Hingga ke detik ini, isu hiburan melampau yang bercorak hedonisme yang berlangsung di UMS masih menjadi mauduk utama perbincangan warga kampus yang prihatin dan cintakan ilmu. Pokoknya di sini, jika pihak berwajib seperti MPP mahupun Jabatan HEP dan pihak pentadbiran gagal untuk menyedia dan merancang program-program ilmiah, maka tidak hairan jika budaya hedonisme terus masuk ke dalam kampus. Kalau benar pihak tertentu mahu melahirkan golongan mahasiswa kelas pertama, maka mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan. Jadi tidak ada lagi selepas ini konsert melalaikan yang mencemarkan kemuliaan Dewan Canselor, UMS Idol yang menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan, band yang membingitkan telinga di kafe, Tamu Gadang yang menjemput artis tidak bermoral, dan macam-macam lagi.
Sekarang timbul pula program realiti 'Akademi Nasyid'. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya. Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta perempuannya pula 'bertabarruj' atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain. Persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi 'Akademi Fantasia' yang sudah masuk musim keenam 'jahanam', atau ada perkara yang tersirat.
Kembali kepada persoalan hiburan melampau yang mencemarkan kampus UMS ketika ini, pada hemat saya suatu mekanisme perlu dipersetujui tentang konsep hiburan yang relevan dengan mahasiswa dan bukannya bersifat komersial semata-mata. Saya tidak anti hiburan. Bahkan saya menyokong penganjuran program hiburan jika memberi manfaat terhadap kesarjanaan akademik mahasiswa. Misalnya, persembahan tarian yang pernah dipersembahkan oleh pelajar SPS sewaktu Perhimpunan Agung PMUMS iaitu hanya pelajar lelaki sahaja yang kita benarkan menari di khalayak, manakala pelajar perempuan bermain alat muzik 'kulintangan'. Jadi, sudah tiba masanya kita selamatkan mahasiswa UMS daripada terus disogok dengan hiburan melampau.
11 comments:
"Kalau benar pihak tertentu mahu melahirkan golongan mahasiswa kelas pertama, maka mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan. Jadi tidak ada lagi selepas ini konsert melalaikan yang mencemarkan kemuliaan Dewan Canselor, UMS Idol yang menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan, band yang membingitkan telinga di kafe, Tamu Gadang yang menjemput artis tidak bermoral, dan macam-macam lagi"
1.jika anda mengatakan Anuar tidak bersalah, tetapi saya mengatakan Anuar bersalah.
2.jika anda menyokong parti 'putih', tapi saya menyokong parti 'kelabu'
3.jika anda cakap anda mungkin colon syurga, saya pun yakin saya mungkin masuk syurga.
FIKIR-FIKIRKANLAH..
saya terharu seolah-olah Sekolah Pengajian Seni harus bertukar kaedah pembelajaran dan sebagainya.maknanya pompuan takboleh blajar menari,lelaki sahaja yang boleh menyanyi menari.harap saudara membuat surat rasmi kepada Dekan SPS supaya mengajar pelajar2nya bertudung,pompuan jangan belajar menari, jangan mendedahkan aurat dll mengikut pendapat saudara.saya sokong 100 peratus dan saudara masih ada kuasa sbg s.u mpp.dan sebagai 'majlis perwakilan pelajar' saya cadangkan saudara menghantar surat kepada mufti2 untuk mengharamkan semua band, artis2 tak bermoral dan sebagainya.ketika saudara ada 'nama' sbg mpp, cepat2la buat apa yang patutkan..
'pihak tertentu' tue sape?
mengikut kefahaman aku la, ko macam menyalahkan phak pentadbiran dan sekaligus menyalahkan barisan mpp sendiri yang tak mampu menghalang ini semua berlaku.ko kena ingat yang barisan pentadbiran tu dianggotai barisan 'prof' dan 'dr' yang lebih intelektual dari ko dan barisan mpp tu dianggotai termasuk ko sendiri...so fikir2 lah sendiri kata2 ko yang ko tulis sendiri tue.
Salam Wasilah Uhkuwah Fillah
Emosi btl ko ni anonymous. Klu ko org Islam jadilh Muslim Sejati, bkn pd nama saja. Berhibur tiada salahnya krn hiburn itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Bt surat atau memorandum dan sbginya pun tak bermakna jika yang memerintah golongan 'sekerat ular = sekular'. Mereka ni ttp halalkan hiburan hatta berlanggr dgn syarak dan nilai kemanusiaan.
"Punahkan Barisan, Daulatkan Bulan"
memang la aku ni emosi sb aku ni pun macam ko jugak ada emosi.ko bercakap seolah-olah semua pendapat ko harus diterima semua orang.aku setuju dengan kata-kata ko tapi dalam masa yang sama ko terlalu 'ego' dengan pendapat sendiri..aku bukan mahu membangkang ko, tapi kata-kata ko seolah semuanya benar dan boleh diterima semua pihak.
11Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Sdra. Anonymous,
Saya tulis ni bukan utk ubah apa2, cuma nk sedapkan hati sendiri, berkongsi realiti (bukan hanya ideal) dan tengok is there a possibilities program seumpama ini di UMS? Saya hanya insan biasa. Saya amat hargai sokongan semua buat iman saya yg sentiasa ada pasang surutnya. InsyaAllah, saya akan tambahkan lagi ketabahan saya dan menghormati pandangan orang lain.
Kadang2 bukan saya yg ingin bersuara, tp jawatan yg disandang menjadi amanah utuk saya laksanakan yg hak hatta mengorbankan diri sendiri.
Alhamdulillah, ramai yg mbantu diri yang dhaif ini. Saya tidak pernah memendamkan rasa hingga makan dalam. Meluahkan perasaan bagi perkongsian hati dan rasa adalah kunci komunikasi hati yg saya amalkan. Itulah sebaik2 tarbiyyah iaitu akhlak. Tarbiyyah yg berterusan dengan penuh kasih sayang adalah lebih mujarab dan efektif berbanding dengan penerimaan kerana terpaksa ataupun “dah terbiasa lantas nk buat camana?” Saya tak pernah berniat nak paksa orang menerima pandangan saya. Kalau diterima sy syukuri, klu dihina saya redhai. Oklah asyik mengomel aje. Realiti, bukan fantasi... Maaf kpd yg terasa. Sekadar luahan rasa
Boring....
Hidup Mahasiswa...
Jgn jadi mcm anonymous yg boring
SALAM,
Bagi saya kedua-dua pihak iaitu saudara anonymous mahupun saudara mursidi kedua-dua pendapat saudara berdua adalah betul dan tiada salahnya. Tapi pendapat saya, hal ini merupakan satu hal yang rumit dan perlukan masa untuk melakukan satu perubahan. Kalau seperti cadangan dan kata-kata saudara anonymous supaya saudara mursidi membuat surat kepada dekan dan pensyarah SPS supaya pelajar perempuan tidak dibenarkan menari dan sebagainya, itu adalah salah satu usaha yang ti praktikal dan releven kalau kita lihat dengan situasi semasa ( tak pasti lah sekerat+ ular=sekular, atau apa cara yang digunakan oleh pihak pentadbiran UMS mahupun kerajaan!)...kalau perkara ini betul-betul berlaku, maka akan wujud satu kontroversi terhebat abad ini. Bagi saudara mursidi pula, pada pandangan saya, untuk kita mengubah sesuatu perkara yang telah menjadi satu amalan dan tabiat sesuatu bangsa mahupun komuniti, kita perlukan masa. kita tidak boleh mengubah sesuatu itu secara mendadak. Kerana ini akan melanggar fitrah manusia. give them enough time to make a change! Contohnya menghalang penari perempuan dari menari semasa persidangan MPP dan hanya membenarkan pelajar lelaki sahaja menari, bagus idea ini. saya sokong 100% bagi kita untuk memartabatkan islam. Tetapi kita kena harus faham konteks budaya yang sudah sebati dengan mereka dan kita ( disebabkan kepincangan pemerintahan dahulu dalam memartabatkan syiar islam di Malaysia). Susah bagi mereka untuk mengubahnya secara mendadak disamping sedikitnya ilmu keagamaan itu sendiri pada diri mereka. BERikan mereka masa yang secukupnya, bukan saya hendak menghalalkan tarian bagi perempuan, tetapi biar kita mengubah sesuatu itu tanpa ada paksaan. Ketika Rasulullah S.A.W berkahwin dengan Ummul Mukminin Saidatina Siti Aisyah, Rasulullah benarkan Siti Aisyah bermain dengan anak-anak patung dan benarkan juga Siti Aisyah tinggal bersama bapanya, kerana Rasulullah tahu sudah menjadi tabiat dan budaya kanak-kanak sebaya Siti Aisyah pada masa itu untuk bermain dan bersama keluarga. Rasulullah tidak memaksa Siti Aisyah untuk tinggal bersamanya dan tidak lagi membenarkan Siti Aisyah daripada bermain anak patung, walaupun pada hakikatnya Rasulullah mempunyai kuasa sebagai seorang suami untuk menghalangnya. Rasulullah telah memberi masa yang SEcukupnya untuk Siti Aisyah berubah dgn disulami kata-kata nasihat. Hasilnya adalah lebih berbaloi......
Ini hanya sEkadar pendapat saya sahaja, yang baik itu dtgnya drpd Alla S.W.T....
Wassalam.....
Salam WUFI
Setuju dgn komentar nivyanpazza (nama pelik sgt)
Setuju2.. sangat setuju dengan nivyanpazza.. tegur secara berhikmah, bukan memerli dan buat org lain bertambah sakit hati.. itu yg penting sekali...
~saye bukan anonymous yang boring di atas tuhhh~~
Post a Comment