Friday, December 5, 2008

Merakyatkan Mahasiswa

Berkongsi ilmu melalui blog Muslimin Agung ini telah memberikan saya suatu dimensi baru menghadapi realiti kehidupan di luar kampus kelak, misalnya satu kes yang merupakan pengalaman peribadi. Ada seorang pimpinan mahasiswa yang lantang bersuara menyuarakan pandangannya melalui blog berhubung sesuatu perkara. Tidak lama sesudah itu, beliau dipanggil ke Pejabat HEP. Pada telahan pembaca, apakah agaknya tindakan pelajar itu? Pertama, beliau mungkin memadamkan jejak penulisan di blognya. Kedua, beliau menggunakan nama sebenar, lalu ketika dihadapkan ke jawatankuasa siasatan, beliau menafikan tulisan itu miliknya. Ketiga, beliau mungkin menggunakan nama samaran, tapi akhirnya menafikan lalu menyatakan kemungkinan orang lain menggunakan nama samaran dan nama sebenar beliau. Senario ini pada hemat saya signifikan sekali dengan sindiran yang pernah dilontarkan tokoh akademik negara Prof. Diraja Ungku A. Aziz, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar." Pak Ungku, barangkali dalam hal ini menyeru kita (mahasiswa) untuk menilai semula tahap iklim demokrasi, menyukat paras bahang ekonomi negara dan menimbang sukat amalan kebudayaan dan sikap beragama masyarakat pada ketika itu sama ada benar-benar mantap atau pun tidak. Semua ini adalah masalah ummah yang melalui proses uji kaji (bukan di makmal semata-mata) tetapi menyeru kita turun ke masyarakat, membuat tinjauan demi tinjauan, menggalas isu-isu ummah ke dalam kampus, menyusun seminar dan bengkel, menjemput tokoh-tokoh tertentu termasuk politikus bagi membincangkan permasalahan massa. Oleh kerana mencabar ini termasuk dalam sebahagian dari proses belajar, maka perbuatan ini adalah sesuatu yang mulia. Mungkinkah perjuangan mahasiswa hari ini seperti tidak mendapat perhatian rakyat kerana kita kurang membincangkan masalah masyarakat apatah lagi menjiwai masalah setempat? Hakikatnya, kemunduran ‘bangsa mahasiswa' hari ini bukan kerana kekuatan HEP yang bersenjatakan AUKU ironinya belum terlahir mahasiswa yang betul-betul berjiwa pemimpin yang mampu memimpin. Kita mungkin Presiden/YDP persatuan, boleh menulis di akhbar atau blog peribadi ketika masih bergelar pimpinan tetapi hilang dibuai putaran arus ganas tsunami zaman dan ghaib. Bahkan tidak kurang juga yang lemas ditelan dalam timbunan masa dan waktu. Akhirnya, semua retorik perjuangan disandarkan pada kenangan ibarat pungguk merindukan bulan. Kasihan kita......:(

8 comments:

Hilal Azmi said...

hoho...Kalo kita bercakap banyak...Kita akan dicop pemimpin yang hanya pandai bercakap...Kalo kita diam & wat keja saja, maka kita pulak dicop sebagai pemimpin yang xberani bersuara... Jadi, di mana sepatutnya kita????

Deana said...

kena bercakap dan buat keja lah maknanya tu...
apa yg dicakapkan tu,dilaksanakan dgn sebaiknya. :)

suatu peringatan utk diri sendiri nie..hehe

wallahu ahlam

NIVYANFAZZA said...

kalau saya sebagai rakyat biasa bukan sebagai pemimpin senang sahaja untuk berkata..
pemimpin itu tak buat, pemimpin penakut, itu, ini dan macam-macam...
satu sahaja yang kita perlu ingat...kita tidak semesti menjadi pemimpin yang perlu memenuhi segala kehendak rakyat setiap orang, cukuplah sekadar secara amnya (majoriti).....

nur_Mahasiswa said...

Salam Mardhotillah..

Pemimpin tetap pemimpin
Tanggungjawab tetap tanggungjawab
Bebanan tetap beban

yang paling penting sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menghadapi arus yang bakal mendatang.

Tiada yang senang dalam kehidupan kerana itu kita diciptakan.

sahabatsejati said...
This comment has been removed by the author.
sahabatsejati said...

salam peringatan membawa perubahan...

emmm.... btl 2 lAl..susah jgk jd pemimpin ni kalau bersuara pun x kena, diam pun x kena..tapi kita perlu ingat yang kita ni memang dijadikan sbg "khalifah" di muka bumi ni..khalifah 2 maknanya pemimpin la..jd tugas kita seru kabaikan dan cegah kemungkaran.. x kira la rakyat biasa ke pemimpin ke..cuma buat pimpinan mahasiswa ums gunakan 'kepercayaan" yang warga ums brikan 2 dengan sebaik mungkin..ingat janji Allah 'amat besar kebencian disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan'.

Anonymous said...

1ST...PIMPIN DULU DIRI 2
2ND...PIMPIN DULU KELUARGA DEKAT MU MU
3RD...PIMPIN DULU KELUARGA JAUH MU
4TH...PIMPIN DULU SAHABAT2 MU

SETERUSNYA.....JD LA PIMIMPIM....
TPINGAT,NILAI SEMULA KEPIMPINAN (1ST-4TH)

irshadian said...

bah macam mana mau bersuara..panas jga aku dgn hep, hampes..pernah diugut nak stop scholarship aku, sadis banar......