Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Seruan mengajak manusia kepada mentaati Allah, menjauhkan manusia daripada taghut, adalah tanggungjawab yang besar di atas bahu manusia mukmin. Jalan itu menjanjikan bara api dan tempa yang memang menjadi Sunnatullah kerana hanya dengan ujian itu, terbit berlian yang indah dan bernilai tinggi. Kejayaan yang diraih itu sudah tentu dimiliki oleh sekeping hati yang suci. Ibarat pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Itulah yang dikatakan hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hati yang mulia inilah yang dirintis oleh para anbiyak, golongan sahabat, angkatan hawariyun, sehinggalah zaman ulamak pada akhir zaman ini. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera” [37: 83-84]. Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik-tolak usaha Nabi Ibrahim alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan baginda sebagai seorang Rasul. Menurut Ibnu Qatadah, inilah hati yang bebas merdeka daripada syirik dan nifaq.
Hati yang sejahtera tidak prejudis dengan ketentuan Allah, tidak malas beribadah. Hati yang sejahtera lebih bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Ia bukan hati nifaq yang bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas dan riyak. Justeru, kita wajib menjaga kesucian hati yang DIA amanahkan agar kita sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan ILAHI. Kepentingan wehdatul qalbi terletak lebih atas berbanding wehdatul fikr untuk mencapai kesatuan dalam gerak kerja para da’ie. Pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yg hakiki, kalau hati itu BERSIH. Allahumma ya muqallibal qulub,tsabit qulubana `ala diinik wa `ala ta`atik. Redha penawar mengajar erti sabar.

1 comment:
persoalan hati jarang2 dsentuh dlm brpgram.byak yg mementingkan nama dan prestasi shingga mlukakn ukhwah...rumus byk berpgram makin mantap ukhwah perlu dimuhasabah smula dmna silapnya wlaupn scra teorinya ia ke arah itu...wihdatul fikri menjana ukhwah hakiki..salam ukhwah bang
Post a Comment