Thursday, June 18, 2009

Demokrasi Islam

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Saya tergelak kecil apabila mendengar pandangan seorang pemimpin pelajar yang mengiyakan perjuangan seorang MPP dalam program realiti berkonsep drama anjuran RTM. Alasannya, itu hak peribadi dan bukan atas nama PMUMS. Masya Allah. Cuba bayangkan, seorang pemimpin pelajar melakukan aktiviti kurang bermoral dan ditonton 25 juta rakyat Malaysia. Aib! Pelajar itu ada pilihan. Pilihan adalah ijtihad. Kita tidak memiliki keupayaan memilih yang setepatnya, jika hati kita hitam dan kotor. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan jika hati kita baik, maka baiklah seluruh anggotanya. Jika betul, lumayanlah kesannya. Jika sebaliknya, anda fikirlah sendiri! Maka, pilihan raya kampus akan datang harus (baca:wajib) ada ijtihad.

Dalam aspek pemilihan ini, pada hemat saya calon-calon pro-M (pilihan jamaah Islam) dipenuhi keberkatan. Politik adalah kerja utama khilafah. Politik Islam memudahkan pembinaan diri manusia sebagai hamba Tuhan. Bukankah ramai manusia dihumban ke neraka kerana pemimpin? Manusia ditipu kerana mereka menipu diri mereka sendiri. Manusia dizalimi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri. Demokrasi tempang yang dipaksa kita melaluinya atau kita, jika enggan, usahlah bicara pasal politik dan pemerintahan! Atau jika degil, selamat datang ke Tribunal Tatatertib HEP atau Kem Kamunting! Tempangnya demokrasi kita.

Perjalanan mencari asy-Syafi’ie dan al-Ghazali terus sirna, mengendur dan menghilang dipancar sinar-XX al-Khairi an al-Hadhari yang disongsangkan oleh perjuangan ‘satu bangsa’. Beratus tahun umat Melayu ditanam akidah sekularisme oleh penjajah barat sebelum ‘mereka’ datang memugar dan menyuburkannya selepas kemerdekaan. ‘Mereka’ tak tahu pun sekular itu adalah isu akidah yang pasti akan membakar segala amalan baik dan soleh jika menyalahi Islam. Bagaimanalah agaknya mereka akan tahu walhal begitulah sistem pendidikan negara yang diterapkan sedari kecil dan begitulah berjalannya sistem pemerintahan negara.

Didikan sekular menyesatkan kita. Ada yang melihat mengundi hanyalah harus hukum agamanya dan sunat hukum sekularnya! Ada yang mengelak daripada dicemari politik dunia jahiliyah hari ini. Ada yang kerjanya menghimpun daill-dalil yang boleh dieksploitasi untuk menolak dan menyerang konsep Syiasah Syaariyah yang disepakati ulama. Justeru dunia hari ini wajib menerima sistem syura anjuran Islam bahawa hujah yang baik didengar dan diterima pakai melalui perantaraan mereka yang berilmu dan matang. Mereka menerapkannya dalam sistem demokrasi, sistem pemerintahan pilihan dunia hari ini, walaupun mereka melanggarnya.

Pada asasnya bahawa syura itu mesti berteduh di bawah lingkaran kekuasaan dan kebenaran Tuhan Pencipta. Politik adalah usaha memenangi persepsi pengundi. Kita sudah tentu tidak mahu terus-menerus melahirkan pemimpin mahasiswa yang sekular – menolak politik (demonstrasi) daripada kehidupan. Pastikan dalam PRK akan datang kita bijak membuat pilihan. Pilihan yang berijtihad melalui hati yang kudus. Sebelum itu, kita doakan agar kerusi TNC HEPA akan diisi oleh Dr. S atau Dr. K yang lebih profesional, berkredibiliti, dan bersahsiah tinggi berbanding Dr. AKSO yang pekat ‘darah merah-birunya’ itu. Islam pasti dijulang!

6 comments:

HambaAllah said...

Masya Allah. Cuba bayangkan, seorang pemimpin pelajar melakukan aktiviti kurang bermoral dan ditonton 25 juta rakyat Malaysia. Aib! Pelajar itu ada pilihan.


Apa maksud saudara sebenarnya? Adakah pelajar tersebut bogel di depan kaca TV atau pun melakukan maksiat di depan umum sehingga anda sanggup mengatakan demikian??? apakah program realiti tv itu tersebut dikatakan tidak bermoral? itu definisi anda? atau itu fikiran anda apabila mendefinisikan program realiti?

anda ingin menjadi pendakwah, ingin amar makruf nahi mungkir...terus terang saya katakan pada saudara, saudara terlalu 'agresif' dan 'kejam'...ini menyebabkan bukan lebih ramai yg akan berubah malah menjadikan makin ramai yang akan menjauhi agama malah lebih lagi diri saudara. Tp bagi saudara tak pe, saudara akan kata, seorang pejuang di jalan Allah akan sentiasa di beri cabaran, tak disukai...Alasan semata-mata!!!


saya ingatkan anda, anda sudah sudah tiada kaitan dgn pimpinan di UMS, jangan lagi mengejutkan mereka dgn idea2 saudara yang kadang2 bagus, kadang2 *^*$*&...


wallaua'alm

irshadian said...

hohooo hangat..pencerahan demi pencerahan, namun adakalanya ia sukar diterima. sekiranya ia ditulis melankolik beserta bunga bahasa maka kabur pula isinya..sekiranya ditulis begini lain pula interpretasinya.

saya tegaskan di sini bahawa saya tidak menyebelahi mana2 pihak..namun kebenaran harus ditegakkan, sekiranya teguran diterima maka terimalah selagi ia selaras wahyu, dan sekiranya ia tidak bercanggah, maka teruskanlah prinsip itu dengan berlapang dada, demikian nasihat asyahid hassan albanna.

usah terusan melenting

Anonymous said...

Salam..

Kdg2 bila hati kita sudah dimomokkan dgn bnda2 hburn, lama klamaan, kita akn lihat bnda hiburan 2 sesuatu yg baik dan positif..

Walau hakikatny TIDAK!!

Kdg2 ramai yg tidak sedar dlm islam kita ada corak hiburan yg spatutny..dalam sgala aspek pun ada..Islam kn syumul..

Bkn la program realiti tu xbaik, tp saya nk mintak, bg sy satu program realiti hiburan yg mmbawa nilai2 islam..2 klu dpt jwb la..

Lgpun, sy lihat slaku pmpinan plajar kita bukan la smpurna.. Tapi slagi kita ada pilihan, buat la pilihan yg betul..

Mcmn??

Kembali la kpd Al-Quran dan As-Sunnah..

Hamba yg dhaif..

Anonymous said...

salam ukhuwahfillah boneka palsu yang digunakan untuk menunjukkan 'ISLAM UNTUK SEMUA'di UMS tetapi hakikatnya 'ISLAM UNTUK KONCO-KONCO SAHAJA', jika ayat ini dikeluarkan,nescaya saudari mursidi akan menyatakan berjuang dijalan ALLAH SWT akan mendapat halangan dan kritikan..sekali lg ia ALASAN untuk memanipulasikan pemikiran ORG ISLAM saluran ke-2 & ke-3 (yakni pengikut setia dan golongan men'KHINZIR' BUTA)

Saudari hanya mampu berkata apa kerana tidak merasa, beban yang terpahat di dalam Pimpinan Presiden MPP AZRUL & MPP lain yang sungguh menyiksa , saudari terpinga-pinga , saudari dalam dilema , saudari yakin saudari akan menyaksikan kemenangan mutlak PRK UMS 09/10 di bawah calon bayangan Pro-M yang sudah dihidu sejak awal lg.Pro-M yang bertopengkan aspirasi....laungan aspirasi tetapi berhatikan Pro-M yang menentang keras aspirasi.

Tidakkah saudari ingat kata-kata ini..
'Kami MPP 07/08 tidak akan membazirkan duit mahasiswa kononya untuk ke luar negara , SAYA (MURSYIDUL AM MURSIDI)berpendapat adalah lebih baik duit itu digunakan untuk kebajikan MAHASISWA , serta kita haramkan POCO-POCO dan BATTLE of the band' ,sekretariat yang mendengar ucap tama persidangan sekretariat terpinga-pinga disebabkan.. (haramkan saja..apa langkah penyelesaian??? inikah pemimpin,bg idea tapi tak bagi jalan)

bau AUSTRALIA melekat di badan saudari,malah petung-patung AUSTRALIA dibawa pulang untuk tatapan kepimpinan lain ,
'ANA pergi AUSTRALIA , ANA habiskan duit mahasiswa,ANA dapat duit belanja poket dari kementerian pengajian TINGGI'

bercakap mcm saudari saja yang betul..

Program PEMANTAPAN MODAL INSAN (PMI) digunakan bagi mengubah nama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)akhir sekali program Sumpah BAI'AH pula untuk menipu adik2 muda untuk menyokong perjuangan berasaskan islam untuk semua , tetapi hakikatnya proksi kepada PRO-M serta PAS umumnya.....

PEMIMPIN ISLAM apa saudari ni...
menyimbah najis saudari kepada kepimpinan Saudara AZRUL yang terpaksa menjawab isu khas yang tidak diperdanakan untuk memuaskan hati pihak yang tertipu dengan saudari...
'MURSYIDUL AM MURSIDI KE AUSTRALIA'
byk lagi sesi terbongkarnya cerita penipuan khas MURSYIDUL AM MURSIDI.

KAMI pernah bekerja bersama anda & kami juga memperjuangkan prinsip Baidatuntayyibah Warabun Ghaffur , tetapi tidak seperti anda yang terlampau penakut, bergerak di blog dan bekerja di belakang saja.anda bkn pimpinan tetapi anda ialah proksi.

Anonymous said...

jgn la letakkan nama tag line anda abu bakar as-siddiq kalo pemikiran dan pengetahuan anda semacam abu bakar yg tinggal di kg.anda....

anda mintak rancangan yang sekarang yang menonjolkan islam ke,la..
anda ni EXCO MPP kaa.. atau sekadar proksi MURSYIDUL AM MURSUDI UMS , banyak...
cuba tanya mahasiswa yang berfikiran terbuka & tapi berbatas ,malah tidak pernah berbai'ah dan tidak pernah mengikuti sebarang perhimpuanan agung PAS cawangan UMS.

saya yakin dan percaya anda dapat jawapan yang memuaskan.

sy menjwb kerana sy tertipu dgn golongan surau selama ini,kerana sy mencari ilmu agama , bkn kepura-puraan dan memecahkan islam.bkn akademik 3.5 yang dikejar tetapi politik yang keterlaluan diidamkan.golongan ini yang sepatutnya menarik org ke islam tetapi bkn memulau org yang mula inginkan islam.
moga allah menberi petunjuk kepada saya.

siswa_undertaker said...

salam ziarah... sya melihat satu perbicaraan yang mungkin agak kurang sihat tetapi mungkin membina dalam komen di atas. saya melihat anonymous semacam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ketidak puasan terhadap apa yang dia inginkan.. well..manusia.. memang tak mudah puas hati, apatah lagi nak memuaskan hati semua hati semua manusia... magician pun tak macam tu...

saya tidak pasti samada saudara cuba memprovoke satu perbalahan yang mungkin boleh menimbulkan keraguan di mata makhluk Allah yang lain, yang dulunya agak kabur... tahniah kerana anda can be a good spectacles.. tahniah juga kerana anda bela pemimpin anda, itu lah yang sewajrnya... tahniah pada Presiden MPP kita, Saudara Azrul Ibrahim atas kelahiran apprentice anda... janagn risau, say pun di belakang anda, asal jalan2 untuk demokrasi wujud di alam UMS ni... patut saya jawab "adakah?" atau "ada kan?"

saya tau mungkin kadangkala idealistik yang dibawa oleh seseorang terlihat walau macam mana secreat nya ia disembunyikan... ingin sya tegaskan, bahawa sembunyi bukan tanda pengecut, tapi sebagai satu strategi.. kalu yang di"batin"kan dah ter"zahir".... alhamdulillah... mungkin method membawa membawa hasil, ataupun satu langkah kearah hasil yang membawa kebinasaan... tapi, tahniah saudara mursidi, anda telah saya lihat bejaya membawa mesej anda, kerana saya dapat lihat "ISLAM ITU UNTUK SEMUA"... walau ada yang mengatakan islam itu untuk sesetengah sahaja..

kalau anda mengatakan saudara mursidi pengecut, hanya bekerja belakang tabir, apa kurangnya anda (saya juga), sekurang2nya... saya melihat hasil tangan mursidi... anda...

mungkin awak rasa saya ini peminat rahsia c mursidi, takpun serakan anak YB PAS, takpun sebilik c abu bakar, ataupun saya ni dok depan bilik , takpun selalu satu kuliah pres, sampai daily live dier as pemimpin pun aku boleh tau... anyway... whatever u think i am..

i am exist in UMS, n i will exist as there is still democracy in university moga saya bertemu dalam barisan yang sma dengan awak kelak. mr. anonymous...

orang cakap, kalau kita nampak satu kelompongan dalan persatuan itu, ia tak patut dipublish... tapi ditegur.. bil hikmah (mungkin mursidi ni kurang hikmah kot)
=sebonanye...saya yang kata=

komen on realiti tv : baik rancangan tu takder lagi bagus.. so bolehlah pimpinan tu membantu kawannya yang dalam pimpinan pelajar gak tu...