Thursday, August 27, 2009

Bahaya Fitnah

Fitnah adalah peringatan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam kepada umatnya. Fitnah disinonimkan dengan dekatnya kejadian kiamat dan kehancuran dunia untuk selama-lamanya dengan kehadiran alam akhirat yang dijanjikan Tuhan. Peperangan dan pembunuhan menjadi mudah kerana gagalnya manusia mengawal bahang fitnah yang sedang menyala dengan rakus sekali. Senario ini menjadi lebih dahsyat apabila fitnah itu meruncing dalam kalangan umat Islam sendiri, seperti yang berlaku di Pakistan, Iraq dan bumi Palestin hari ini. Umat Islam adalah saksi Allah di bumi ini. Itulah peranan yang hilang dalam kehidupan akhir zaman hari ini.

Abdullah bin Ubay lebih bersalah di Madinah saat hidup bersama RasuluLlah. Beliau melakukan kerja fitnah dan kerosakan yang hampir sekali menggugat kestabilan kerajaan pimpinan baginda sendiri. Isteri baginda difitnah lebih dahsyat daripada fitnah yang menimpa DSAI beberapa tahun lepas di Malaysia. Tetapi hukuman berlaku tanpa pertumpahan darah. Kenapa? Sebab, Abdullah bin Ubay adalah seorang muslim walaupun beliau seorang penipu yang diketahui jelas penipuan syahadahnya. Begitulah Islam meletakkan hukuman bagi memastikan keharmonian dalam dunia Islam. Tiada jihad ke atas sesama muslim sehinggalah berlaku pemberontakan yang membakar keharmonian itu. Saat itu, darah pemberontak menjadi halal. Ini dunia Islam. Undang-undang sebuah kerajaan Islam.

Di negara kita dan di negara-negara umat Islam hari ini, walaupun diperintah oleh muslim yang berotak penjajah yang menolak ketuanan Al-Quran sebagai perlembagaan kehidupan dan negara, hukum ini terus berjalan. Pemberontakan atas alasan agama sekali pun adalah salah dan terlarang. Teras hikmahnya adalah mengelak pertumpahan darah dan fitnah yang pasti lebih merosakkan dan menghancurkan kehidupan umat Islam. Ini sehinggalah berlaku dan menjadi nyata dan terang kekufuran pihak pemerintah. Contoh kes seperti pemberontakan Sultan Aurengzeb (digelar Umar Abdul Aziz India) ke atas ayahandanya sendiri, Raja Akbar (pembina Taj Mahal) dengan menangkap, mengurung dan merampas kuasa kerajaan Islam India yang dipenuhi kecemerlangan dan keadilan selepas itu.

Kezaliman wajib ditentang tetapi bukan dengan pertumpahan darah. Hak adalah milik pemerintah sebagaimana juga milik rakyat. Yang dizalimi adalah lindungan Allah manakala penzalim adalah teman syaitan. PAS yang menjadi pembangkang kepada kerajaan pimpinan UMNO sering dituduh sebagai pemberontak di negara umat Islam. PAS menafikan sekeras-kerasnya. PAS mengharamkan penentangan bersenjata di negara sendiri. PAS telah dizalimi dan saatnya yang tertentu, ahlinya ditembak dan dibunuh, lalu tidak diadili seadilnya. Ingat peristiwa Memali yang menyaksikan pembunuhan ala Masjid Merah itu. Pernahkah PAS memfatwakan pembalasan dengan pembunuhan juga. Tidak! Kita pencinta kedamaian. Yakinlah, Allah pasti memelihara hizbuLlah yang berjuang untuk-Nya daripada fitnah yang melata di bumi muslimin hari ini.

3 comments:

Hilal Azmi said...

mungkin pembetulan, Raja Akbar bukan raja yang bina Taj Mahal.. Tapi Raja Shah Jahan.....Ehe...

Anonymous said...

ya btul... memang islam menganjurkan kedamaian dan mangharamkan fitnah.... Memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.... tapi kalau abang tau yang skuad Jemaah UMS telah mula memfitnah sebagai langkah awal PRK UMS??? mintak komen??? ADAKAH ini baik dan diharuskan dalam bulan ramadhan ini..... dari aspek feqah awlawiyat.????

Vita Meglio said...

salam komen...fitnah itu subjektif..tapi kebenaran itu relatif..so, dun wori be hepi abe cd.. =)