Wednesday, October 15, 2008

Akhirnya Kini Pasti

Kurang 24 jam daripada sekarang saya dan 33 orang sahabat-sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS yang lain bakal bergelar mantan. Saya tidak dapat menggambarkan apakah perasaan saya pada saat ini – sama ada gembira, terharu, atau berbaur antara keduanya. Boleh jadi saya gembira kerana galasan amanah bakal berpindah tangan kepada para pemimpin muda yang memiliki idealisme perjuangan yang relevan dengan peredaran zaman. Mungkin juga saya bersedih kerana selepas saja pembubaran MPP ini saya tidak berpeluang lagi menikmati erti hidup sebagai pemimpin pelajar secara formal. Saya tidak dapat bayangkan selepas ini, hari-hari yang saya lalui tanpa memikirkan gerak kerja MPP, manakala malamnya pula sibuk dengan mesyuarat di sana sini tanpa mengira waktu dan ketikanya. Terasa manisnya bergelar pimpinan pelajar selama 10 bulan yang lalu. Pada kesempatan ini, saya merakamkan sejambak kasih sekalung apresiasi kepada semua pihak yang banyak membantu perjuangan saya selama bergelar Setiausaha Agung, MPPUMS Sesi 2007/2008. Istimewa buat sahabat baik dunia dan akhirat, Sdra. Burhanuddin bin Sirajuddin yang menjadikan saya daripada ‘any body’ menjadi ‘some body’. Apa-apa pun sekarang semakin hampir waktunya untuk saya bersara. Semakin pasti detik itu akan tiba. Kepada pewaris perjuangan “Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”, saya ucapkan selamat berjuang di medan jihad PRK ini. Lakukan yang terbaik demi mendaulatkan syariat ILahi di bumi UMS ini. Ayuh kita himpunkan wacana yang bersifat ilmiah, agar terawat kebodohan golongan yang memerangi demokrasi secara membuta tuli, mengubat kegelojohan golongan besar yang mengimani demokrasi hingga lupa kepada nilai dan prinsip integriti, dan mematikan nafsu pengampu yang tidak sedar diri. Akhirnya, kini pasti kami akan bergelar Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008. Selamat Berjuang Adik-adikku.....

4 comments:

Hilal Azmi said...

perlu ka letak mantan tue??ehee... selamat berjuang kepada sesiapa yang bertanding!

ACHIK AIDIK'S ABDULLAH said...

lepas ni xdok dh ler,pangkat agung 2...he3...sedihnya orang kuat kita dah turun,tapi xpo biar hina di mata manusia asal mulia di sisi ALLAhSWT...

Unknown said...

mantan pada jawatan, bukan jadi alasan, perjuangan tetap perlu diteruskan!

Muslimin Agung said...

Akan ku sematkan dalam sanubari berjuang hingga ke titisan darah terakhir yg ku miliki. Nantian kemunculan Alumni MPP 07/08