Friday, December 12, 2008

Pantun Tanpa Tajuk

Jikalau gusar di Kolej Kediaman Eei
Mari berpindah ke Kolej AB
Hairan tercengang Doraemon berdiri
Melihat Nobita lari bersama MyBb

Seusai Solat Subuh jom ke pekan
Pergi bersama Firdaus dan isteri
Kalau nak tahu besarnya Labuan
Ambil pembaris ukurlah sendiri

Burhan dan Amsah dua sahabat
Sering bersama di mana berada
Bagaimana cara hendak mengubat
Hati Rashid yang merana

Sabak dan Fanshuri teman sebilik
Kedua-duanya pandai bergaya
Kalau tuan hamba ingin menjadi cerdik
Tangkaplah sang kancil, rebuslah otaknya

Jass dan Matinz membeli nasi
Menjadi santapan berbuka puasa
Mendengar kucing dan arnab menyanyi
Termenung hamster duduk bersendirian

Kalau takut dilanda badai
Di tepi pantai jangan berumah
Kalau takut tanah menimbusi
Di lereng bukit jangan berumah

Salam maaf tidakku mahu
Andainya ada yang terasa
Hasrat di hati sekadar bergurau
Menjadi lumrah adat seloka

6 comments:

Anonymous said...

pantun teruk tidak terkata
bila baca otak tak lurus
aku ni nak bertanya
bila boleh daftar kursus

Anonymous said...

ABANG JUMAT,
XSUKA BERLAGAK,
MURSIDI AMAT,
TERLAMPAU JUGAK...

Anonymous said...

Pantun seloka yang ntah apa2.. bab mengutuk number 1. sedar la sedara ooiii... nak tegur ada batasnya.. masuk jer U tp tak tahu nak guna akal mcm mana..menegur orang ada caranya..

Muslimin Agung said...

Suka hati akulah Puteri. Dah ini blog aku, aku nak puji atau kutuk orang lain, kau peduli apa. Orang yang buat maksiat terang-terang ko tak berani pula nak tegur. Ko tu pun aurat tak reti nak jaga. Puteri yang dah hilang serinya!

Anonymous said...

Terima kasih atas pujian itu. Sblm itu sedara, mana sedara tahu saya tak jaga aurat? sesedap rasa jer...sedara, menyindir, menegur ada caranya..bagus sedara belajar la dulu itu semua k. ini untuk masa depan sedara jugak.sekadar nasihat.

Anonymous said...

heheehhhhe... puteri tengok ada orang termakan jerat.. disini kita tahu sudah peribadi orang ni... tak guna pakai kopiah sana sini tak da bezanya ...... tahniah puteri...