Friday, April 24, 2009

Pulangkan Segera

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam menjejak kaki di UMS (‘Universiti Masalah Selalu’. Ops! Universiti Malaysia Sabah) yang tersergam indah ini. Tanpa disedari hanya tinggal dua minggu sahaja saya berada di sini sebelum angkat kaki melangkah pergi. Terlalu banyak peristiwa pahit, manis, masam, masin dan yang sama waktu dengannya hadir menerjah menghiasi perjalanan bergelar mahasiswa. Peluang yang diberikan Allah Ta’ala untuk saya menjadi penggerak dakwah di kampus amat saya syukuri. Apatah lagi saya berpeluang menjadi pimpinan formal dan informal yang menjadi tiket untuk saya menghadapi sepak terajang politik kampus guna mendepani kehidupan realiti di luar sana. Makin bertambah ilmu, makin terasa khilafnya diri selama ini. Seolah-oleh belum cukup lagi ilmu di dada untuk menghadapi karenah masyarakat yang penuh ragam. Saya akan gagahinya. Sepanjang empat tahun menjalankan ukhwah fillah bersama kawan dan lawan terasa banyak terhutang budi dengan kalian. Pada kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan atas kedaifan diri. Mohon ihsan kawan dan lawan jika saya pernah terhutang budi, terpinjam barang, termakan dan terminum, agar dihalalkan segera. Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Namun jika ada yang ingin menuntut jangan segan hubungi saya melalui blog ini. Insya Allah jika mampu saya bayar, akan saya lunaskan segera. Khuatir benar hidup berhutang, bimbang syurga akan menendang. Istimewa juga untuk kawan dan lawan yang pernah berhutang dengan saya, insya Allah telah lama saya halalkan, tapi jika berhajat menjelaskan jangan segan untuk menghubungi saya. Bagi yang meminjam, terpinjam, atau terambil (tanpa izin) barang-barang kepunyaan saya seperti baju, buku, CD, DVD, garpu, sudu, dan yang seiringan dengannya – tolonglah pulangkan segera! Saya pula yang aib untuk menagih berulang kali. Ayuh, sama-sama kita baca dan aminkan doa ini.

“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah.

Kami mohon perlindungan kepada-Mu daripada sikap pengecut dan bakhil.

Kami berlindung daripada cengkaman hutang dan penindasan orang. Ameen.”

6 comments:

Anonymous said...

iklaskan jak lah yg da xdpt ditagih lagi tu, bukan apa, takut ada org jd mcm mariam..
"Pulangkan Hartaku!!!" hahahahahah...

irshadian said...

uina sandi jua urang lelaki ni mun meminjam dibikin harta sendiri, garpu pun mau pinjam.

kalau aku harta lain aku boleh halalkan, tapi kalau buku aku tetap tuntut tanpa rasa malu.terima kasih yang arif

Hilal Azmi said...

insyaallah...semuanya dihalalkan...harap kalo ada terasa hati dimaafkan jugak...huhu

Muslimin Agung said...

Selamat Aman dan Makmur.....
Manifestosi yang tidak menjadi
Kasihan papabosan...mmg bosan hidupmu. Jom p masjid mngisi sisa2 hisupmu drpd asyik naik motor dgn bukan muhrim. Haram tu!

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Terima kasih papabosan yang hidupnya bosan saja. Suka hati sayalah nak 'delete' komen siapa pun dah ini blog milik saya. Sebagai tetamu kenalah jaga dab bertamu ya.

NurSyahadah said...

salam
kami pn minta halal semua...