Tuesday, February 10, 2009

Pelajarilah Sejarah

Dengan mempelajari sejarah saya dapat berusaha untuk tidak menzalimi idea dengan membicarakannya tanpa dikaitkan dengan zaman munculnya idea tersebut. Meneliti idea dari pandangan sejarah, menyebabkan saya lebih bertenang dan tidak terlalu cepat memandang buruk kepada idea-idea yang terbit dari Timur mahupun Barat. “Asal sebut sahaja nasionalisma, terus sahaja dilabel sebagai asabiyyah. Asabiyyah, maka terus bukan dari umat Muhammad”, itu rungut hati saya semasa di dalam kelas Sejarah Politik Malaysia pagi Khamis yang lalu. Di tanah air umat Islam, nasionalisma berkembang sebagai cabaran dan reaksi terhadap kolonialisasi Barat. Maka nasionalisma di dalam sejarah umat Islam tidak seharusnya terus dibakulsampahkan sebagai anti agama, dengan meminjam definisi nasionalisma yang kita kutip dari Barat. Kemudian disandarkan segera idea kita tentang nasionalisma itu kepada hadith-hadith Nabi SAW tentang Asabiyyah. Instrumen ini adalah suatu kecelaruan yang buruk. Saya panas telinga dengan kegelojohan sesetengah pendakwah yang melabelkan pejuang seperti Dr.Burhanuddin al-Helmi, Dr.Zulkifli Muhammad dan sebagainya, sebagai nasionalis dan kononnya mereka itu bukan pejuang Islam. Kegelojohan ini juga dengan cepat mahu melabelkan gerakan Islam seperti Hizbul Muslimin dan PAS sebagai parti nasionalis pada hari kelahirannya, kemudian belajar menjadi Islamik! Idea ini suatu tafsiran yang cela terhadap sejarah. Justeru kita perlu menyemak semula Sejarah Kemerdekaan. Cuma kita tidak harus lupa bahawa, cabaran besar kita adalah sikap pihak berkuasa. Alangkah sambutan Hari Kemerdekaan pun nak dipartisankan, memang besar cabarannya. Cumanya, saya yakin usaha menulis kembali bahan sejarah kemerdekaan kita lebih mudah untuk dibawa ke mainstream jika kita menulisnya dengan rujukan-rujukan yang betul dan jelas, serta ditulis dalam bahasa akademik dan bukannya bahasa marah-marah yang penuh emosi. Sebagaimana pihak nasionalis Melayu sekian lama mendakwa kemerdekaan milik mereka, nasionalis Islam lebih mudah ke depan jika tidak menggunakan metadologi yang sama. Tulis dengan tenteram agar tidak kelihatan emosional. Mudah-mudahan dengan itu, Sejarah Kemerdekaan kita akan bersifat akademik tanpa memihak kepada mana-mana parti dan individu berkepentingan. Saya mendambakan objektiviti dalam penulisan Sejarah Politik Malaysia.

5 comments:

Nurhidayah Ariffin said...

Salam WUFI..

Sejarah adalah pengalaman masa lalu dan cerminan masa depan.Benar melalui sejarah kita patut mengambil teladan dan pengajaran dan sejarah tidak patut dilupakan lebih2 lagi buat para pemimpin.Disebabkan tiada nilai penghayatan sejarah dlm diri,taqwa, dan menurut nafsu yg berkepentingan peribadi,maka terjadilah perkara di luar landasan kebenaran.Seronok baca artikel ni.Lg 1, tolong delete "ayat Solehah" ya. ter"shout" pulak tadi...Tpi memang tengah sedih & gerampun...Negeri sendiri..sape x sayang...K,HIDUP MUSLIMIN AGUNG...

Muslimin Agung said...

Salam WUFI Kembali...

Hajat di hati memang hendak menulis isu berkaitan senario politik di Perak Darul Ridhuan. Apakan daya input agak terhad, jadi risau pula membuat penilaian. Namun setelah dibaca pelbagai artikel daripada pelbagai sumber saya optimis apa yang berlakau di Perak merupakan mainan politik dengan sintimen Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi berbanding istana lain. Pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan seorang MB baru dari Kerajaan 'Haram BN'.

Benar Solehah, segalanya sungguh menghiris rasa, sangat menghiris jiwa. Firman Allah di dalam surah al-Naml ayat 34 yg bermaksud: “Raja perempuan (Permaisuri Sabak) itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”

Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Pada hemat saya ada benarnya apa yang dilontarkan oleh Permaisuri Sabak itu. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya: “… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]

Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah. Bak pinta Ustaz Hasrizal, "Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala". Ameen

lalala said...

BN and UMMNO main kotor je tau...may God bless Pakatan n bring justice to our country...

irshadian said...

kajilah sejarah menggunakan mata hati.

nanti jadi cikgu sejarah kau kena bagitau yang benar pada student, cukup kita sebagai mangsa sekularisme.

berdasarkan buku teks yang aku belajar dulu, aku dapati ini:

1. buku teks kata pedagang datang ke tanah melayu mahu berdagang, tidak! mereka datang dengan misi utama mahu berdakwah, sambil berdagang.

2. portugis datang mahu dapat rempah utk awet daging, TIDAK! itu taktik kotor, mereka mahu sebarkan dakwah mereka dan ambil kekayaan bumi kita. Ingat 3g; gold, glory and GOSPEL,

3. BUKU TEKS mumuja muji kamal attartuk, padahal dalam sejarah islam, dialah sala satu punca kejatuhan khilafah islam 1924 hingga kini.

4. kita dimomokkan dengan nasionalisme tu deperti suatu yang bagus. SALAH. kalau mengikut khilafah islam, kita perlu bernaung pada satu khalifah, tak boleh nasionalisme, kami negara islam malaysia dan kami negara islam brunei (contoh). maka sampai bila khilafah islam akan bangkit, tengok negara arab dah la.

cukup, aku berenti.maaf khilaf

Muslimin Agung said...

Betul apa yang Cikgu Amal nukilkan ini. Ada peluang jadi guru sejarah ni.