Wednesday, November 26, 2008

Jihad Mata Pena

“Syabas Agung kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Apa ditakut (dengan) gertakan manusia!”, demikian bunyi ayat SMS yang saya terima pagi tadi. “Kalau takut dengan ujian, jangan cakap soal perjuangan!”, komen pejuang reformasi pula. Bahkan ada juga yang berbunyi seperti ini “Sidi, slowkan sikit blog kamu tu”. Hmm...Entahlah, semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus kerana tidak tulus akibat saya takut atau pengecut. Mereka ini tersalah sifir. Saya membuat satu analisa yang kaku, mungkin dibaca daripada buku oleh pemikir yang lesu, bahawa ‘sesuatu yang bernama perjuangan akan berdepan dengan ujian’. Manakala ujian itu pula memang menakutkan. Berhadapan dengan pegawai, kena buang dari universiti, kehilangan kepentingan diri, malah syahid cita-cita yang dicari! Itulah hafalan skema tarbiyyah terhadap ujian perjuangan mahasiswa di kampus. Seolah-olah perjuangan hanya teruji dengan ujian satu warna. Persepsi ini tidaklah salah. Bahkan Allah SWT sendiri sudah mengingatkan: “Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”. [Al-Baqarah 2 : 155]. Segala musibah yang menguji adalah bukti kezaliman kaum durhaka yang dihadapi, dan mengangkat darjat pejuang yang diuji. Sebagai pelajar yang berjuang kita mungkin bimbang digantung biasiswa atau PTPTN, tetapi mungkin kita akan diuji dengan gagal dalam peperiksaan, atau diuji dengan keluarga yang memusuhi Islam. Saya mungkin terlupa bahawa dalam perjuangan bukan hanya berani yang menjadi bekal, malah cerdik dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata. Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerana di sisi Islam kita mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberanian yang semberono. Jika di era turunnya al-Quran jihad itu banyak manifestasinya sewaktu peperangan di medan pertempuran, hari ini musuh mungkin bersarang di dalam kepala dan muncul dalam bentuk yang halus tetapi tetap merbahaya. Maka berkewajipanlah bagi pejuang untuk menganalisa tabiat jalan dakwahnya, agar prinsip amar makruf dan nahi munkar terus berjalan seiringan dengan ujian yang ‘menghiasinya’. Tuntasnya, saya tidak akan berhenti daripada menyatakan kebenaran melalui mata pena (blog) ini kerana saya menyakini ini adalah salah satu marhalah dalam perjuangan yang akan mendapat keredaan-Nya, insya Allah. Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat blog sekalian, teruskan membina keberanian. Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya. Selamat berkarya wahai para blogger muda!

5 comments:

Anonymous said...

Salam Wasilah Ukhwahfillah..

Syabas buat abang..satu artikel yg mungkin mmbuatkan kelompok tertentu tergigit jari smpai putus,huhu..

Tapi memang hakikat hdup seorang mujaddid..ada sahaja yang akan menentang perjuangan..

Kadang2 rasa tkut nk meluah apa yg terbuku, tapi takkan kita nak biarkan yg buruk itu mengalahkan yang indah..

Lagipun kita tidak bleh puaskan hati semua orang kn..

Kalau lihat keadaan dalam kampus sekarang pun, memang wajar la kita mencorakkan kebenaran melalui penghasilan wacana yang telus, wakaratulikhlas..

Apapun, kita buat yang terbaik dan termampu..Berundur bukan pilihan..Teruskan berjuang abangku,huhu..

Gambatte, MUSLIMIN AGUNG..

Hilal Azmi said...

Aha!!!
Akhirnya wujud jugak keberanian untuk abang... Mari kita sama-sama teruskan perjuangan nie...Semoga dengan ikaan ukhwah yang kita ada nie boleh memberikan kita lebih kekuatan dalam menempuh cabaran sebagai seorang bloggers.

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

"Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat blog sekalian, teruskan membina keberanian. Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya".

...Sama-sama kita berjuang IAI untuk menyatakan kebenaran dan menghancurkan kebatilan...

NIVYANFAZZA said...

jangan lupa..setelah ada keberanian, harus kita tekuni pula...
tekunilah dengan prasyarat yang menjadikan kita seorang pendakwah yang tidak hanya indah dimata....
gunakanlah keberanian kearah yang lebih telus...jangan gunakan keberanian untuk kepentingan sesuatu..

teruskan perjuangan...

Hilman Nordin said...

SEmoga kita semua sama-sama istiqamah dalam membawa suara kebenaran dalam alam maya ini.

Teruskan perjuangan!