Thursday, November 20, 2008

Hakikat Sebuah Percutian

Saat ini sudah ramai sahabat-sahabat yang berada di kampung halaman menikmati percutian semester yang baru saja bermula. Ada yang pulang ke kampung untuk mengubat kerinduan terhadap keluarga tercinta, ada juga yang berhajat meraikan keberangkatan keluarga menyahut panggilan haji. Bahkan tidak kurang juga yang mungkin akan mendirikan ‘masjid’ sama ada sebagai satu tanda (bertunang) atau terus mengikat janji terpatri di sanubari. Tidak mustahil juga mungkin ada segelintir daripada kita yang tidak ada sebarang perancangan untuk mengisi tempoh percutian ini. Bagi golongan seumpama ini, cukuplah sabda Rasulullah s.a.w menjadi peringatan, yang bermaksud “...jagalah waktu lapangmu, sebelum datang waktu sibukmu...”. Justeru, saya menggesa agar sama-sama kita isi percutian kali ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Rancang dengan apa yang di tangan, bukan yang kita angan-angankan. Libatkan diri secara aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, akrabkan diri dengan usrah, mesrakan diri dengan Pencipta. Manfaatkanlah waktu cuti ini dengan meningkatkan kualiti kita sebagai seorang da’ie (pendakwah). Cukuplah dengan memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi. Gunakan minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga. Ketika musuh yang bersaing dengan Islam begitu aktif mengukuhkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka percaya, gerakan Islam akan hilang siginifikasinya jika didukung oleh da’ie yang fikrahnya seperti istana kaca! Tak salah rasanya memasak menggunakan perencah segera kalau perencah yang sedia ada itu sudah cukup bagus, lagipun kalau nak buat perencah sendiri kena betul-betul pakar memasak. Masakan itu untuk orang ramai, bimbang perencah buatan sendiri tak sedap dek selera tetamu yang berbeza-beza. Lagipun kalau nak masak untuk orang Melayu, kenalah guna perencah Melayu, bukan semua orang Melayu boleh makan mayonnaise. Kalau nak masukkan jugak kenalah masukkan sikit-sikit sebab nanti si pemakan-pemakan tu dah tak datang makan apabila tahu si pemasak ni guna perencah yang mereka tak boleh makan. Siapa yang nak habiskan makanan tu nanti? Bukankah membazir namanya tu? Saya harap anda faham analogi ini. Semoga percutian kali ini akan menemukan kita dengan pencarian hakiki. Selamat bercuti. Sampai bertemu lagi.

3 comments:

Hilal Azmi said...

haha..Selamat Bercuti abang!!!!
Mari kita tambahkan amalan masa cuti nie...ehehe...

Anonymous said...

cton nak berangkat sabtu nie...selamat bercuti...jumpa next sem lagi yea...

NIVYANFAZZA said...

nivyan pun nak ucapkan selamat bercuti juga pada abang mursidi even diri ini tidak balik ke kampung halaman....