Usah ditanya ke mana aku pergi
Usah ditanya mengapa aku pergi
Usah kau pinta aku menanti pasti
Usah disesali aku tak sabar menanti
Putuslah tali putuslah ikatan
Pecahlah piring hancur harapan
Tamatkan sahaja riwayat yang sedih
Selamat tinggal aku bermohon sembah
Andai dirimu mempermainkan lidah
Akan aku berjuang berbekalkan madah
Kubayar tunai dengan keringat dan darah
Kita berpisah rajuk tiada gundah
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
3 comments:
Tidak akan kutanya ke mana kau pergi,
Kerana ku sudah mengetahui destinasi,
Nun jauh di sana terbit mentari,
Yang meniti pasti,
Yang merangkak berdiri...
Ke sana ke mari sudah dirimu lali
Mengutip secebis ilmu hiasan diri
Takut dihati
Takut pada Ilahi
Terjebat dilembah yang menghina diri
Tali Allah dipegangi,
Tali manusia dikemasi,
Semoga menjadi panduan diri,
Semoga bahagia diri abadi,
Dunia pergi akhirat menanti..
Abang Mursidi bermadah, Nivyanpazza turut kena tempias...
wahaha....
Meletop NIVYANFAZZA (apa maksud nama ni dik? Dah lama nak tanya.
salam, abang boleh baca artikel saya yang bertajuk SNIPPETS bertarikh 13 january 2009
Post a Comment