Wednesday, December 17, 2008

Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman, yang disabdakan dari lidah Rasul Junjungan, agar kita menjadi orang yang dimuliakan, golongan yang baginda rindukan. Jika para sahabat itu bertanya, "Siapakah yang diberi gelaran itu kepadanya?", amarah dan cemburu di hati mereka hingga menitiskan air mata. Lantas baginda menyebut lagi, "Ikhwan itu mengamalkan sunnahku bagai menggenggam bara api, mereka amat mencintaiku sekalipun tidak pernah bertemu". Ukhuwah mereka bagaikan susunan batu-bata, sering menguatkan di antara mereka, umpama satu ibu dan satu ayah, fikiran, keyakinan, dan keselarasan. Perjuangannya ibarat singa di siangnya, bagaikan abid pula di malam harinya, rahman fil ilailhi wa fusa innahar, gelaran yang baginda berikan. Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan, mereka pilihan di atas pilihan, bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan kerana dosa amat dihindarkan. Luar biasanya takwa ikhwan, kerana takwanya diberi pertolongan, kerana takwanya diberi rezeki dan di dunia diselamatkan Tuhan. Wahai para pencinta kebenaran yang menagih janji Tuhan, rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman. Ia tawaran yang tiada tandingan.

3 comments:

Hilal Azmi said...

gelaran ikhwan nie macam ikhwanul muslimin ka???

Anonymous said...

tak kira la ikhwan mana, yang aku tau menasabkan kepada ikhwanul muslimin, kerana cara ikhwanul muslimin dilihat paling syumul, kesan dakwahnya paling efektif, nama itu tak penting sangat, aku kira hamas menggunakan nama lain padahal orangnya berciri ikhwan.

maka, aku berpendapat ikhwan itu adalah yang membawa ad-deen

Hilal Azmi said...

owh, cmtue...tq irshad....