Thursday, June 10, 2010
Sunday, May 23, 2010
Hidup & Matiku
Thursday, May 13, 2010
KRIS 2010

Salam wasilah ukhuwah fillah.
Kem Remaja Islam 2010 (KRIS ‘10) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus pada musim cuti sekolah. Program ini dibentuk mengisi keperluan remaja untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan pancaroba kehidupan. Kecelaruan membabitkan pelbagai persoalan seperti pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KRIS 2010.
Proses pembelajaran dilakukan secara interaktif dengan bantuan alat audio dan visual, sinergi kerja dalam kumpulan (LDK), aktiviti indoor dan outdoor, segmen bicara hati ke hati, serta fasilitator yang setia berada sepanjang masa untuk akses yang optimum. KRIS 2010 adalah sebuah program bersifat residential, yang menggabungkan segala unsur pembelajaran untuk kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara eksklusif kepada para peserta. Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal akan disampaikan kepada remaja dengan bahasa remaja. Kami juga menawarkan ruang untuk peserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik daripada IPTA seluruh negara untuk sumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti.
MAKLUMAT ASAS PROGRAM
1) PENGANJUR
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB (PIBA)
PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS) LAHAD DATU
PERSATUAN PUTERA-PUTERI ISLAM (PERPPIS) LAHAD DATU
2) TEMPAT & TARIKH
SMK AGASEH LAHAD DATU
05 ~ 08 JUN 2010 / 22 ~ 25 JAMADIL AWAL 1431 HIJRAH (SABTU, AHAD, ISNIN, SELASA)
3) YURAN PENYERTAAN : RM 15.00
4) SASARAN PESERTA : PELAJAR TINGKATAN TIGA HINGGA ENAM SAHAJA DARI SEKOLAH
i) SMK Agaseh
ii) SMK Sepagaya
iii) SMK Segama
iv) SMK Desa Kencana
Sunday, April 25, 2010
Alam Baru
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu, seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita sering diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah. Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas. Hakikat sebenarnya hidup kita belum berakhir. Nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. Bahkan malaikat maut belum sudi menemui kita buat sementara. Cuba kita lihat dan amati setiap arah ke utara, selatan, timur, dan barat. Lihat setiap inci ruang di sekeliling kita. Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan penghidupan. Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju. Ingatlah, penamat hidup kita hanya satu, iaitu tatkala Malaikat Izrail datang bertamu sekalipun tanpa kita mahu. Nyawa kita terpisah daripada jasad. Itupun kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam baru iaitu alam akhirat yang yang lebih luas dan kekal abadi. Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa kita ke jalan selamat. Ameen...
Wednesday, March 17, 2010
Manifestasi Mazlan
Bertuah rasanya apabila pada 15 Mac yang lalu, PAS Kawasan Lahad Datu dikunjungi oleh Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau yang dalam rangka lawatan kerja rasmi bersama rombongan seramai lapan orang terdiri daripada ahli Lajnah Pembangunan Tanah, untuk meninjau permasalahan di Negeri Bawah Bayu ini. Selaku Pengerusi ANAK, yang memeperjuangkan hak para peneroka, beliau sering mendapat tentangan daripada kerajaan. Klimaksnya terbukti melalui penahanan reman beliau dua hari sebelum berlepas ke Sabah.
Mujurlah nusrah Allah tiba tatkala pucuk dicita, ulam mendatang. Beliau dibebaskan tanpa syarat. Dalam perjumpaan beliau bersama masyarakata Lahad Datu, beliau mendedahkan berkaitan kepincangan pengurusan tanah oleh kerajaan termasuklah isu Felda. Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.
Menurut beliau, walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa apabila para peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant. Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja di ladang seperti dahulu. Mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM 90,000.
Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindas semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka. PAS Kawasan LD menyokong perjuangan ANAK. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini. Semoga Saudara Mazlan terus istiqamah memperjuangkan hak ANAK yang semakin diratah tanpa betah.
Tuesday, March 16, 2010
Tinta Perjuangan
Memang betul, bukan semua orang yangg berjuang sokong hudud itu hatinya bersih. Sesuatu yang pasti, SEMUA orang yang berjuang secara songsang menentang hudud itu confirm jahiliyah, jumud, niat tak betul dan hati busuk. Macam ahli-ahli UMNO dan kroninya yang lain itu. Asyik tahu menghabiskan beras super dan subsidi kerajaan saja. Bicara ilmu dan siasah tak mampu menerobos sempadan diri dan segenap massa.
Kekadang ramai generasi muda terlampau-lampau pulak sehingga melanggar garis adab-adab dan hukum dalam Islam semasa berpolitik. Yang salah wajib ditegur dan yang ditegur diharap dapat terima dengan hati terbuka. Menentang UMNO adalah tuntutan dakwah. Dakwah adalah tugas kerasulan. Wahyu yang mengganti al-rasul yang telah pergi meninggalkan kita terus berkumandang berseru agar umat menolak pemikiran sekular dan syirik terhadap kedaulatan al-Quran dan al-Sunnah. UMNO, kerana terkurung di tempurung sekular, kita tentang dan kita dakwah.
Dakwah ertinya menarik ke syurga, bukan menghumban umat ke neraka. Ketika seorang daripada kita sudah di ambangnya, berdoalah untuknya, bukan menghina dan membencinya. Di ambang kubur, PAS dan UMNO adalah sama. Di depan adalah syurga dan neraka. PAS berdakwah ke syurga dan menahan umat dari murka dan neraka-Nya. UMNO, walaupun mungkin tidak sebulu dengan kita tapi mereka juga hamba-Nya yang pasti akan menempah syurga atau lebih ramai di neraka.
Friday, February 26, 2010
Sekadar Jawapan (Siri 2)
9) Sami Budha menjawab, "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, “Habis tu, kita cuma berdosa kecil sahajalah jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ada deria?” Jangan membunuh sembarangan!
10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "Habis tu, awak makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus" Jangan cuba di rumah! Menjengkelkan!
11) Sami Budha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab, "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan jugakan? Lagi besar penyakitnyakan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kisah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Bukankah khinzir itu ciptaan Allah, kenapa orang Islam tak makan babi? Jawapannya mudah, “Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.”
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Ka’abah. Islam bukan sembah Ka’abah, tapi Ka’abah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Ka’abah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah. Ka’abah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Ka’abah (sejadah). Jika ada gambar Ka’abah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Ka’abah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Segala persoalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan kepada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Hadapi serangan kuffar tanpa sebarang rasa gentar!


