Tuesday, December 16, 2008

Alahai Dai'e

Golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah ini) bercakaran sesama sendiri. Fenomena itu bukannya baru berlaku bahkan ada yang menyifatkan hal ini persis virus yang akan melumpuhkan penghidapnya. Suatu ketika dulu, ada seorang pengunjung blog Muslimin Agung yang mengelarkan dirinya sebagai ‘ambil berat’ yang mempersoalkan permasalahan ini. Beliau turut mempersoalkan kerelevanan ‘budak masjid’ menyertai PRK. Saya prejudis, dia ini muncul dari golongan anti-politik. Saya cukup kesal dan sedih, ketika golongan yang sedar dan celik politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu dengan elemen romanticism yang tidak rasional di blog para dai'e berdarah muda.

Kegagalan kita menyelesaikan isu ini akan sedikit sebanyak melengahkan kita daripada bertindak betul. Natijahnya, kita terus melayan siang dan malam dengan teori atas angin, tidak berpijak di bumi yang nyata. Selain persoalan ideologi siasah, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan Muslim sesuka hati. Mereka ini berdalil menggunakan hadis-hadis yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah. Menurut Ustaz Hasrizal, hadis yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Natijahnya, apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu. Golongan yang berminda faqih dan hakim akan mentafsirkan seorang yang dahulunya menghisap ganja 17gram tetapi kini berkurang kepada 10gram, tetap dianggap sebagai penagih dadah. Namun jika kita melihat pengurangan 17 kepada 10 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian yang positif. Malangnya tidak semua dai’e memiliki citra warna yang sama. Muslim yang tidak benar bicaranya ibarat seorang yang meninggalkan jemaah Islam, lalu memasuki kumpulan lain (atau mengasaskan yang baru), setelah itu dia mengutuk jemaah Islam yang ditinggalkannya. Ini bukan sikap seorang dai’e! Realitinya, kita masih lena di buai mimpi lunak di atas tilam empuk walaupun di bawah katil dilimpahi air banjir. Saya menepuk dahi (atau dagu), alahai dai’e!

3 comments:

NIVYANFAZZA said...

assalamualaikum...
saya sangat setuju dengan wacana abang kali ini, apa yang penting kita kena kembali kepada fundamental islam....
saya hanya dan akan menentang mereka yang menggunakan agama sebagai untuk mencAPAI kEpopularan dan untuk kepentingan diri sendiri....
ingat apa yang kita buat niat mesti kepada AZZAWAJALLA.....

Anonymous said...

Salam..
Mm,apa yang abg ungkapkn mmg btul..

Sjelasny kita mlihat stuasi ini, maka haruslah kita bergerak memurnikn suasana..

Anonymous said...

saya mohon izin mencelah yang berhormat, kalau boleh mari kita fahami apa yang dikatakan oleh maududi dan syd qutb, baru kita berlapang dada, usah bercakaran andai yang dibawa masih sama, bezanya cuma cara kita.