jika didukung oleh da’ie yang fikrahnya seperti istana kaca! Tak salah rasanya memasak menggunakan perencah segera kalau perencah yang sedia ada itu sudah cukup bagus, lagipun kalau nak buat perencah sendiri kena betul-betul pakar memasak. Masakan itu untuk orang ramai, bimbang perencah buatan sendiri tak sedap dek selera tetamu yang berbeza-beza. Lagipun kalau nak masak untuk orang Melayu, kenalah guna perencah Melayu, bukan semua orang Melayu boleh makan mayonnaise. Kalau nak masukkan jugak kenalah masukkan sikit-sikit sebab nanti si pemakan-pemakan tu dah tak datang makan apabila tahu si pemasak ni guna perencah yang mereka tak boleh makan. Siapa yang nak habiskan makanan tu nanti? Bukankah membazir namanya tu? Saya harap anda faham analogi ini. Semoga percutian kali ini akan menemukan kita dengan pencarian hakiki. Selamat bercuti. Sampai bertemu lagi.

Wednesday, November 19, 2008

Takdir Cinta ILahi


Aku tutup mataku dari semua pandanganku
Bila melihat matamu aku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengalir lembut
Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar aku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
Andai akan aku bisa lebih adil
Pada cinta engkau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Aku tak luput daripada dosa
Biarlah aku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Agar kau dan dia bukan aku yang mahu
Ya ALlah tuntunlah hatiku

Monday, November 17, 2008

Tanzim Bayangan 2020

Presiden / Menteri Mentor : Harun Miqdad Bin Muhammad

Perdana Menteri / Menteri Pertahanan : Umar Abdul Aziz
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kewangan I : Mus’ab Umair

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Hal Ehwal Ekonomi – Fatih Mujadid
Hal Ehwal Agama Islam – Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah
Hal Ehwal Undang-Undang – Faqrul Zaquan
Hal Ehwal Parlimen – Qurrotul Ain Binti Soleh
Hal Ehwal Masyarakat Sabah/Sarawak – Badrul Mukminin

Menteri Dalam Negeri : Luqman Al-Hakim Bin Farhan Naim
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Iskandar Zulhisham Bin Yusoff
Menteri Pelajaran : Nuril Binti Fikr
Menteri Luar Negeri : Halwun Syuhada Binti Iqram
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi : Alya’ Atikah Binti Muhammad
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan : Hayatul Dina Binti Zakaria
Menteri Pengajian Tinggi : Razi Bin Muhammad
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Nurul ‘Alya Fasiha Binti Abdul Aziz
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Khairul Azmi Bin Yusof
Menteri Pelancongan : Ainul Mardhiah Binti Abdul Rahman
Menteri Wilayah Persekutuan : Nurun Najah Binti Nur Khair
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Ummu Kalthum Binti Abdul Hakim
Menteri Pengangkutan : Abdul Malik Bin Deraman
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Ainul Aisyah Binti Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi : Ainul Iman Binti Al-Muhaimin
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi : Farhan Bin Uthman
Menteri Kerja raya : Qassiem Bin Sirajuddin
Menteri Kesihatan : Wardatul Syanqi Binti Norsyam
Menteri Penerangan : Mujadid Bin Ubaidillah
Menteri Sumber Manusia : Izzah Binti Mukhlis
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna : Mohd. Affan Bin Uthman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Hamzah Fanshuri
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Saifullah Bin Usman
Menteri Belia dan Sukan : Salman Al-Faroouqi Bin Munib

(Dipetik & diubahsuai daripada Blog Mentafsir Realiti :htpp://anakbulanmoden.blogspot.com)


Sunday, November 16, 2008

Jalan Cinta ILahi


Semua resah hati manusiamu
Untuk membahagi kasih atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu
Seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang sumur
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sebuah doa dalam kepekatan malam yang sunyi
Apa yang kau pinta jalan semua
Keraguan yang telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada dirimu dalam jalan dan redha-Nya

Saturday, November 15, 2008

Hitam + Putih = ???


Tahniah kepada bakal Presiden Amerika Syarikat, Bararck Husein Obama yang akan menjadi peneraju ke-44 kuasa ‘polis dunia’ itu. Setelah hampir 200 tahun, akhirnya negara ‘Uncle Sam’ optimis menobatkan seorang lelaki kulit hitam untuk menerajui White House – Rumah Putih yang merupakan entiti utama Amerika Syarikat dalam penentuan segala dasar negara mereka bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan di White House juga segala dasar berkaitan global akan direncanakan. Sekalipun dasar AS dikuasai oleh Kongres yang didominasi pelobi Yahudi, namun pada hemat saya Obama lebih demokratik dalam hubungan berkenaan dasar luarnya dan bertoleransi dengan dunia Islam berbanding Bush. Hal ini kerana latar belakang Obama yang pernah menerima pendidikan awal di Indonesia dan susur galur keturunan beliau yang amat akrab dengan masyarakat Muslim. Apatah lagi beliau telah berjanji akan mengeluarkan tenteranya dari bumi Iraq secara berperingkat-peringkat. Hakikatnya, AS telah mula menolak politik perkauman dengan menjadikan Obama sebagai empirikal. Natijahnya, kemenangan Obama ini akan menjadi katalis kepada penduduk dunia untuk menjadi lebih liberal. Kita mendoakan agar AS akan mengulangi sejarah Parsi, kuasa besar dunia yang pernah memusuhi Islam tetapi akhirnya menjadi penaja utama Islam kini. Semoga ada cahaya di penghujung terowong sekalipun ramai meramalkan gabungan hitam (Obama) dan putih (White House) akan menghasilkan ton warna kelabu (senario global) yang pasti akan menyeramkan setiap jiwa yang memandang.

Friday, November 14, 2008

Sepi Itu

Sepi rasa diri ini terpinggir
Di batas waktu yang sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kulihat bayangan dirimu
Mencengkam mesra sanubariku
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan meyeksakan
Lama ruang hati kekosongan
Lama aku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Thursday, November 13, 2008

Tahniah My DoDoT

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah...

Alhamdulillah 05 November 2008 yang lalu, anak bongsu dalam Keluarga Amat Kandalang iaitu Hafizam bin Amat atau nama manjanya Dodot telah pun tamat belajar prasekolah. Simbolik pengakhiran itu dimanifestasikan oleh pihak KEMAS melalui Majlis Konvokesyen pada hari tersebut. Seronok saya melihat gelagat anak-anak ini bergaya. Biar pun konvokesyen ini kecil di mata orang yang memegang ijazah kedoktoran falsafah, namun bagi kanak-kanak sebaya Dodot majlis ini adalah peristiwa yang sangat penting bagi masa depan mereka. Itulah kali pertama saya diberi peluang meihat adik kesayangan kami naik pentas siap berjubah menerima sijilnya. Dalam hati terdetik, inilah perasaan setiap ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan rasa, yang dikatakan sebagai “sejuk perut ibu yang mengandung”. Rasa sebak dan gembira melihat ibu tiba-tiba menitiskan air mata kegembiraan. Walaupun hanya graduate tadika, tetapi inilah permulaan kejayaan yang akan datang buat adik kecilku ini. Jom Dodot, sama-sama dengan abang Menuju Puncak. Tunggu abang balik Lahad Datu.

Manusia Lupa

Manusia lupa asal usulnya dia tersangka dialah segala-galanya yang pelupa itulah namanya, dan yang terleka itulah manusia. Ramai manusia tak kenal dirinya, dijadikan-Nya makhluk sempurna, diuji sementara di muka dunia, bertanggung ia pada perlakuannya. Manusia lupa, manusia alpa, manusia prasangka, manusia leka, manusia berlari mengejar mimpi apa yang dicarinya hanya ilusi. Manusia rungsing bila ia prasangka semua sekeliling menjadi musuhnya, manusia fikir mencipta sengketa, moga ia beruntung darinya. Apabila berjaya terdetik rasa bangga, di lubuk hatinya mula ia bicara, bermegah-megah ia berkata, lupa seketika dengan Pencipta-Nya. Ramai manusia inginkan kebendaan, biar pun caranya cara kekerasan. Akhirnya dia tak tentu haluan, apabila ada sahaja yang hasad memandang. Zahirnya tenang tapi batin haru-biru, itu nasibnya manusia yang menipu, biarkan saja aku bersyukur selalu, biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya.

Satu lafaz, satu kalimah, satu syahadah, kita terleka, terkelu lidah, terkunci hati, diremote control, rasa gila kuasa, rakus tamak haloba. Orang kita terlau cinta Tuhan mereka mesin berhala, orang kita memuja-muja si kota sakti tidak bernyawa. Wahai penghuni penyewa alam semesta, duhai jiwa tertenung terbuka silau sihir dunia, apakah masih buta tuli di dalam hati, meskikah lagi menipu diri sendiri. Kiblatmu kini menjadi cacamerba mengisi lima dua inci. Takwamu pula si Quran Mewah terhias indah, terkunci rapi di almari kaca. Satukan kehangatan ini hapuskan haloba ini. Nafsu dan mahu terlepas waktu terabaikan-Mu sehingga lidahku terasa kelip nafasmu. Walaupun engkau terasa dekat dengan jantungku tak putus-putus engkau menyeru manakala aku selalu melupakan-Mu. Satu lafaz awal pertama menyambut keagungan semester dengan getir ibadah kepada-Mu.

Wednesday, November 12, 2008

Marilah Me'nyah'kan Mereka

Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis sahih baginda yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim : “Bandingan orang mukmin dalam kasih sayang dan belas ihsan mereka seperti tubuh yang satu apabila satu anggota mengadu kesakitan menyebabkan seluruh tubuh berjaga malam (tidak boleh tidur) dan sakit”. Demkian analogi yang diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu. Saya mengingat kembali pesanan ini tatkala saya menekuni buku “Tasawur Asasi Gerakan Islam” karya agung daripada Ustaz Fathi Yakan, salah seorang pejuang gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin. Pada hemat saya, buku ini wajib menjadi bacaan asas setiap ahli gerakan Islam khususnya dalam menghadapi landskap geopolitik negara yang ‘mengaum’ kuat pasca Pilihan raya Umum ke-12 dan perubahan corak kepimpinan MPPUMS sejak sesi 2007/2008 yang berkesinmabungan sehingga kini. Bagi mengisi kemenangan kurniaan ILahi ini, pesanan baginda tadi seperti air telaga yang sangat jernih dan dingin ditemui oleh para musafir yang dahaga di gurun pasir. Apa lagi yang kita perlukan dalam suasana penuh cabaran ini melainkan nasihat daripada “Insan Agung” seperti baginda. Kita juga sering diingatkan bahawa manusia yang memberi manfaat kepada manusia umumnya adalah mendamaikan mereka yang berselisih faham, cakna dengan isu masyarakat (mahasiswa), mengajak manusia ke jalan ALlah secara hikmah, bahkan bukan menjadi virus kerenggangan persaudaraan antara ahli. Pembawa virus atau elemen kotor ini sama sekali tidak menyebarkan bau harum kepada orang lain bahkan mendatangkan mudarat yang khurafat terhadap sebuah makrifat. Justeru, individu negatif seumpama ini wajar digugurkan sahaja daripada landasan perjuangan yang memerlukan individu Muslim yang profesional. Lembaran sejarah juga telah mencatatkan Rasulullah s.a.w pernah menyingkirkan golongan yang menjadi bebanan dan duri dalam perjuangan dakwah yang dikenali sebagai golongan munafik. Apatah lagi sekarang ini usaha kita mendepani cabaran dan mengisi kemenangan amat menuntut para amilin yang memiliki jiwa yang kental dengan pengisian tarbiyah ruhiyyah yang konsisten. Tanpa perlu bersimpati kepada golongan ini, marilah kita luruskan saf perjuangan dan bersatu hati masa menyaksi untuk me‘nyah’kan virus-virus dalam perjuangan ini. Semoga usaha kita mendapat rahmat dan redha Yang Maha Esa.
Mus'ab bin Umair
Pengerusi JKP

Tuesday, November 11, 2008

Terlalu Cinta

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin terseksa kerana tak memilikimu
Aku cuba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku masih berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku?
Tuhan
Maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun
Apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia

Sunday, November 9, 2008

Berakhirnya Sebuah Pemerintahan

Seusai pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2008/2009, maka berakhirlah sudah secara rasmi pemerintahan MPPUMS Sesi 2007/2008 yang diterajui oleh Saudara Hasanal bin Hassan Alban selaku Presiden. Tahniah atas kemenangan ini, dan takziah atas amanah yang bakal digalas. Sepanjang sesi pemerintahan kami yang lalu, saya dan sahabat-sahabat MPP yang lain telah mempelajari banyak perkara yang mendidik jiwa kami agar bersedia menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar di luar sana. Kami tidak dapat menggambarkan apakah perasaan kami pada saat ini – sama ada gembira, terharu, atau berbaur antara keduanya. Boleh jadi kami gembira kerana galasan amanah bakal berpindah tangan kepada para pemimpin muda yang memiliki idealisme perjuangan yang lebih relevan dengan peredaran zaman. Mungkin juga kami bersedih kerana selepas saja pembubaran MPP ini kami tidak berpeluang lagi menikmati erti hidup sebagai pemimpin pelajar secara formal. Kami tidak dapat bayangkan selepas ini, hari-hari yang kami lalui tanpa memikirkan gerak kerja MPP, manakala malamnya pula sibuk dengan mesyuarat di sana sini tanpa mengira waktu dan ketikanya. Terasa manisnya bergelar pimpinan pelajar selama 10 bulan yang lalu. Pada kesempatan ini, kami merakamkan sejambak kasih sekalung apresiasi kepada semua pihak yang banyak membantu perjuangan kami, MPPUMS Sesi 2007/2008 seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid, Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar, para sekretariat, ahli-ahli PMUMS, serta semua pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kami juga ingin memohon seribu kemaafan atas janji yang tidak tertunai, amanah yang tidak terpatri, dan bicara kata yang tidak dikotai. Kepada pewaris perjuangan “Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”, kami ucapkan selamat berjuang di medan yang mencabar ini. Lakukan yang terbaik demi mendaulatkan suara mahasiswa. Ayuh kita himpunkan wacana yang bersifat ilmiah untuk mematikan nafsu pengampu yang tidak sedar diri. Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang cari selama ini. Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

MURSIDI BIN AMAT
Alumni Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMS) Sesi 2007/2008
(http://musliminmukhlisin.blogsot.com)

Tuesday, November 4, 2008

DIAlah di Hati

Bisikan sang bayu membawa perkhabaran
Dongengan yang sama dicanang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar

Kendati selautan segunung permata
Di kanan dan kiri selagi jantungku berdegup
Hingga tiba saat terhenti
DIAlah di hati

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya DIA

Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka-teki
Cinta yang abadi cintaku yang suci
Di hati

Friday, October 31, 2008

Info Minyak & . . .

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Harakah SMS : Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa 01 November 2008. Alhamdulillah...

Bak kata Ustaz Hasrizal, melukut di tepi gantang, hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada. Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung. Inilaha antara rakaman hidup rakyat Malaysia bahana kebobrokan pemerintah yang gagal mengawal harga minyak.

Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”. Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan apa yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera. Maka kita kena terus belayar hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh. Selamat berlayar para JunDulLah 'pewaris' perjuangan Ummah. Salam Jihad Akademik

Thursday, October 30, 2008

Kabinet MPPUMS Sesi 2008/2009

Majlis Tertinggi
1) Presiden: Saudara Azrul bin Ibrahim - SPPS (014-6517287)
2) Timb. Presiden: Saudara Mohd Fazlurrahman b. Mohamad Yusof - SPE (012-2689781)
3) Setiausaha Agung: Saudari Hafiza Syafika bt Mohd Fekeri - SKTM (013-9028332)
4) Setiausaha Kehormat: SaudaraTang Guan Loon - SPKAL (017-5076062/016-8264062)
5) Bendahari Kehormat: Saudari Masturah bt Mohamad Nadzari - SST (014-8737595)
6) Naib Presiden KAL: Saudara Mohd Abdillah b. Mat Lin - SPKAL (019-8701079)
7) Naib Presiden Akademik dan Diplomatik: Saudara Azhar b. Harun - SSS (012-8664932)
8) Naib Presiden Perancangan dan Kemahasiswaan: Saudari Stephanie Yap Su Chen - SPPS (016-6628915)
9) Naib Presiden HELWA: Saudari Nurul Aishyah bt Mohamad - SPTA (017-8085886)

Majlis Eksekutif
10) Exco Kerohanian dan Sahsiah: Nursyabri bin Mat Nor - SST
11) Exco Sukan dan Rekreasi: Mohamad Redwan b. Roujip - SPiKS
12) Exco Akademik dan Kerjaya: Ismayani bt Ismail - SPPS; Tan Beng Hin - SKTM; Wong Seng Qui - SSIL
13) Exco Penerbitan dan Informasi: Muhammad Adam B. Quizon @ Quezon - SPTA; Aizuddin b. Ain - SPKAL
14) Exco Kepimpinan dan Latihan: Azizul b. Julirin - SST; Mohd Hasra b. Ibrahim - SSS
15) Exco Projek dan Protokol: Muhamma Nor b. Madiah - SPE; Yap Kah Jin - SST
16) Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar: Muhd Hazimin b. Awang - SSS; Ooi Christopher - SSMP; Loo Leong Leng - SPKAL
17) Exco Kebajikan, Kesihatan & Kemasyarakatan: Derrick Tanggapan - SPE; Nurul Atiqah bt Mat Nasukhat - SPU; Qatrun Nada bt Mohd Latfi - SPKAL
18) Exco Sains & Alam Sekitar: Nurhidayah bt Muksin - SPPS; Tan Chaa Yeh - SKTM
19) Exco Kebudayaan & Kesenian: Ayu Ruhizah bt Rosly - SPS; Thipan a/l Shanmugam - SKTM
20) Exco Perpaduan Nasional: Khairunisa bt Klem - SST; Chan Xiang Loong - SST
21) Exco Keusahawanan & Kepenggunaan: Muhammad Baihaqi b. Hj Bakri - SPL; Lee Hui Jing - SPE

Kerana Diri-MU

Aku sekarang adalah sebahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi meninggalkan diri-MU jauh,
Melupakan-MU
Tapi lihatlah diriku rapuh
Tanpa diri-MU tiada ertiku
Hebatnya ENGKAU tak sedetikpun
Pernah KAU meninggalkan diriku, Aku sedari
Kerana Diri-MU
Ku mampu berdiri tegak
Seberat apapun beban di hadapanku kini
Kerana cinta-MU
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimanapun jalan yang ku lalui nanti
Pasti hanya diri-MU, KAUlah segalanya
Ku jaga selalu satu cinta-MU

Friday, October 24, 2008

KEPUTUSAN RASMI PRK MPPUMS (KAMPUS INDUK) SESI 2008/2009

Kerusi Umum (7 orang sahaja)
1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)
2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)
3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)
4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)
5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)
6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)
7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)
8) Badri bin Haji Bayani – 3622
9) Azlan Shah bin Abdul Shah – 3435
10) Tan Choon Fei – 3341
11) Mohd. Saifful bin Abdul Manap – 3208

Kerusi SST (5 orang sahaja)
1) Azizul bin Julirin – 1111 (menang)
2) Khairunisa binti Klem – 970 (menang)
3) Chan Xiang Loong – 967 (menang)
4) Yap Kah Jin – 920 (menang)
5) Nursyabri bin Mat Nor – 830 (menang)
6) Claoston Anak Nardon – 637

Kerusi SKTM (3 orang sahaja)
1) Tan Beng Hin – 764 (menang)
2) Tan Chaa Yehh – 671 (menang)
3) Thipan a/l Shanmugam – 615 (menang)
4) Mohd. Shairil bin Affandi – 592

Kerusi SPE (3 orang sahaja)
1) Muhamma Nor bin Madiah – 890 (menang)
2) Derrick a/l Tanggapan – 739 (menang)
3) Lee Hui Jing – 619 (menang)
4) Widiawati binti Hussen – 550
5) Norafiza binti A. Kadir – 493

Kerusi SPPS (menang tanpa bertanding)
1) Nurhidayah Muksin
2) Ismayani binti Ismail

Kerusi SSS (menang tanpa bertanding)
1) Mohd. Hasra
2) Hazamin

Kerusi SPiKS (1 orang sahaja)
1) Mohamad Redwan bin Roujip – 308 (pemenang)
2) Li Yuan Yuan – 225

Kerusi SPS (1 orang sahaja)
1) Ayu Ruhizah binti Rosly – 138 (pemenang)
2) Sharifah Sarina binti Habin Ahmad – 85

Kerusi SPTA (1 orang sahaja)
1) Muhammad Adam bin Quizon @ Quezon – 202 (pemenang)
2) Karen Chia Huey Min – 158

Kerusi SSMP (1 orang sahaja)
1) Ooi Christopher – 302 (pemenang)
2) Farah Nabila binti Azman - 182

Kerusi SPU (menang tanpa bertanding)
1) Nurul Atiqah binti Mat Nashukat

Kerusi SPL (menang tanpa bertanding)
1) Mohd. Baihaqi bin Haji Bakri

Monday, October 20, 2008

Permulaan yang Baik

Alhmadulillah. Selesai sudah proses penamaan calon untuk bakal-bakal MPP Sesi 2008/2009. Hari ini, 20 Oktober 2008 bertempat di Anjung Siswa telah diadakan proses penamaan calon untuk kerusi Umum dan kerusi di 11 Sekolah masing-masing. Ramai juga calon yang berani mencalonkan diri untuk bertanding. Syabas saya ucapkan kepada mahasiswa yang memiliki keberanian seumpama ini. Berikut merupakan penama-penama calon bagi kerusi Umum dan Sekolah, mengikut nombor pencalonan masing-masing:
Calon Umum :
1) Sdra. Badri, 2) Stphenie, 3) Sdri. Masturah (calon pilihanku), 4) Sdra. Azlan, 5) Sdra. Saiful, 6) Sdra. Fazlurrahman @ Paloh (calon pilihanku), 7) Sdra. Tan Choon Fei (calon pilihanku), 8) Sdri. Aishah (calon pilihanku), 9) Sdra. Azhar (calon pilihanku), 10) Sdra. Azrul (calon pilihanku), 11) Sdri. Hafiza Syafika (calon pilihanku).
SST meyaksikan pertandingan enam penjuru bagi merebut 5 kerusi iaitu 1) Yap Kah Jin, 2) Khairunisa Klem 3) Chan Xiang Loong, 4) Claoston 5) Nur Syabri, 6) Azizul Julirin. SKTM terdapat 4 orang calon untuk merebut 3 kerusi, SPE terdapat seramai 5 calon untuk merebut 3 kerusi (Muhamma Nor, Widiawati, dan Lee Hui Jing), manakala bagi SPTA (Adam), SSMP, SPiKS (Redwan), dan SPS menyaksikan pertarungan satu lawan satu untuk merebut satu kerusi sahaja.
Sebanyak empat buah sekolah yang tidak ada pertandingan kerana calon-calon tersebut menang tanpa bertanding iaitu SPPS (Hidayah, Ismayani); SSS (Hasra, Hazamin); SPU (Nurul Atiqah); dan SPL (Baihaqi). Kenam-enam calon ini merupakan calon pilihan saya secara peribadi. Bagi yang berpeluang untuk bertanding, saya ucapkan selamat bertanding dan berkempen. Semoga berjaya menggenggam kejayaan demi ISLAM tercinta. ALlahu akbar... Salam JIHAD PRK

Sunday, October 19, 2008

Dakwah Bersulamkan Siasah

Sejak sekian lamanya blog ini wujud, agak jarang saya menulis tentang pengisian tarbiyah. Mungkin agaknya saya ini lahir dari generasi siasah sebermula mengenal Harimau Malaya di kampus. Para penceramah sering mengingatkan kita, sesungguhnya dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan
(1) Syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah)
(2) Amar makruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)
(3) Mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera)
(4) Khulafah Islamiyyah jadidah (maksud: neo-Khalifah Islamiyyah).

Dalam konteks kemahasiswaan Islam, Ikatan Sahabat Eksah Universiti Malaysia Sabah (ISEUMS) dilihat bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan-tuntutan di atas sebagai nakhoda yang utama. Masing-masing mempunyai matlamat khusus dan pendekatan dakwah Islamiyyah sudah tentu patut mengambil kira kondisi dan lapangan masing-masing. Walau pun demikian, idea perubahan berdasarkan cita-cita Islam selalu tergendala disebabkan cabaran semasa dan sikap kita sendiri dalam melunaskan tuntutan ini. Walaupun dakwah Islamiyyah ini dilaksanakan secara amal jama’e (bekerja secara istiqamah-munazzhomah), namun kesilapan fardiyyah (individu dai’e) itu acap kali menggagalkan amal jamai’e tersebut. Asal amal jamai’e ada pada tuntutan fardiyyah. Saya teringat dengan pesanan Kak Jannah bahawa penyakit-penyakit fardiyyah inilah seharusnya dicermati, diubati dan ditangani segera (jika ada). Penyakit fardiyyah ini terdiri oleh dua punca utama. Pertama, disebabkan mentaliti sehingga melahirkan pelbagai barah-barah dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e. Kedua, disebabkan perlakuan sehingga melahirkan pelbagai penyakit berantai dalam dakwah Islamiyyah dan amal jamai’e. Jika virus ini tidak dirawat dengan segera, maka tidak mustahil akan mengundang wabak sepanjang jalan dakwah dan siasah yang kita tonjolkan melalui platform yang kita kuasai dan bakal kita kuasai kelak. Justeru, saya menyeru agar pendokong gerakan Islam di kampus bersedia bangkit dalam halaqah yang membentuk suatu ketumbukan realistik untuk mengisi kemenangan ini. Jangan sesekali kita bersifat sekular sehingga mengasingkan antara dakwah dan siasah. Hakikatnya kedua-dua wasilah ini seharusnya bergerak bersama mendaulatkan amal Islami di kampus UMS ini dalam usaha kita mengisi kemenangan.

Saturday, October 18, 2008

23 OKTOBER 2008 : JOM MENGUNDI

Seruan JIHAD bergema lagi. Teringat pesanan Nadir, loceng amaran tsunami telah pun berbunyi. Umum mengetahui pada bulan ini kebanyakan IPTA akan mengadakan pilihan raya kampus (PRK) untuk memilih ahli-ahli MPP bagi sidang akademik 2008/2009. Demikian juga halnya yang akan berlaku di UMS ini. Selepas kabinet MPP Sesi 2007/2008 dibubarkan pada 16 Oktober yang lalu, maka proses pemilihan kini dibuka seluas-luasnya dengan permulaan penjualan borang pencalonan, diikuti dengan proses penamaan calon yang akan diadakan pada 20 Oktober di Bilik Seminar, Anjung Siswa. Kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang berminat menggantikan kami untuk mengisi 34 kerusi yang dikosongkan secara sukarela (28 di UMS KK dan 6 di UMS KAL) bolehlah mencalonkan diri pada hari tersebut. Kemuncak terhadap perjuangan ini akan berlangsung pada 23 Oktober 2008, Khamis di Dewan Canselor. Justeru, saya menggesa kepada sahabat-sahabat mahasiswa agar turun menyahut seruan JIHAD ini untuk beramai-ramai mengundi. Pilihlah pemimpin pelajar yang mampu berjuang meninggikan syiar ISLAM dan mendaulatkan perjuangan kebajikan mahasiswa UMS. Siapakah mereka yang seharusnya anda pangkah sebagai calon pilihan yang tepat? Insya Allah dalam artikel yang akan datang, saya akan menganalisis calon-calon yang bakal bertanding untuk kerusi umum agar sahabat-sahabat sekalian dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan memilih calon yang tepat. Undi anda adalah rahsia. Selamat mengundi.

Friday, October 17, 2008

Prasasti Perjuangan MPPUMS Sesi 2007/2008

Kami menyedari bahawa berdiam diri saja tidak memadai,
kesedihan berkepanjangan tidak berguna, bahkan jerit tangis hanya sia-sia.
Perjuangan ini menuntut gerakan yang nyata, tidak hanya sekedar retorik semata-mata.
Maka kami bergerak, sepenuh hati untuk memberikan sepenuh tenaga, tanpa peduli seberapa besar hasilnya, kerana yang kami inginkan hanyalah berusaha, bekerja, dan memberikan yang terbaik yang kami ada.

Kami mengetahui bahawa jalan ini sangat panjang,
bahkan menembus rentang usia dan waktu yang kami miliki.
Di dalamnya terdapat banyak mehnah dan tribulasi yang mampu menyakitkan dan memalingkan hati, melelahkan fizikal kami yang penuh keterbatasan, bahkan berkali-kali membuatkan air mata kami mengalir deras.
Atas semangat itu, kami bersatu dalam ikatan persaudaraan.
Kami bersaudara untuk saling mengingatkan, menguatkan, dan meneguhkan.
Kami meyakini bahawa dunia ini hanyalah sementara. Populariti, pujian, harta benda, bukanlah harga yang pantas bagi perjuangan kami. Hatta cacian, makian, tekanan, dan pemfitnahan bukan penghalang perjuangan kami. Perjuangan ini tidak layak dikotori oleh keinginan dan tuntutan peribadi. Justeru, kami mengikhlaskan sepenuh hati, hanya untuk redha ILahi.

Kami menginsafi perjuangan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan setengah hati, setengah tenaga, dan setengah perhatian.
Perjuangan ini menuntut komitmen, konsistensi, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Lantas, kami menanamkan dalam sanubari, untuk berjuang sepenuh hati, sepenuh tenaga, dan sepenuh perhatian dengan kudrat daripada Yang Maha Esa. Kami adalah 34 orang wira dan srikandi pejuang kebajikan mahasiswa di UMS ini.

Akan kami wariskan semangat dan iltizam
“Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”
kepada generasi jundullah

Wednesday, October 15, 2008

Akhirnya Kini Pasti

Kurang 24 jam daripada sekarang saya dan 33 orang sahabat-sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS yang lain bakal bergelar mantan. Saya tidak dapat menggambarkan apakah perasaan saya pada saat ini – sama ada gembira, terharu, atau berbaur antara keduanya. Boleh jadi saya gembira kerana galasan amanah bakal berpindah tangan kepada para pemimpin muda yang memiliki idealisme perjuangan yang relevan dengan peredaran zaman. Mungkin juga saya bersedih kerana selepas saja pembubaran MPP ini saya tidak berpeluang lagi menikmati erti hidup sebagai pemimpin pelajar secara formal. Saya tidak dapat bayangkan selepas ini, hari-hari yang saya lalui tanpa memikirkan gerak kerja MPP, manakala malamnya pula sibuk dengan mesyuarat di sana sini tanpa mengira waktu dan ketikanya. Terasa manisnya bergelar pimpinan pelajar selama 10 bulan yang lalu. Pada kesempatan ini, saya merakamkan sejambak kasih sekalung apresiasi kepada semua pihak yang banyak membantu perjuangan saya selama bergelar Setiausaha Agung, MPPUMS Sesi 2007/2008. Istimewa buat sahabat baik dunia dan akhirat, Sdra. Burhanuddin bin Sirajuddin yang menjadikan saya daripada ‘any body’ menjadi ‘some body’. Apa-apa pun sekarang semakin hampir waktunya untuk saya bersara. Semakin pasti detik itu akan tiba. Kepada pewaris perjuangan “Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”, saya ucapkan selamat berjuang di medan jihad PRK ini. Lakukan yang terbaik demi mendaulatkan syariat ILahi di bumi UMS ini. Ayuh kita himpunkan wacana yang bersifat ilmiah, agar terawat kebodohan golongan yang memerangi demokrasi secara membuta tuli, mengubat kegelojohan golongan besar yang mengimani demokrasi hingga lupa kepada nilai dan prinsip integriti, dan mematikan nafsu pengampu yang tidak sedar diri. Akhirnya, kini pasti kami akan bergelar Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008. Selamat Berjuang Adik-adikku.....

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri 1429H

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Pada kesempatan ini, saya MURSIDI BIN AMAT (pemilik blog Muslimin Mukhlisin) & Keluarga tercinta, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair. Saya dan keluarga menyusun jari memohon seribu kemaafan kepada semua kenalan jauh dan dekat atas segala perkataan yang membingitkan telinga, perbuatan yang menyakitkan jiwa, hatta firasat yang menjejaskan perasaan. Marilah kita menjiwai perayaan Aidilfitri ini yang disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen). Semoga Allah SWT menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.
- Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin -

Wednesday, September 24, 2008

Keputusan Rasmi PRK JAKMAS UMS (KK)

Salam Wasilah Ukuwah Fillah
Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada para pengunjung blog Muslimin Mukhlisin kerana agak lewat memaparkan keputusan Pilihan raya Kampus (PRK) JAKMAS sesi 2008/2009. Hal ini berlaku berikutan wujud beberapa kekangan yang menghalang saya untuk meng'update' info dalam blog ini. Namun, Alhamdulillah ada sedikit ruang dan peluang ini saya lampirkan keputusan rasmi dan jawatan para YB JAKMAS Sesi 2008/2009. Tahniah dan takziah kepada yang menang. Ingat, jawatan ini suatu amanah yang akan dipersoalkan kelak dan bukannya suatu kemuliaan yang kita banggakan. Berjuanglah demi mendaulatkan maruah agama, bangsa, dan negara. Bangkitlah suara mahasiswa untuk meninggikan syiar ISLAM! Takbir! ALlahu Akbar...

BIL : NAMA / JAWATAN / SEKOLAH - KEPUTUAN (RANKING) PRK
KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI (KOLEJ AB)
01: MOHAMMED FANSHURI BIN BADARUDDIN / YANG DI-PERTUA (KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN) / SKTM - 3 (999)
02 : NOR ‘ATIFAH BINTI ABU KOSHIN / TIMBALAN YDP (EXCO HELWA) / SPPS - 2 (1005)
03 : SITI RAHIMAH BINTI AMIR HUSSIN / SETIAUSAHA / SPiKS - 4 (989)
04 : SHARIN BIN ABDUL RAHIM/ BENDAHARI (KECERIAAN & KREATIVITI) / SPiKS - 1 (1014)
05 : JULKIFFLYE BIN ABDULLAH / EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH (EKSAH) / SPiKS - 7 (936)
06 : ROMMELL RAY MAIDIN / EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN / SPE - 9 (838)
07 : FARIDZUL BIN MARUKIS / EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN / SPE - 5 (988)
08 : MOHD NURFAIZ BIN ARIB / EXCO SUKAN DAN REKREASI / SKTM - 8 (864)
09 : MOHD FADZIR ANUAR BIN ABDUL MAJID / EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT / SSS - 6 (977)

KOLEJ KEDIAMAN C/D - TIADA PERTANDINGAN
01 : MUHAMMMAD AFIQ BIN NORDDIN / YANG DI-PERTUA (KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN) / SST
02 : NURUL AFNIE BINTI ABU / TIMBALAN YDP (EXCO HELWA) / SST
03 : HARDIANSHAH BIN SALEH / SETIAUSAHA / SST
04 : ROSDIANAH BINTI ISKANDAR / TIMBALAN SETIAUSAHA / SPE
05 : NOVEL A/L ARKIAH / BENDAHARI / SPE
06 : NAFISAH BINTI ISMAIL MINA / EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH (EKSAH) / SPE
07 : ABDUL RAZZAQ BIN BAKRI / EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN / SST
08 : ZOPHIA BINTI ABDURAHIM / EXCO SUKAN DAN REKREASI / SPE
09 : NORAZWINAH AZREEN BINTI HUSSIN / EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN / SKTM

KOLEJ KEDIAMAN E
01 : ROMY HELMA / YANG DI-PERTUA (KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN) / SPTA - 4 (1380)
02 : SITI MAHYUNI BINTI ASGARI / TIMBALAN YDP (EXCO HELWI) / SPPS - 1 (1445)
03 : ROSDIANAH BINTI RAMLI / SETIAUSAHA (EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI / SKTM - 3 (1418)
04 : NURHIDAYAH BITI MAT ARIFFIN / BENDAHARI (EXCO KEUSAHAWANAN) / SSMP - 8 (1285)
05 : MUHD. NUR ILHAM BIN SALLEH / EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH (EKSAH) / SST - 5 (1378)
06 : SATYA A/P VALAKRISHNAN / EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN / SPiKS - 7 (1304)
07 : LIM HUI SAN / EXCO PERKHIDMATAN DAN KECERIAAN / SSMP - 2 (1439)
08 : SYUKRI BIN ISHAK / EXCO SUKAN DAN REKREASI / SPPS - 9 (1245)
09 : NORLAINI BINTI MUHAMMAD / EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN / SST - 6 (1335)

KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI (KOLEJ IP) - TIADA PERTANDINGAN
01 : MOHD. RASMAN BIN ANUAR / YANG DI-PERTUA (YDP) / SPE
02 : SAMSON LEONG CHEW WAI / TIMBALAN YDP / SPE
03 : NUR FADILA BINTI SIAMIR / SETIAUSAHA / SST
04 : MOHD. HILAL HAMKA BIN RABLIN / BENDAHARI (EXCO KEBAJIKAN DAN PENGADUAN) / SPE
05 : NOOR HAZLINDAH BINTI AWANG / EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH (EKSAH) / SPPS
06 : HADLAN BIN HANDALIN / EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN / SPE
07 : WALEDA LARAWILA’ / EXCO HAL EHWAL WANITA (HELWA) / SPE
08 : MOHD. KHAIRUL BIN MOHD. NOOR / EXCO PERKHIDMATAN / SPE
09 : MADHAN A/L MUNIANDY / EXCO KEBUDAYAAN DAN KECERIAAN /SKTM