Hamba yang hina sedang mengembara di tanah gersang,
Menanti saat malaikat maut datang bertandang,
Menjemput diri ini ke alam persinggahan yang menakutkan,
Sebelum tibanya hari kebangkitan yang dinantikan.
Salam wasilah ukhuwah fillah Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat keMelayuan',Umno terus berdemonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi. Sebelum ini, jika Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen daripada pemimpin dan media milik Umno. "berlaku huru-hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara." Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!
Khairy Jamaludin mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini. Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan.
Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW. Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya. Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman web http://harakahdaily.net)
Salam wasilah ukhuwah fillah. Golongan kafir selalu mempersoalkan hakikat kebenaran Islam. Walhal kelompangan agama mereka terdedah melalui kedangkalan ilmu para penganutnya. Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut lima kali sahaja di dalam Al-Quran. Mengapa? Hal ini kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan para nabi dan rasul-Nya. Walau bagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Islam percaya Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan? Di dunia yang fana ini, hanya Nasrani (Kristian) sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, pada akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Analogi mudah, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, “antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam saja? Bukankah Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?” Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran : 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagungan-Nya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, “Kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, “Kuku juga anugerah Tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?”
Tirai 2010 bermula dengan hambar bagi Malaysia khususnya mahasiswa yang mendukung ‘aspirasi kemahasiswaan’ di kampus-kampus kini. Pilihanraya kampus pada tahun ini telah menggemparkan negara. Sebelum bermulanya pilihanraya kampus tersebut, mahasiswa-mahasiswa dari IPTA yang bergabung dalam persatuan mahasiswa seperti Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pro Mahasiswa (Pro-M) telah menganjurkan demonstrasi untuk membantah penggunaan E-Voting dalam pilihanraya kampus. Demonstrasi-demonstrasi telah berakhir dengan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis.
Penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis tidak melemahkan anak-anak mahasiswa ini daripada terus berjuang untuk membantah perlaksanaan E-Voting. Sedih dan sungguh memalukan. Nampaknya AUKU tidak lagi menjadi “momok” untuk menakut-nakutkan mahasiswa untuk aktif dalam dunia aktivisme. Saya percaya, tidak lama lagi, gerakan untuk memansuhkannya akan menjadi lebih kuat dan tidak mustahil untuk mencapai kemenangan oleh kerana semakin ramai mahasiswa telah sedar bahawa AUKU tidak relevan untuk mereka dan undang-undang tersebut bermaksud untuk menjadikan mereka seperti “robot” yang boleh dikawal. Apalah yang boleh dikatakan lagi dengan demokrasi kampus kita? Memang serius.
HEP jangan jadi bodoh setelah membodohkan mahasiswa. Cukuplah kebodohan itu datang dari mereka sahaja. E-voting jelas membuka ruang lebih tercemarnya demokrasi kampus. Kerahsiaan dan jaminan tiada. Setakat cakap bolehlah kerana benda belum terjadi lagi. Siapa boleh jamin sistem tidak diceroboh oleh orang lain? Mahasiswa jangan takut dengan tekanan. Universiti milik anda. Anda ada hak. Anda ada suara.Yakin dengan kuasa yang ada supaya tidak mudah diperbodohkan. Jangan jadi pak turut kepada pihak yang berkepentingan. Jika tidak, tiada makna universiti pada mahasiswa.
Sempena permulaan tahun baru ini, mari kita renungkan bersama kerana setiap daripada kita ada melakukannya. KITA SEBENARNYA...
* Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
* Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
* Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
* Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
* Lebih suka lepak, tidur tengok TV daripada sembahyang
* Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
* Lebih suka menyebut hello!...hai! daripada Assalamualaikum
* Lebih suka pakai cap dan topi daripada tudung atau kopiah
* Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid dan bertahmid
* Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
* Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
* Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama
* Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
* Lebih suka mencarut, @#%^&! daripada menyebut MasyaAllah
* Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
* Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
* Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
Hairannya apabila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab, “Kita SEBENARNYA Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka” Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT? Apa yang Tuhan suruh itu sama-samalah kita buat, yang dilarang itu kita pakat tinggallah. Kalau Allah SWT dah syariatkan wajib laksanakan Hukum Hudud, maka kita kena patuh. Jangan beralasan lagi! Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada hamba-Nya (termasuk menang Pilihan raya Umum daripada pengundi hantu) tetapi kita masih lupa kepada-Nya. Insya Allah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau sebagaimana dalil naqli dalam Sural Al-Mu’min, ayat 39-40, yang lebih kurang alih bahasanya: "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga , mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab”. Benarlah firman Allah SWT. Wallahualam.
Kami Guru Malaysia Berikrar dan Berjanji Mendidik dan Memimpin Putera-Puteri Negara Kita
Pada Seri Paduka Kami Tumpahkan Setia Rukun Negara Kita Panduan Hidup Kami Semua
Di Bidang Pembangunan Kami Tetap Bersama Membangun, Membina Negara yang Tercinta
Amanah yang Diberi Kami Tak Persiakan Apa yang Kami Janji Tunai Tetap Kami Tunaikan
Salam wasilah ukhuwah fillah Demikianlah antara bait-bait lirik Lagu Kami Guru Malaysia yang sering dinyanyikan oleh para guru di seluruh Malaysia setiap kali menjelang tarikh keramat 16 Mei yang meraikan dan memperingati pengorbanan dan jasa insan bergelar guru, cikgu, ‘sir’, ‘teacher’, ustaz/ustazah, dan seumpamanya. Tugas dan peranan guru dalam mendidik anak bangsa amat besar implikasinya. Benarlah kata-kata Sasterawan Agung Negara, Dr. Usman Awang, “...siapa saja pada hari ini menjadi dewasa, sejarahnya bermula daripada seorang guru biasa, dengan sabarnya mengajar tulis, baca”.
Takdir penentu segala-galanya. Setelah mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi, akhirnya pada 30 Disember 2009 yang lalu saya melapor diri sebagai seorang guru di SMK Agaseh. Lebih membahagiakan apabila saya ditugaskan menjadi pendidik di daerah sendiri. Saat pertama kali melapor diri secara rasmi, debaran memang dirasakan hangat. Namun ALhamdulillah dengan ilmu pedagogi yang ALlah Ta’ala ilhamkan, semua berjalan lancar. Mohon kepada pembaca budiman, doakan agar saya bergelar guru berjiwa murabbi kelak.
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Nasib Malang Guru 1Malaysia
-
Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang
hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan
Kementeria...
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah... Kepada sesiapa yang ingin menggunakan artikel di dalam blog ini, Muslimin Agung sangat mengalu-alukan untuk tujuan ilmu dan dakwah. Mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk sertakan alamat blog ini melalui artikel yang digunakan Sama-samalah kita hargai masa dan kajian saudara kita walaupun sekelumit pendapat dalam blog ini tidak punya (C) hakcipta. Gunakanlah bahasa yang indah lagi berbudi dalam memberi komen, pandangan atau teguran. Ke Arah Mukmin Profesional.