Thursday, November 26, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Ketibaan Ramadhan
Salam Wasilah Ukhuwah FillahSejak bertugas sebagai guru di sebuah sekolah swasta 'bertaraf mewah' di Lahad Datu ini saya mulai sibuk memikirkan agenda pendidikan nasional sehinggakan lupa medan dakwah maya yang saya miliki ini. Mohon maaf kepada pengunjung sama ada kawan atau lawan (seperti YB UMNO Silam) kerana lama tidak bersua. Secara peribadi, saya amat menghargai setiap pengunjung yang hadir ke blog ini apatah lagi sudi menitipkan kritikan atau komen secara hikmah. Teruskan hasil kreativiti anda bagi menampung perjalanan blog Muslimin Agung ini. Bersempena dengan ketibaan bulan pesta ibadah, Ramadhan Al-Mubarak, saya dan keluarga mengucapkan selamat menikmati ganjaran ibadah yang cukup 'ranum buahnya' untuk kita petik di akhirat kelak. Peliharalah amalan kita agar istiqamah di jalan dakwah. Kepada para Jundullah PAS yang akan berjuang di medan jihad Parlimen Permatang Pauh, teruskan komitmen anda sebagaimana usaha kita mencari redha Ilahi. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk melakukan apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Dun Permatang Pasir! Hancurkan kuffar UMNO! Umat Islam pasti cemerlang.
Tuesday, May 5, 2009
3 dalam 1
1) Sahabat-sahabiah seperjuangan daripada Kolej Kediaman AB telah mengadakan majlis Jalinan Ikatan Kasih yang turut menyelitkan majlis memperingati hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-24 tahun. Susah payah Akmal, Julkifflye dan sahabat-sahabat menyentuh hati saya. Apatah lagi malam itu kek krim ditaja oleh Nadir.
2) Tepat jam 12 malam pula, Jass Azliezan (Annak!) and The Geng (Syafiq, Ashraf, Adam, dan Faridzul juga Sabahrullah) membuat kejutan di bilik saya dengan pendekatan gimik yang tidak seberapa kena. Kek coklat yang terhias cantik mengalami ‘kemalangan’ dek kekalutan kami malam itu. Kasihan kek itu. Tapi sedap rugi tak makan.
3) Saya menerima banyak hadiah dan ucapan SMS daripada kenalan saya. Mutiara kata berharga dan doa-doa yang dipanjatkan (terutama doa agar saya cepat kahwin, he..he..) amat saya hargai. Sekalipun jumlah ucapan hari lahir yang saya terima pada tahun ini menurun bilangannya (tahun lalu sampai dapat 250 SMS), namun doa-doa dan harapanm kalian menjadi mangkin untuk saya terus menggagahi kehidupan ini.
Saya telah belajar banyak perkara. Daripada mengasuh, mengasah, mengasak dan mengasih diri dengan sifat-sifat terpuji apabila diberi seberkas kuasa sehinggalah saya mengenal dan mendepani gelagat lapisan manusia yang rencam ragamnya, saya seperti disapa untuk diseret kuat ke dunia politik secara praktikal. Saya bagai dipaksa mengenal musuh sebaik mengenal kawan. Benar sekali nasihat Insan Agung Utusan Langit, “Sayangi temanmu seadanya, kelak mungkin akan jadi musuhmu. Benci musuhmu seadanya, kelak mungkin akan jadi temanmu.” Saya apresiasikan sejuta penghargaan buat musuh, kawan, rakan, teman, dan sahabat sekalian atas kesudian kalian hadir menghiasi dan melengkapi perjalanan hidup insan kerdil bernama Mursidi bin Amat bin Kandalang bin Haji Mizan ini. Hatta kita berpisah di dunia yang fana ini, semoga kita bertemu di Syurga dengan senyuman dan laungan takbir kemenangan. Terima kasih juga buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta. Jasa kalian tidak ternilai. Saya teringat bicara Rimbawan Sejati, “Semoga usia ke-24 tahun abang ini mengingatkan kita pernah bekerja 24 jam untuk agama Allah”. Benarkah itu? Saya mula menghitung apakah amalan dan iman sudah mampu menjamin untuk saya bertemu dengan Yang Maha Pencipta? Doakan saya terus mengecapi nikmat Islam dan Iman. Terima kasih semua. Bahagianya tatkala dihargai.
Friday, April 24, 2009
Pulangkan Segera
Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam menjejak kaki di UMS (‘Universiti Masalah Selalu’. Ops! Universiti Malaysia Sabah) yang tersergam indah ini. Tanpa disedari hanya tinggal dua minggu sahaja saya berada di sini sebelum angkat kaki melangkah pergi. Terlalu banyak peristiwa pahit, manis, masam, masin dan yang sama waktu dengannya hadir menerjah menghiasi perjalanan bergelar mahasiswa. Peluang yang diberikan Allah Ta’ala untuk saya menjadi penggerak dakwah di kampus amat saya syukuri. Apatah lagi saya berpeluang menjadi pimpinan formal dan informal yang menjadi tiket untuk saya menghadapi sepak terajang politik kampus guna mendepani kehidupan realiti di luar sana. Makin bertambah ilmu, makin terasa khilafnya diri selama ini. Seolah-oleh belum cukup lagi ilmu di dada untuk menghadapi karenah masyarakat yang penuh ragam. Saya akan gagahinya. Sepanjang empat tahun menjalankan ukhwah fillah bersama kawan dan lawan terasa banyak terhutang budi dengan kalian. Pada kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan atas kedaifan diri. Mohon ihsan kawan dan lawan jika saya pernah terhutang budi, terpinjam barang, termakan dan terminum, agar dihalalkan segera. Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Namun jika ada yang ingin menuntut jangan segan hubungi saya melalui blog ini. Insya Allah jika mampu saya bayar, akan saya lunaskan segera. Khuatir benar hidup berhutang, bimbang syurga akan menendang. Istimewa juga untuk kawan dan lawan yang pernah berhutang dengan saya, insya Allah telah lama saya halalkan, tapi jika berhajat menjelaskan jangan segan untuk menghubungi saya. Bagi yang meminjam, terpinjam, atau terambil (tanpa izin) barang-barang kepunyaan saya seperti baju, buku, CD, DVD, garpu, sudu, dan yang seiringan dengannya – tolonglah pulangkan segera! Saya pula yang aib untuk menagih berulang kali. Ayuh, sama-sama kita baca dan aminkan doa ini.
“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah.
Kami mohon perlindungan kepada-Mu daripada sikap pengecut dan bakhil.
Kami berlindung daripada cengkaman hutang dan penindasan orang. Ameen.”
Sunday, December 7, 2008
Terkorban Pada Bulan Korban
Wednesday, December 3, 2008
Pendirian Politik Muslimin Agung
Thursday, November 20, 2008
Hakikat Sebuah Percutian
Wednesday, November 12, 2008
Marilah Me'nyah'kan Mereka
Friday, October 31, 2008
Info Minyak & . . .
Harakah SMS : Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa 01 November 2008. Alhamdulillah...
Bak kata Ustaz Hasrizal, melukut di tepi gantang, hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada. Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung. Inilaha antara rakaman hidup rakyat Malaysia bahana kebobrokan pemerintah yang gagal mengawal harga minyak.
Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”. Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan apa yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera. Maka kita kena terus belayar hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh. Selamat berlayar para JunDulLah 'pewaris' perjuangan Ummah. Salam Jihad Akademik


