Monday, December 29, 2008

Mahasiswa Menggugat?

Sungguh tinggi nilai yang diberikan kepada kita yang menghuni menara gading sehingga menerima gelaran mahasiswa. Pernah timbul konflik antara golongan bahasa dan teologi tentang penggunaan frasa ‘maha’ itu yang selayaknya untuk Tuhan sahaja. Konflik tersebut akhirnya diam seribu bahasa apabila pihak eksekutif (Menteri Pendidikan) campur tangan. Bukan itu isunya. Saya ingin kita bertaakul tentang nilaian yang tersirat di sebalik gelaran mahasiswa yang kita terima. Layakkah kita mendukung idealisme masyarakat yang inginkan keadilan dan kesejahteraan melalui kerajaan yang bersih? Seharusnya kita mampu. Bagi golongan massa, mereka melihat mahasiswa sebagai entiti yang paling kuat dan paling ampuh bertenaga dalam menyampaikan saranan dan kritikan sehingga libasan maut bicara hikmat mahasiswa itu mampu melumpuhkan sendi kekuatan kerajaan yang korup. Harapan itu tinggal angan-angan yang menjadi khazanah lapuk di minda dangkal mahasiswa yang tidak berani menggugat. Roh reformasi mahasiswa 1970-an hingga lewat 1990-an sudah semakin malap. Badai gelora tsunami, garangan demi garangan akhirnya mulai surut ditelan zaman. Mungkin mahasiswa dan masyarakat awam yang lainnya patut membuat akad, waad sebagai Sri Tri Buana dan Demang Lebar Daun. Saya fikir pimpinan pelajar (sama ada MPP, GAMIS, PKPIM, dan lain-lain) dapat melakukan sesuatu yang luar biasa dan dapatlah beraksi nakal sedikit sebagai tabiat orang muda untuk menyedarkan orang tua di singgahsana Putrajaya. Masih ada lagi ruang rasional sebelum meletupnya kegilaan demi kegilaan mahasiswa yang semakin menggugat. Kita akan bergendang bersama menuju puncak.

8 comments:

nurilhakim said...

Salam ziarah..
Soalan bng..Mcm mana nk pupuk sifat 'nakal' dlm diri tu?
Sbb nak jd 'nakal' tu awalnya kena lahirkn kemampuan menganalisa dulu..
N utk mampu menganalisa kna mampu berfikir dlu..
N utk berfikir, perlu ada keinginan n kehendak yg sgt mendlam..
Tu yg paling susah nk pupuk n bentuk.. :(

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Nilai berani dan tulus (bukan telus, ada beza tu) kena ada. Sematkan dalam sanubari apa yang kita kita capai. Ikhlas dalam berjuang kunci kejayaan menjadi pejuang terbilang. Macam sirah Khalid al-Walid. Walaupun beliau 'nakal' dalam berjuang, namun faham maksud dan tujuan berperang. Abang rasa Tuan Nurilhakim dah ada jawapan yang lebih bernas itu. Kongsikanlah bersama. Salam Ma'al Hijrah 1430

sahabatsejati said...

salam peringatan membawa salam...

soalan..perlu ke bersifat nakal?
nilai berani dan tulus?
cukup ke 'nakal' sahaja?
mungkin bukan setakat nakal tapi berakal kerana nakal tanpa akal ibarat pohon tak berakar..pohon yg x berakar tak tahan lama bang..mudah di bawa banjir/tsunami...huhu..

Anonymous said...

nakal-akal-akar

nurilhakim said...

Tepat sudah jwpn Abg Muslimin Agung..perlu berani utk nakal, dan tulus dlm mndukung perjuangn. Tapi semua tu lahir dr keinginan utk merubah, bkn pd dasar tp sedalamnya, yang mampu buat masa setiap detik sebolehnya utk Islam, setiap nafas memuji dan memuja Pencipta. Baru boleh lahir keinginan untuk mengambil tahu, seterusnya mampu menyusun langkah berpencak. Usaha atas angin ramai boleh buat, nak ukur tengok bila habis belajar. Selain tu peringatan untuk pimpinan mahasiswa juga;

1. Kurangkan menjilat kerana akan terbeban bila perlu melawan

2. Berani bersilat kerana buah terbaik terhasil mlalui cuba jaya

3. Kasihi semua, kawan dan lawan kerana itu yang diajar oleh sifat Rahman Allah

4. Paling penting, jadi yang terbaik, tidak ada pilihan lain

Anonymous said...

Salam WUFI a.cd

Setulus Kasih Adawiyah, Hati dimekarkan menuju Ilahi.

Nakal tu perlu sebab dengan nakal kita boleh gembirakan hati orang lain.
Solehah kata : Hidup Muslimin agung!!!Best ayat a.cd.Bolehla buat rujukan.

Anonymous said...

bukan setakat rujukan bahkan ensiklopedia lagi.

Muslimin Agung said...

Bahasa Jiwa Ummah. Meletop