Thursday, July 24, 2008

TRANSISI KEMATANGAN MAHASISWA

Tidak terasa cepatnya waktu berlalu. Sekarang saya sudahpun memasuki tahun akhir (tahun empat) pengajian di UMS. Hari ini pula genap tiga minggu saya bergelar guru pelatih di SMK Sanzac, Kota Kinabalu. Macam-macam pengalaman yang ditempuh dengan perasaan yang berbaur gembira atau sebaliknya.

Umumnya, kita semakin dewasa dari hari ke hari yang bermula dari perhitungan saat, minit, jam hinggalah perubahan tahun. Kedewasaan itu merupakan proses kematangan. Dalam proses ini, sama ada kita sedar atau tidak, kita telah melakukan banyak kesilapan natijah kealpaan kita kepada Yang Maha Esa. Apa yang pasti dan diakui mengikut fitrah, seorang yang semakin dewasa tidak patut berkelakuan seperti kanak-kanak, sebaliknya ia harus lebih tua daripada umurnya sekarang.

Seorang yang berpandangan jauh merupakan pemimpin yang dikagumi oleh komuniti yang dipimpin olehnya. Maka dengan itu setiap pemimpin mahasiswa wajar menilai tahap dan kualiti kematangan mereka berfikir. Adakah idea yang dilontarkan mampu mencerminkan label sebagai mahasiswa? Masanya sudah tiba untuk memikirkan bagaimana untuk menjadi pemimpin Malaysia yang berkarismatik dan mampu mewujudkan suasana "Malaysia Baru" pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dianggap sebagai 'tsunami politik' negara. Persoalannya kini, bersediakah mahasiswa memimpin negara? Saya bersedia!

5 comments:

pijol@fizul said...

saya pun bersedia!tapi tak cukup ilmu lagi kot.nak abis degree dulu.hehe

pijol@fizul said...

saya juga ada satu persoalan, adakah mahasiswa pemimpin negara sudah menunaikan tugasnya sebagai 'mahasiswa'??

Muslimin Agung said...

Untuk jawapan soalan p-joe, kita kena tanya semula apa tugas dan peranan kita sebagai mahasiswa?

1) Cemerlang akademik dan abaikan aktiviti kemasyarakatan/kemahasiswaan

2) Aktif dalam aktiviti msyrkt/kmahasiswaan tapi lengai dalam akademik

3) Aktif aktiviti dan cemerlang akademik

Jawapannya ... (Pilihan di tangan anda)

pijol@fizul said...

tapikan, pada pendapat muslimin agung la, kita menyeru/sarankan org/mahasiswa bersedia memimpin negara, walhal masih ramai yang tak dapat mengecapi kecemerlangan akedemik walaupun tidak aktif beraktiviti. apa pandangan saudara mengenai fenomena ini?tq

Muslimin Agung said...

Bijak pandai ada megatakan,
"Jika kita tak mampu melakukan semua perkara, jangan tinggalkn semua perkara"

Maknanya, dalam kapasiti yang kita ada kita sebenarnya boleh melakukan satu anjakan paradigma dalam masyarakat seandainya kita mengoptimumkan bakat dan kelebihan yang kita ada. Lakaran sejarah banyak mencatatkan betapa individu yang berjaya tidak semestinya memiliki segulung ijazah atau kecemerlangan akademik tapi disebabkan kemampuan mereka mengeksploitasi kelebihan dan bakat yang dimiliki. Saya optimis kita mampu malakukannya. Masauntuk berubah!