Thursday, December 11, 2008

Bola oh Bola

Kecewa! Itulah rasanya ungkapan yang sesuai terhadap aksi pemain bola sepak kebangsaan dalam merebut Piala AFF di Thailand. Semalam, pasukan negara yang turun menentang pasukan tuan rumah tewas 3-0. Mungkin ada pembaca yang hairan kenapa saya tiba-tiba menghasilkan wacana berkaitan sukan apatah lagi memperihalkan tentang sukan bola sepak yang kurang saya gemari itu. Sebenarnya ada beberapa rasional yang boleh diguna pakai sehingga mengerakan hati saya untuk menarikan tangan di keyboard laptop guna berkongsi sedikit pandangan. Pertama, saya teruja melihat kesebelasan pemain utama negara yang terdiri daripada pemain muda daripada pelbagai latar belakang. Kedua, penerbangan mereka ke Thailand menaiki pesawat tentera khas mengujakan saya. Ketiga, saya ingin mengenali seorang pemain yang diminati oleh seorang junior, Faqrul Zaquan. Keempat, saya difahamkan skuad kebangsaan kali ini tidak menerima pakai penyertaan pemain dari negeri Sabah dan Sarawak. Apakah sebab musababnya? Saya juga kurang arif. Kelima, dikhabarkan mereka menerima jumlah elaun bermula September lalu sehingga kini bagi Piala AFF adalah antara RM6,000 hingga RM7,000. Jika jumlah itu dikalikan dengan 22 pemain skuad kebangsaan yang berada di Phuket ketika ini, bermakna Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dianggarkan membayar antara RM138,000 hingga RM154,000. Angka ini lebih dari cukup untuk mendirikan sebuah fakulti (sekolah) Pengajian Islam di UMS. Ternyata pelaburan itu sia-sia belaka apabila skuad kebangsaan tersingkir daripada meneruskan semangat ‘Malaysia Boleh’ di negara gajah putih itu. Saya semakin kecewa! Kekecewaan saya bertambah jika (mungkin) terdapat peminat bola sepak yang leka menonton perlawanan tersebut di Saluran 813 sehingga sanggup melewatkan (mengorbankan) Solat Maghrib (bagi penonton di Semenanjung) dan Solat Isyak (Sabah dan Sarawak) secara berjemaah di masjid hatta di rumah. Senario ini terjadi hanya kerana sebiji bola.

4 comments:

NIVYANFAZZA said...

satu sahaja yang saya kecewa tentang pemain bola sepak kebangsaan ini, mereka ini buykan bermain atas jihad untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara..tetapi lebih kepada popular, kemashyuran dan wang ringgit. perbezaan yang amat ketara dan jelas pemain sekarang berbanding dengan zaman Allahyarham Mokhtar Dahari...
APABILA SEMANGAT JIHAD ini semakin nipis maka permainan mula bertukar corak....tangga 155 ranking dunia bukan perkara luar biasa bagi pasukan Malaysia....INIKAN PULA HENDAK MENANG DENGAN tHAILAND, DENGAN sINGAPURA pun belum tentu menang...
Bola boleh dijadikan medium dakwah kalau kena pada tempatnya....bola boleh jadi bala dan syaitan jika salah tempatnya..
renung2kan dan selamat membaca...haha....

Anonymous said...

hawa' dengan nafsu....kalau p majlis kawin pun kadang2 solat terbarai di kalangan tetamu, tuan rumah tak terkecuali pengantin. lepas ni cd kna buat kenduri kawin punya entri plak kot...kat semenanjung sehari 8 kenduri pun ada 1 kawasan

Anonymous said...

ups tersasar dari bola plak

FaQruL ZaQuan said...

SALAM...NTAHLA BANG..BETUL2 MOTIF..