Sunday, November 9, 2008

Berakhirnya Sebuah Pemerintahan

Seusai pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2008/2009, maka berakhirlah sudah secara rasmi pemerintahan MPPUMS Sesi 2007/2008 yang diterajui oleh Saudara Hasanal bin Hassan Alban selaku Presiden. Tahniah atas kemenangan ini, dan takziah atas amanah yang bakal digalas. Sepanjang sesi pemerintahan kami yang lalu, saya dan sahabat-sahabat MPP yang lain telah mempelajari banyak perkara yang mendidik jiwa kami agar bersedia menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar di luar sana. Kami tidak dapat menggambarkan apakah perasaan kami pada saat ini – sama ada gembira, terharu, atau berbaur antara keduanya. Boleh jadi kami gembira kerana galasan amanah bakal berpindah tangan kepada para pemimpin muda yang memiliki idealisme perjuangan yang lebih relevan dengan peredaran zaman. Mungkin juga kami bersedih kerana selepas saja pembubaran MPP ini kami tidak berpeluang lagi menikmati erti hidup sebagai pemimpin pelajar secara formal. Kami tidak dapat bayangkan selepas ini, hari-hari yang kami lalui tanpa memikirkan gerak kerja MPP, manakala malamnya pula sibuk dengan mesyuarat di sana sini tanpa mengira waktu dan ketikanya. Terasa manisnya bergelar pimpinan pelajar selama 10 bulan yang lalu. Pada kesempatan ini, kami merakamkan sejambak kasih sekalung apresiasi kepada semua pihak yang banyak membantu perjuangan kami, MPPUMS Sesi 2007/2008 seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid, Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar, para sekretariat, ahli-ahli PMUMS, serta semua pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kami juga ingin memohon seribu kemaafan atas janji yang tidak tertunai, amanah yang tidak terpatri, dan bicara kata yang tidak dikotai. Kepada pewaris perjuangan “Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”, kami ucapkan selamat berjuang di medan yang mencabar ini. Lakukan yang terbaik demi mendaulatkan suara mahasiswa. Ayuh kita himpunkan wacana yang bersifat ilmiah untuk mematikan nafsu pengampu yang tidak sedar diri. Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang cari selama ini. Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

MURSIDI BIN AMAT
Alumni Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMS) Sesi 2007/2008
(http://musliminmukhlisin.blogsot.com)

3 comments:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...
Saya terpaksa memasukkan semula artikel ini kerana penerbitan Wasilah Edisi Pertama di bawah Majlis Perwakilan Pelajar yang baru telah 'mencantas' banayk idea mencabar dalam artikel asal ini. Saya difahamkan tindakan ini diambil berikutan desakan seorang pegawai yang 'takut dengan bayang-bayang sendiri'. Dayus! Lebih menyedihkan nama Wasilah yang saya asaskan bersama MPP 07/08 akan ditukar nama. Terkuburnya Wasilah tapi tidak bermakna perjuangan idealisme mahasiswa akan tergendala

Anonymous said...

ooo.. ye ke. betul ke pegawai tu dayus sangat sehingga ko boleh kata mcm tu?? cmni ke nk jadi pemimpin. x hormat kat pemimpin lain walaupun dorang tu menyakitkan hati kita? x hairanlah klu penerbitan pertama tu di hentikan kerana pemimpin yg mengasaskan penerbitan tersebut mempunyai sikap yang x baik. ishishish...

Muslimin Agung said...

Aku bukan seperti engkaua sangkakan
Pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
Katakanlah padaku
Rela ku terima walau kutukan
Asalka akidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan Dustur ILahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan kumohonkan ampunan
Keterlanjuran yang berulang kali
Teman…
Kita patrikan di sini
Berakhir semua lamunan duniawi
Terima syukur taufiq ILahi