Wednesday, January 28, 2009

Kembara di Australia

Peluang yang diberikan oleh pihak KPT kepada Alumni MPP Sesi 07/08 untuk mengadakan program pengantarabangsaan saya manfaatkan sepenuhnya. Bukan mudah mendapat peluang keemasan seumpama ini sekalipun timbul kontroversi di kalangan mereka yang (mungkin) dengki dan iri hati atau tidak mengerti. Saya mengambil keputusan yang bercanggah dengan prinsip saya selama ini. Pada hemat saya, keputusan organisasi lebih utama berbanding kepuasan diri sendiri. Takdir Allah menentukan segala-galanya. Tangal 13 Januari 2009 saya bersama 23 Alumni MPP yang lain diiringi tiga pegawai pengiring dan seorang ejen pelancong daripada Tabung Haji Travel & Service berangkat ke Melbourne, Australia. Penerbangan yang memakan masa lapan jam itu amat memenatkan. Pengalaman pertama kali solat dalam kapal terbang dan bercasa harmoni. Mujurlah telatah Chua Yong Wei yang berlagak seperti pramugara (bukan pramulagho) sepanjang penerbangan banyak menceriakan suasana.
Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kami mengaktifkan waktu masing-masing mengikut waktu tempatan. Waktu di telefon bimbit saya setkan awal tiga jam daripada waktu Malaysia mengikut waktu tempatan di Melbourne manakala jam tangan silver (hadiah Anugerah Kepimpinan Kolej sempena Malam Penghargaan HEP) saya kekalkan mengikut waktu di Malaysia. Perasaan gusar mencengkam tatkala melihat betapa rigidnya pemeriksaan dan kawalan keselamatan oleh pihak Kastam di sana. “Bukan apa bang, diaorang buat macam ni tanda diaorang sayang rakyat dan negara.” Hilal melontarkan idea sewaktu saya mengomel perihal pemeriksaan yang menyusahkan itu. Ada benarnya juga. Patutlah Australia jarang menghadapi wabak atau virus yang membahayakan haiwan ternakan, tumbuhan hatta rakyatnya juga. Manakan tidak, kasut yang berlumpur akan dibuka atau ditanggalkan saja! Ketibaan kami disambut mesra oleh ejen di sana dan seorang pemandu bas yang sangat peramah orangnya, Uncle Micheal (saya memanggilnya Pak Mikail). Pak Mikail ini suka berseloroh.
Setibanya di lobi hotel, Haminuddin memberi penerangan ringkas tentang Program Delegasi Mahasiswa ke Australia. Kami dijadualkan akan ziarah di empat tempat iaitu Melbourne, Canberra, Sydney, dan Brisbane. Setiap tempat yang kami kunjungi itu akan disertai dengan lawatan ke universiti-universiti dengan objektif percambahan idea untuk dibentangkan kepada pihak pentadbiran UMS guna menaiktarafkan sistem dan kemudahan yang kita miliki kini untuk manfaat 10, 000 pelajar yang lain. Pembentangan tersebut dijadualkan pada 24 Februari 2009 di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6 jam 9.00 pagi. Justeru, saya menjemput sahabat-sahabat mahasiswa yang ingin mendengar atau berkongsi pengalaman kami di Australia untuk hadir ke pembentangan tersebut. Jemputan ini khusus kepada mereka yang antigonis terhadap program lawatan tersebut sehingga sanggup melontarkan fitnah dan melakukan pembohongan. Pada sesi pembentangan tersebut kami dijadualkan akan membentangkan hasil lawatan ke universiti-universiti tersebut dalam aspek perkhidmatan pelajar, sistem akademik, pengurusan aktiviti pelajar, dan yang sama waktu dengannya. Idea-idea tersebut akan berkembang dalam bentuk yang sungguh luar biasa dan berbeza daripada yang asal. Sekalipun lapan hari bergelar Australia Man, hakikatnya kami masih boleh kekal komited sebagai mahasiswa Muslim walau pun hidup di bumi asing. Indahnya alam ciptaan Tuhan.

15 comments:

Deana said...

Salam.

Alhamdulillah, bgsnya abg dpt peluang sebegini..

teringat masa form 6 bila ada guru besar sekolah dr Britain dtg melawat. Byk persoalan mengenai sistem sekolah di sana dpt kami ketahui melalui beliau. InsyaAllah, nanti bila tiba masa membentang tu..blhlah kami yg x pergi tu tau apa2 yg pihak Alumni MPP dpt di sana~ :)

kembara ilmu sampai ke Australia tue...hehe

Anonymous said...

Ini bukan soal lawatan ke Australia, itu saudara berhak mendapatkannya kerana pengorbanan saudara dan rakan-rakan semaa menjadi MPP, tetapi ini berkenaan prinsip.

"Saya mengambil keputusan yang bercanggah dengan prinsip..."
kata orang, bukan saya kata, orang kat...
Orang yang tak berpegang pada prinsip, adalah orang yang tak amanah, orang yang tak amanah ialah orang yang tak boleh dipercayai....
renung2kan.....

(saya yakin dan percaya, prinsip itu dibuat berlandaskan kemampuan seseorang, cthnya: prinsip saya ialah barang yahudi haram bagi diri saya, walauapapun keadaan yang mendatang yang membenarkan prinsip itu dibolosi, prinsip tetap prinsip...tiada istilah "... Pada hemat saya, keputusan organisasi lebih utama berbanding kepuasan diri sendiri".......

Hilal Azmi said...

Prinsip dipegang bagi memastikan diri ini mendapat kepuasan & sebagai benteng bagi menyelamatkan diri dari sesuatu pegangan yang dirasakan kurang sesuai dengan diri kita.

Namun, bila kita dah ada tanggungjawab dalam organisasi, prinsip organisasi perlu lebih ditekankan kerana organisasi yang dipegang bukan untuk kepentingan diri semata-mata...

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Suka hati sayalah tentang prinsip yang saya pegang. Menyibuk saja kamu ni. Orang kalau dah tak suka kita, benda baik kita buat pun tetap dia tak puas hati. Moga Allah memberi hidayah kepadanya. Ameen.

Anonymous said...

salam.. em..pasal prinsip ya.. bisa saja boleh di langari. teringat satu ketika, kamu "bersuara" kepada mrk yg "sealiran" dgn kamu d mpp (waktu itu kamu kepala kolej). "suara" kamu sinis..agar tidak mengikuti "geng2" mpp pergi ke lawatan yg danjurkan mrk. tiba sekarang kamu yang "tidak berprinsip" melanggari apa yg kamu katakan dulu...

ada terkena virus isme-isme ke?

Anonymous said...

maaf kalu menguris hati saudara...
tapi, apa yang saya katakan adalah apa yang saya fikirkan..
mungkin bagi orang lain cara meninterpretasinya lain..itu terpulang....
Ini berkenaan prinsip, bukan berkenaan dengan mana-mana pihak mahu pun perasaan..."
maaf sekali lagi saya pohonkan..
prinsip kalau mudah dilanggari itu menunjukkan kelemahan kita.....
saya faham apa yang ingin disampaikan oleh saudara hilal, masih ingatkah lagi kita pada kerajaan malaysia yang ingin membawa pasukan chelsea ke Malaysia? Chelsea mempunyai pemain israekl malah jurulatihnya juga pada masa itu Israel, adakah perlu kita korbankan prinsip kita disebabkan prinsip kesukanan itu lebih penting dari prinsip negara yang mengahram sebarang aktiviti dengan negara zionis?
saya yakin dan percaya, suatu hari nanti akan ada pula lawatan dari universiti israel ke Malaysia, dan kita akan akan langgari sekali lagi prinsip dengan mengatakan" prinsip pendidikan adalah lebih penting daripada prinsip negara"...
wallahu'alam..

Muslimin Agung said...

Kes itu haram yang nyata. Apa yang saya buat tidak ada pengisyaratan yang jelas yang haram. Sewaktu saya kepala kolej waktu itu, MPP sangat 'lagho'. Justeru, saya berpendirian untuk menolak sebarang program lawatan MPP. Tapi berbeza pada sesi kami, peranan saya sangat besar untuk memastikan pengisian lawatan itu lebih berorientasikan akademik. Oleh sebab itu, saya korbankan prinsip diri demi kepentingan organisasi yang mashlahatnya lebih tinggi. Ini soal usul fiqh. Kalau tiada ilmu jangan bahaskan mengikut emosi yang dipandu nafsu durjana. Tiada nas yang mengatakan orang yang melanggar prinsip adalah orang yang tak amanah. Saya mohon saudara kemukakan dalil. Wal'ahualam

Anonymous said...

sebagai mana yang saya katakan di comment yang atas, ini orang kata, bukan saya kata, orang kata..kalau betul, betullah, kalau tak betul, tak betul..
seperti juga pepatah melayu
"siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong, lama-lama mencurui..."
saya akui saya tidak berapa mendalami ilmu usul fiqh, tapi saya juga mempunyai asas sedikit. bagi saya, ilmu itu luas, saya hanya gunakan Qias dalm soal ini, dalam nak menentukan hukum banyak cabangnya
1.Al-quran..tiada dlm al-quran
2.Hadis nabi
3.ijmak ulama
4.qias
Dalam kita hendak berbicara mengenai qias, ada 4 rukunnya...saya rasa ini saudara sudah mengetahuinya malah lebih mengetahuinya daripada saya...

saya kurang pasti adakah Israel itu jelas haramnya pada kita atau tidak? ...
Bagusla kalau mengenai lawatan itu, saya bangga kalau saudara sudah menjadi 'mujaddid' dalam hal ini....

Muslimin Agung said...

Kebanggaan itu hak milik Allah bukan pakaian kita. Luasnya ilmu ada cakupan untuk menilai kebaikan dan keburukan. Kepatuhan Rasulullah s.a.w dengan dasar permesyuaratan (Syura) dengan para sahabat merupakan bukti yang jelas polisi pentadbiran lebih diutamakan berbanding prinsip/idealisme individu. Ini asas perbincangan kita. Dalam Sirah Perang Badar, ada peristiwa jelas tentang pendirian Nabi Muhammad s.a.w yang ditolak hasil daripada musyawarah dengan sahabat.

Anonymous said...

Cakap tak serupa bikin...tak lah agung sangat!!!!!!!!

Anonymous said...

memeng cakap tak serupa bikin...pirah muslimin agung ni...

Anonymous said...

helo kepada semua....ini saje nak update pasal isu ZIONISME...saya rasa ramai yang salah tafsir...ini sejarahnya...

Masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

Muslimin Agung said...

Minah Senget & Ahmad Albab...
Biarlah Allah yang menilai. Kita ini bukan penghukum tapi adalah pendakwah untuk membawa kebenaran. Salam kebahagian menyinar

irshadian said...

masa saya dicuri akibat membaca komen disini, mulanya pasti membidas dengan perilaku yang nyata bercanggah prinsip. namun slps itu saya rasa kalau cd ke sana atas maslahat student ums, tahniah, semuanya dengan niat, tUHAN SAJA TAU, tapi berapa ramai yang lain yang berfikiran serupa.

masa mencanang manifesto, di mata, telinga dan fikiran hanya ada pelancongan luar negara. Sungguh kecewa dengan lawatan mpp lagho ke italy,PELAJAR BERJALAN kaki, tapi sekarang kita lihat hasil lawatan australia pula.

kemudian lihat pula, susulan ums terhadap lawatan berharga kalian.

(komen neutral, tanpa emosi)

kue bangke said...

kdg jawapan dengan menyoal semula..

kdg2 org yg brtya lebih tahu akan apa jawapan sebenarnya. Mereka bertanya kerana cuma mahu menilai cara kita menjawab..

Seperti kisah pendakwa VS pendkyah..
pendkyah bertanya:
"apakah Islam itu agama yang benar..?"

c pendakwah menyoal;
"apakah agama saudara juga agama yang benar...?"

-wallahua'lam-