Wednesday, April 15, 2009

Ampun Tuanku

Ampun Tuanku. Kewujudan sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi teras pemerintahan negara hingga ke saat ini merupakan satu keistimewaan yang harus dijaga dan dipelihara agar tidak menjadi sokongan yang membawa rebah. Keturunan Tuanku mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam hingga mengubah corak pemerintahan; beralih dari pemerintahan berpaksikan individu kepada pemerintahan berpaksikan undang-undang. Undang-undang Melaka menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang Sultan dinilai dari sudut amal makruf baginda yang berlaku adil. Konsep adil dapat ditafsirkan sebagai menepati semangat perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba yang dijadikan 'magna carta' Melayu bertuankan 'Raja adil, Raja disembah'.


Ampun Tuanku. Ingatlah Tuanku, hakikat kedudukan dan kuasa adalah anugerah dan amanah daripada Allah SWT yang menjadi ujian Ilahi di kalangan hambanya yang terpilih. Kedudukan ini tidak sama sekali boleh disalahgunakan dan kuasa yang ada perlu digunakan secara adil untuk menegakkan keadilan. Berpeganglah kepada prinsip, bahawa kuasa yang diamanahkan tidak harus mengatasi kuasa Ilahi. Musyawarah adalah budaya berkerajaan dalam sistem beraja dan budaya bernegara menurut amalan Islam di samping menghormati pilihan rakyat. Ekonomi berpaksikan pengetahuan memberikan satu kemerdekaan baru bersumberkan intelek sekali gus mengurangkan keperluan insan mendapat naungan. Pengetahuan agama menyedarkan marhean bahawa terdapat kuasa yang Maha Agung di atas segala kuasa dan kerajaan di dunia.


Ampun Tuanku. Tuanku perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang baru untuk membawa pembaharuan di samping memelihara tradisi. Tuanku harus bersedia membolehkan berlakunya perubahan dalam rangka kesinambungan budaya dan berkewajipan mengizinkan modenisasi tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi. Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan, peranan Tuanku bukanlah sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas kerajaan dan istiadat semata-mata. Tuanku bukanlah monumen hiasan yang kaku-tanpa nyawa-tanpa jiwa. Tuanku juga bukan alat yang mudah dieksploitasi oleh kerajaan/parti tertentu seperti yang berlaku di Darul Ridzuan. Justeru, hamba bermohon agar Tuanku memperlihatkan watak tegas, bijaksana, adil dan saksama dalam memerintah wilayah

6 comments:

NIVYANFAZZA said...

Raja tonggak negara....

Jika islam diletakkan dihadapan, pasti raja itu dihormati dan disanjungan seperti mana khalifah islam yang dahulu....

Tetapi, kita harus ingat, Raja atau Tuanku adalah manusia, insan biasa, yang mana tidak bisa lari dari melakukan kesilapan seperti juga kita.

Kerajaan telah melakukan banyak perubahan dalam meningkatkan lagi institusi Beraja kita di Malaysia. Pada tahun 1993, kita hapuskan imuniti raja-raja, bagi saya bukan hapus, tapi kurangkan, maknanya raja yang melakukan jenayah ada mahkamah khas akan membicarakan....

persoalan Darul Ridzuan kita harus melihat kepada aspek yg luas, jangan terlalu ikutkan modus simpati dan perasaan, nanti binasa..

1) harus ingat dan faham, kuasa melantik bendahara@menteri Besar adalah kuasa sultan yang dinamakan calonnya leh PM...Tuanku bisa menolak calon PM jika tuanku tidak bersetuju....

2) Jika bilangan parti yg memerintah dgn pembangkang adalah sama, kita lihat kepada bidang kuasa Tuanku, dalam soal lantikan ini. Bila mana wujud keadaan sama ini, maka tuanku berhak memilih siapa yg layak menjadi MB, saya tidak kata Datuk sri Nizar tak bagus, tapi ikut keadaan pengalaman yang lama, BN 52 tahun perintah perak, PR 9 bulan, pasti Tuanku memilih yg berpengalan supaya negeri naungan tuanku aman sentosa.

3) Tuanku ada penilaian baginda sendiri.

wallau'alam..

generasi08 said...

Salam WUFI...

Kerajaan yang dikatakan 'taat dan setia' kepada raja, rupa-rupanya penderhaka apabila mewujudkan imuniti raja pada tahun 1993 itu. Kasihan raja-raja Melayu dimalukan oleh rakyat sendiri. Kejamnya mereka! Ini derhaka bukan lagi sembah derhaka. Adakah penilaian Tuanku itu sudah diisthkarahkan agar tidak mengkhianati kepercayaan rakyat dan menjejaskan kredibiliti baginda? Alhamdulillah, Bukit Gantang menang. Kenyataan yang penuh kontroversi. Kesian dengan Pak Aji.

NIVYANFAZZA said...
This comment has been removed by the author.
NIVYANFAZZA said...

"penilaian dengan akal dan ilmu, bukan dengan perasaan"

Muslimin Agung said...

Ilmu suluh kehidupan. Perasaan juga dipandu hati yang kudus. Bukan macam majoriti pendebat yang 'bedebah'

NIVYANFAZZA said...

wah sentaps!!!bang!