Istimewa sungguh percutian semester yang saya nikmati sempena penggembaraan selama 13 hari. Pelbagai kenangan manis, pahit, masam dan masin yang dirasai. Saya pecahkan waktu percutian ini kepada empat acara:
1) Tiga hari pertama : Mendalami ilmu siasah bersama pejuang dan pencinta Islam
2) Dua hari kemudian : Ziarah sahabat di Jerteh
3) Lima hari yang diamanahkan : Titisan Siswa II Sesi 2008
4) Tiga hari yang lapang : Umrah di Putrajaya
Tempoh 13 hari yang dianugerahkan oleh Allah SWT telah memberi ibrah yang terbesar dalam hidup saya. Saya terdidik dan dididik agar menjadi insan yang tabah menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang. Cuba bayangkan dalam pengembaraan ke tempat yang asing tanpa seorang teman pun, saya serahkan hidup dan mati kepada Dia Yang Maha Berkuasa Mematikan dan Menghidupkan.
Setiap empat acara yang saya lalui memiliki keistimewaan yang tersendiri, yang tidak mudah untuk saya lupai, yang kekal bersemadi dalam sanubari, menjadi inspirasi, memburu damai abadi. Pada saat ini, saya merasa cukup bertuah terpilih untuk menjadi insan tunggal pemburu cinta Ilahi dalam tempoh 13 hari yang lalu. Saya selalu berdoa agar ada insan bertuah yang lain diberi kesempatan untuk menikmati dan merasai betapa bahagianya mengembara seorang diri sebagaimana nikmat yang pernah saya rasai ini. Amin.
Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim)
-
Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan
sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan
beliau membuat p...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment