Friday, February 12, 2010

Kebejatan E-Voting

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Tirai 2010 bermula dengan hambar bagi Malaysia khususnya mahasiswa yang mendukung ‘aspirasi kemahasiswaan’ di kampus-kampus kini. Pilihanraya kampus pada tahun ini telah menggemparkan negara. Sebelum bermulanya pilihanraya kampus tersebut, mahasiswa-mahasiswa dari IPTA yang bergabung dalam persatuan mahasiswa seperti Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pro Mahasiswa (Pro-M) telah menganjurkan demonstrasi untuk membantah penggunaan E-Voting dalam pilihanraya kampus. Demonstrasi-demonstrasi telah berakhir dengan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis.

Penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis tidak melemahkan anak-anak mahasiswa ini daripada terus berjuang untuk membantah perlaksanaan E-Voting. Sedih dan sungguh memalukan. Nampaknya AUKU tidak lagi menjadi “momok” untuk menakut-nakutkan mahasiswa untuk aktif dalam dunia aktivisme. Saya percaya, tidak lama lagi, gerakan untuk memansuhkannya akan menjadi lebih kuat dan tidak mustahil untuk mencapai kemenangan oleh kerana semakin ramai mahasiswa telah sedar bahawa AUKU tidak relevan untuk mereka dan undang-undang tersebut bermaksud untuk menjadikan mereka seperti “robot” yang boleh dikawal. Apalah yang boleh dikatakan lagi dengan demokrasi kampus kita? Memang serius.

HEP jangan jadi bodoh setelah membodohkan mahasiswa. Cukuplah kebodohan itu datang dari mereka sahaja. E-voting jelas membuka ruang lebih tercemarnya demokrasi kampus. Kerahsiaan dan jaminan tiada. Setakat cakap bolehlah kerana benda belum terjadi lagi. Siapa boleh jamin sistem tidak diceroboh oleh orang lain? Mahasiswa jangan takut dengan tekanan. Universiti milik anda. Anda ada hak. Anda ada suara.Yakin dengan kuasa yang ada supaya tidak mudah diperbodohkan. Jangan jadi pak turut kepada pihak yang berkepentingan. Jika tidak, tiada makna universiti pada mahasiswa.

1 comment:

miashuhada said...

salam

undian secara manual pun berlaku penipuan apatah lagi e-voting...semuanya x boleh dipercayai...

sebagai mahasiswa/i, kita dikatakan boleh bersuara menyatakan pendapat, berhak untuk membuat bantahan tetapi apakan daya kita...semua itu tidak diambil peduli...yg pasti sebagai mahasiswa/i, kita pasti akan terus berjuang menegakkan hak + kebajikan yang sepatutnya...

Wallahualam..