Wednesday, December 3, 2008

Pendirian Politik Muslimin Agung

Saya mulakan wacana kali ini dengan pencerahan bahawa saya bukan ahli politik. Ahli politik dalam erti kata berkempen politik, berceramah di pentas politik, atau mungkin juga bertanding sebagai wakil rakyat, menggantikan Datuk Nasrun yang sudah sekian lama mewakili orang kampung saya. Hakikat ini tidak bermakna saya buta siasah (politik), atau berkecuali dari berfikir tentang politik seperti saranan seorang pemimpin pelajar yang menyeru mahasiswa agar bersifat natural. Karut! Terngiang-ngiang di telinga saya pesanan Khomeini, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”. Bahkan mungkin dia jahil kedua-duanya. Hakikatnya, kita tetap merupakan sebahagian daripada entiti politik sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politikus akibat buta politik atau sengaja memejamkan mata terhadapnya. Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Apatah lagi status saya sebagai seorang mahasiswa yang terikat dengan AUKU. Biar pun undang-undang negara telah mengazetkan saya layak mengundi, namun ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna saya tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya apatah lagi isu-isu yang mereka bawa (ahli politik) tetap tidak boleh kita pisahkan daripada kehidupan. Jika isu bahasa, kenaikan harga minyak, hedonisme, dan nepotisme - kita kaitkan dengan parti politik tertentu, dan parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah massa. Parti politik adalah wasilah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata. Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya seiring istilah amar makruf, nahi mungkar. Jika kita mengimbau sejarah, pernahkah Nabi Muhammad SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi? Jawapanna tidak pernah sama sekali. Soal Muslimin Agung memilih parti mana, itu perkara yang berasingan tetapi wacana saya di blog ini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran maka kebatilan tidak boleh disembunyikan, harus diperangi hingga ke titisan darah yang terakhir. Pada masa yang sama, saya akan bersifat telus dan tidak berat sebelah sebagaimana yang dipesan oleh Timbalan Pendafar HEP kepada saya suatu ketika dulu sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung MPPUMS. Ayuh, kita bersama-sama suburkan demokrasi kampus!

7 comments:

NIVYANFAZZA said...

islam itu merangkumi semua....politik, ekonomi, jenyah atau apa-apa yang manusia buat dalam kehidupan ada dalam islam...
politik ada dalam islam..politik kepartian ada dalam islam???
ada berpuak-puak atau group2 parti politik pada zaman Rasulullah mahupun para sahabat???
terjadinya perpecahan pertama selepas kewafatan baginda rasulullah..bermula dengan gerakan Riddah (golongan murtad), seterusnya khawarij dan syiah dan sebagainya.....
salah satu daripada pembawaan khawarij yang diamalkan sampai sekarang ialah Demonstrasi jalanan...betul ke demontrasi ini adalah salah satu cara islam menegakkan islam...atau adakah demonstrasi ini adalah jihad atau maksiat??
pernahkah pada zaman Rasulullah pernah berlaku demonstrasi?
persoalan lagi..
tidak bolehkah pergerakan islam ini yang mempunyai arah tujuan yang sama tetapi haluan berbeza bergabung menjadi satu! tiada politik kepartian..hanya wujud politik islam...
sekadar pandangan....

Anonymous said...

salam....cayalah pendirian muslimin agung!

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf Al-Qardhawi memfatwakan bahawa demonstrasi adalah salah satu wasilah yang dibenarkan. Kalau kita singkap sirah, hijrah Rasulullah s.a.w yang berlaku setelah 13 tahun Islam diwahyukan merupakan tamsilan kepada generasi akan datang (kita) hakikat Nabi juga melakukan 'tunjuk rasa' dengan mengadakan penghijrahan seumpama ini. Justeru, persoalan demonstrasi syarie atau tidak sudah terjawab

Anonymous said...

Salam Wasilah..

Selaku mahasiswa, tidak melampau kalau saya katakan kita kena juarai segala isu..

Bukan sekadar menelaah buku ilmiah,tapi atas dasar kita mahasiswa yang di ibaratkan mempunyai minda kelas minda pertama, maka buktikan la kita merupakan golongan yang tidak berdiam diri jika sesuatu isu itu lebih banyak buruknya..

Ayuh mahasiswa..

Anonymous said...

heran aq c rimbawan beriman nan niak saja dibisalahan ekh na nan... :)

Muslimin Agung said...

Asal nak ko c Rimbawan nan, mat bisalah sajak hinangnan sogok bang ni sohok amonok Doraemon atawan sapiya. Mmmm...

NIVYANFAZZA said...

saya tidak mengatakan yang tamsilan abang berkenaan hijrah nabi sebagai demontrasi (tunjuk rasa) itu salah mahupun betul....
pada pendapat saya, peristiwa hijrah itu adalah perintah dan suruhan daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W, pada hakikatnya Nabi begitu sayang dan cintakan tanah airnya iaitu Makkah, tetapi ini adalah suruhan daripada Allah jadi Nabi melakukan hijrah, pendapat saya kalau bukan kerana perintah Allah nabi mungkin tidak akan melakukan Hijrah.......kalau kita katakan peristiwa hijrah ini sebagai tamsilan atau kiasnya kepada demontrasi, nabi tidak perlu hijrah sehingga ke madinah...kalau betul nabi ingin mengadakan tunjuk rasa, kumpul penduduk muslim dan buat demontrasi di masjidil haram atau kepada pimpinan makkah pada masa itu, iaitu abu jahal dan sebagainya....tetapi nabi telah diperintahkan oleh Allah supaya berpindah.....
ini pendapat peribadi saya.....kalau ada silap dan salah mohon dibetulkan...
agar perbedaan ini akan membawa rahmat kepada kita...amin!!!!