Saturday, June 21, 2008

JOM BELAJAR KIRA-KIRA HARGA MINYAK

Tindakan kerajaan Barisan Nasional menaikan harga minyak baru-baru ini telah memberi impak terhadap rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Pengumuman yang dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya itu merupakan ‘buah tangan’ daripada kerajaan beliau kepada rakyat yang masih setia mengundi dacing dalam pemilihan yang lalu. Rasain lo..kesian delo...

Beliau mengumumkan kenaikan hampor 41% iaitu kenaikan sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM1 untuk diesel berkuatkuasa 5 Jun lalu. Hal ini meyebabkan kenaikan harga petrol daripada RM1.92 seliter menjadi RM2.70 (Masya Allah, mahalnya). Maka timbul persoalan, kenapa Malaysia yang diiktiraf sebagai antara pengeluar bahan bakar utama ini bertindik zalim menaikan harga minyak sehingga membebankan rakyat? Bagi rakyat yang mudah ‘digula-gulakan’, maka mereka akan percaya dengan alasan lapuk kerajaan kononnya harga minyak di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura dan Thailand. Kesian delo...

Ayuh kita soroti satu persatu, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tirai kezaliman ini:
1) Sewaktu kempen PRU 12 yang lalu, TPM Dato’ Najib menjanjikan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga minyak selepas PRU. (Rujuk laporan BH, 4 Mac 2008). Mana janji manis itu? Macam mana manifesto BN “Selamat, Aman dan Makmur” akan terlaksana, andai rakyat terus terbeban dengan kenaikan ini. Pada masa yang sama, para menteri dan media arus perdana lebih berminat memperkatakan kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak ini. Lebih memeranjatkan, apabila Menteri Pengajian Tinggi melaporkan bahawa sebanyak RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada bajet untuk KPT untuk membiayai subsidi tersebut. Bersediakah mahasiswa menghadapi bahana ini? Kita telah tertipu...
2) Malaysia mengeluarkan sebanyak 600,000 tong sehari manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sehari. Secara nominal, berlaku lebihan pengeluaran sebanyak 200,000 tong. Suatu hakikat yang perlu diketahui, minyak yang digunakan di dalam negara kita adalah minyak yang diimport dari luar negara yang berkualiti rendah dan harganya jauh lebih murah iaitu USD35 setong berbanding harga minyak yang dikeluarkan oleh negara kita iaitu USD145 setong dan lebih berkualiti. Kita tertipu lagi...
3) Menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz pendapatan negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun berikutan kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Kenyataan beliau turut disokong oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohd. Yaakub yang menegasakan bahawa kenaikan harga minyak merupakan rahmat kepada negara kita. Cuba kita andaikan, negara memperoleh tambahan pendapatan RM200 juta akibat kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir minyak pada tahun 2006 kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Jadi, apa perlunya rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak yang membenankan. Kita ditipu dan tertipu lagi...
4) Kita memuji tindakan bijak PM menurunkan sebanyak 10% pendapatan anggota kabinet (langkah ini sudah lama dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama Kelantan yang terus unggul di bawah kepimpinan ulamak). Malangnya, rakyat terbeban dengan lebih 41% kesaan kenaikan harga minyak. Hakikatnya, perjalanan harian para menteri dibiayai dengan menggunakan duit rakyat. RM2 bilion penjimatan yang diumumkan Pak Lah jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperoleh RM74 setahun atau 20 sen sehari. Hakikatnya, pada masa yang sama para menteri masih boleh berfoya-foya dan bercuti ke luar negara.
5) Syarikat Minyak Nasional, Petronas gagal mendukung aspirasi kewujudannya yang bertujuan untuk membela rakyat tempatan agar tidak terbeban dengan sebarang kenaikan minyak global. Pada hemat saya, jika Tun Abdul Razak masih hidup sudah tentu dia akan kecewa dengan situasi sekarang yang berlaku dalam Petronas. Hal ini kerana beliau yang telah mengasaskan penubuhan Petronas pada tahun 1974 mengharapkan agar keuntungan Petronas dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat. Ironinya yang berlaku. Petronas sering membair buktinya sebanyak RM3.5 juta sebulan dibelanjakan untuk membayar gaji seramai 105 orang pemuzik orkestra di Dewan Phirharmonik milik Petronas, yang majoritinya adalah rakyat asing. Kita semua kena tipu-menipu...

No comments: