Wednesday, August 6, 2008

AUKU : 2R ‘RETORIK ATAU REALITI’

Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan akan membuat pindaan baru terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 berhubung dengan jemputan wakil pemimpin parti politik dan juga perkara mengenai penglibatan mahasiswa di dalam organisasi luar yang tidak terlibat dengan politik. Pada hemat saya, pindaan ini merupakan tindakan berhati-hati kerajaan pusat agar pihak mereka tidak menjadi mangsa AUKU sepertimana mereka menjadikan mahasiswa yang dilabel pembangkang sebagai mangsa AUKU sekarang ini, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) benar-benar dapat mengambil-alih kerajaan Malaysia menjelang 16 September kelak.
Berdasarkan senario tersebut, saya dapat merasakan kerajaan sekarang sudah bersedia untuk menjadi pembangkang. Mereka cukup risau sekiranya AUKU tidak sempat dipinda sebelum PR merampas takhta pemerintahan kerajaan sekarang, kerana AUKU mungkin akan dimanipulasi oleh kerajaan PR pula untuk menyekat gerakan politik ke dalam kampus suatu hari nanti. Tambahan pula mahasiswa pro-aspirasi yang mereka kaderkan tidak mampu menjadi front-liner untuk berdepan dengan akta-akta yang mereka reka sendiri berbanding mahasiswa yang tidak sehaluan dengan mereka seperti pro-mahasiswa yang lebih kritis pemikiran mereka. Lihat sahaja performance MPP/MPM yang dipimpin oleh golongan aspirasi, sangat mengecewakan. Hiburan didaulatkan kebajikan ditalkinkan.
Apatah lagi semasa AUKU di tangan mereka pun, ramai kader-kader mereka gagal mempertahankan diri apabila berhadapan dengan mahasiswa yang tidak sealiran idealisme dengan mereka, walaupun mereka rasakan AUKU dapat menolong mereka melenyapkan mahasiswa kononnya pembangkang. Saya sangat berharap agar suara mahasiswa diberi ruang sepenuhnya, bukannya disekat dengan mewujudkan berbagai-bagai akta yang tidak masuk akal. Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan pembangunan nilai mahasiswa. Sama ada pindaan ini suatu sandiwara politik atau realisme politik yang bakal menjadi realiti atau retorik sahaja, saya optimis mahasiswa sudah pun bersedia dengan revolusi yang bakal berlaku. Pedihnya hati tatkala dipermainkan sebegini. Selamat datang Malaysia Baru!

4 comments:

pie said...

Salam.

Saya tertarik untuk meniggalkan sedikit komentar untuk entri ini. Malangnya tiada apa yang dapat saya katakan kerana saudara Agung sudah mengupas dengan begitu baik sekali. Saya lupakan rasa tidak puas hati saya terhadap saudara Agung mengenai pentadbiran Perwakilan walau pun saya belum menjumpai sebabnya. Saya akan terus menyokong saudara Agung untuk isu berkaitan kerajaan hari ini.

Ingin saya kongsikan rakaman yang saya tonton di youtube. Kita lihat bagaimana AUKU kerajaan hanya untuk pembangkang dan tidak berfungsi terhadap kerajaan.

Mahukah lagi kita selaku mahasiswa diperbodohkan oleh kerajaan? Jangan kita hanya dibelenggu di kampus kita dengan isu hedonisme. Saya akui isu ini ada relevannya tapi kitya sibuk membincangkannya sehingga kita sendiri diikat oleh AUKU yang tidak seberapa.

Saya tinggalkan alamat ini untuk kita tonton bersama. http://www.youtube.com/watch?v=CeAfiJA134U&feature=related

Sentiasa memerhati dan diperhati.

Anonymous said...

Salam...
KO ni pemerhati asal bckp saja. Biarlah su agung tu. At least dia dah lakukan bnyk perkara untk mengubah kiblat pjuangan MPPUMS yg seblum ini songsang. Kita lihat saja prgm yg dia bt time Perhimpunan Agung PMUMS, sy kira ini pgrm first yg mencirikan intelektual anjuran MPP sejak era Hussin di mana blaku pengasingan lelaki n perempuan dalm DC. KO apa yg bt? Syukurilah apa yg si agung bt ini. Jgn asal bckp, lakukan tindakan. Mcm jak ko tu pandai sgt

Anonymous said...

berkatalah yang baik2 ataupun diam...

Salam,
kupasan menarik...
cuma tertanya,apakah sebenarnya yg ingin disampaikan dalm post ini?
menyatakan kekecewaan rasa dipermainkan atau menyatakan kemungkinan helah yg sedang dilakukan?
sekadar inginkn pencerahan..

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...
Kedua-duanya sekali Affan. Sbg penulis saya hanya mampu menyatakan apa yang tersirat dlm lintasan hati. Terserah kpd para pembaca yg budiman utk mentafsir dan menganalisis.