6. Islam itu agama kejayaan dunia dan akhirat. Ramai Muslim telah diterapkan dengan kepercayaan, tinggalkanlah dunia (Sunnah Allah) untuk akhirat (syariat Allah). Ada yang menakutkan anak murid dengan kenyataan tidak mengikut kelasnya tidak akan dapat ke Syurga. Ini terjadi secara berleluasa. Dibacakannya nas-nas panjang berjela, bagi membuktikan kebenarannya. Apa nak fikir lagi, ini nasnya dah terang benderang. Memang mendatangkan ketenangan, tak perlu risau, tak payah nak berfikir lagi, Syurga milik mereka.
7. Keredhaan Allah yang akan memasukkan kita ke Syurga bukan yang lain, termasuk pahala. Berlalu Ramadhan mula berkira dengan Allah, tiada ganjaran, amalan berkurangan. Baca Al-Quran, berkira setiap huruf ada pahala, bukan nak dapat petunjuknya atau panduan yang terkandung di dalamnya. Asal baca dapatlah pahala. Keredhaan Allah di akhirat, boleh diukur dengan keizinan yang kita perolehi semasa di dunia. Yang mendapat keizinan di dunia adalah mereka yang lebih faham dengan carakerja-Nya, iaitu yang lebih hampir dengan-Nya. Begitulah Qadar ketentuan-Nya. Bukan pakai rasa ego hampir dengan-Nya.
8. Kemunduran Muslim adalah tanda kegagalan menghayati Islam sepenuhnya. Ramai yang mendamaikan hati dengan alasan kemunduran di dunia akan mendapat kejayaan di akhirat. Islam itu adalah kejayaan di dunia dan di akhirat. Tidak timbul kejayaan di akhirat tanpa kejayaan di dunia. Tetapi dalam alasan untuk tidak menggunakan akal, atau menyenangkan kerja menyampai, pendakwah mencari jalan singkat dengan menakutkan pendengarnya, yang menggunakan akal itu hanya berjaya di dunia, di akhirat nanti akan merana, yang menjadi pendengarnya pun taklid membuta.
9. Kalau kita tidak lebih dahulu memahami Dia, bagaimana kita mengharapkan Dia akan memahami kita, dan mengizinkan segala yang hendak kita lakukan di dunia. Apabila kita sudah memahami Dia akan mudahlah kita memahami mahluk-Nya, terutamanya manusia. Jadi tidak timbul kita harus memahami manusia dahulu, supaya mereka nanti akan memahami Dia. Memahami manusia dahulu akan menghanyutkan kita di arus perdana, walaupun kita seorang perenang yang berwibawa.
10. Bagaimana kita boleh “memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi” dan menggunakan “minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga” akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Malangnya dengan Islam Popular, itu semua pekara kedua, apa yang penting, apa Pendakwah Popular berkata, kata mereka. Ketenangan atau kebenaran, pilih satu antara dua. Saya percaya ramai akan memilih Pendakwah Popular. Tapi saya akan memilih keredaan ILahi dengan manhaj yang saya anuti - P_S.

6 comments:
Salam...
Syeikh, ada benarna (byk benarnya) apa yg nta luahkan ini. Dua2 bhgian ana dah baca sangat menempelak para da'ie yang hanya 'tahu bercakap' teori dakwah tapi enggan berpraktikal di medan ang sebenar. Teruskan menulis syeikh uk mencetus pemikiran baru di kalangan ahli gerakan Islam khususnya ahli2 GMI. Untuk makluman nta, blog nta ini turut mjadi perhatian shbt2 gamis n GMI di Semenanjung. Ramai yg puji gaya penulisan nta. Cuma sedikit teguran, acap kalilh gunakan dalil naqli dalam berhujah sp senang org terima jgn guna logik saja ya syeikh. Puisi2 cinta ILahi nta juga sangat puitis. Teruskn...
tq atas tazkirah yang menyedarkan ni..huhu...sangat tersentap dengan ayat2 yang power dalam tazkirah nie...moga2 saya dapat jadi lebih insaf & dapat menambahkan amalan tanpa bekira untuk beribadat kepada Allah....
u become my idol!!
hehe...
teruskanlah perjuangan selagi hayat dikandung badan..
jangan menyesal setelah nyawa dihujung kepala...
daei perlu memahami mad'unya...
Salam WUFI...
Anonymous: Syukran. Alhamdulilah. Ana pulangkan semula kepada DIA yang berhak.
IAI: Sekadar berkongsi ilmu ILahi
Burhan: "jangan menyesal setelah nyawa dihujung kepala...
daei perlu memahami mad'unya". Artikel baru abang ini "Jihad Mata Pena" akan menjawab klausa di atas.
wateva la mursidi....buat aku mengantuk je...zzzzzzzzzzz
Salam WUFI kembali...
Tidurlah perpaduan. Tapi jangan lupa baca doa tidur dan jaga adab-adab tidur yang menjadi Sunnatullah Muslimin sejati. Semoga 'tidurrmu' dihiasi mimpi indah yang menyuluh kebenaran terhadap lorong gelap yang ada sekarang
Post a Comment