Thursday, July 2, 2009

Perpisahan Hakiki

Gerimis ini

Bagai mengerti kelukaan hati

Ku cuba terus untuk berdiri dan berlari

Melawan arus kepalsuan dirimu yang pasti


Namun

Jiwaku masih diselubungi bayanganmu

Masih berlegar dalam rakaman kalbuku


Lupakan, lepaskan, bebaskan aku pergi

Biar hatiku merintih bukan kerana simpati


Kuharapkan sahabatku

Perpisahan ini membahagiakanmu

Kupohon agar kau tidak membenci diriku

Kerana aku pergi bukan atas kerelaanku

Untuk sebuah nilai kesetiaan yang telah kau

Perjudikan dalam kedukaan hatiku


Terima kasih atas kepura-puraanmu (Anonymous)…

Aku halalkan segalanya demi persahabatan itu


Selamat tinggal dunia realiti

Aku kini menuju akhirat yang abadi


1 comment:

zuyyin wada'ah said...

semoga tabah menerima ujian Allah...
don't give up abg.cd...
insyaAllah,abg.cd boleh mengatasinya...
semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T
:)