Thursday, February 12, 2009

Warkah Seorang Lelaki

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah aku merintis jalan
Bertahun sudah hasratku terhalang
Kekal bersemarak api keazaman
Pada keramat doa dan harapan

Aku melangkah bermula dari lembah
Aku mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering aku ditikam onak

Namun kerana aku lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisi luruh rahsia di hati

Kesianlah teman yang sejati
Di dalamnya aku mengenal diri
Tenangnya wajah manisnya bicara
Kerana ku menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa

2 comments:

iseums said...

pantun pun ok gak... tapi puisi macam tak ngam pulak...

nice!!!

Muslimin Agung said...

ISEUMS, puisi itu istilah induk yang merangkumi pantun, sajak, seloka, gurindam, dan syair. Jadi tak timbul isu entri ini sama ada pantun atau puisi. Faham?