Gendang pilihan raya kampus (PRK) bagi kawasan Kolej-kolej Kediaman di Universiti Malaysia Sabah sudah pun dipalu. Perkembangan ini sama ada kita sedar atau tidak, pada 15 September Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Sesi 2007/2008 di setiap Kolej Kediaman akan dibubarkan secara rasmi. Pada tarikh yang sama, borang penamaan calon untuk JAKMAS Sesi 2008/2009 akan diedarkan secara percuma di setiap Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Kediaman. Dapatkan segera sementara stok masa ada! Suatu pembaharuan yang dilakukan pada tahun ini apabila PRK peringkat MPP dan JAKMAS diasingkan. Pada hemat pentadbiran, kaedah ini relevan untuk memastikan proses PRK berjalan dengan lebih lancar dan telus. Hal ini tidaklah bermaksud bahawa PRK sebelum ini tidak telus sebaliknya kaedah ini diaplikasi untuk menjadikan pengurusan PRK menjadi lebih baik. Hari penamaan calon akan diadakan pada 17 September 2008 di Anjung Siswa. Sementara itu, hari pengundian jatuh pada 19 September 2008 yang akan diadakan di Dewan Kolej Kediaman (bagi Kolej AB dan CD), Kafeteria Kolej E, Pejabat Kolej IP, dan lobi Perpustakaan (bagi Kolej NR). Pada kesempatan ini, saya menyeru sahabat-sahabat mahasiswa agar menunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi dan pemilih. Pangkahlah calon yang berkredibiliti untuk mendaulatkan suara dan perjuangan mahasiswa di peringkat pentadbiran, kebangsaan, dan global. Kepada yang bakal menjadi ‘YB JAKMAS’, saya berpesan agar berjuanglah secara adil dan bersih. Tanpa mengira fikrah perjuangan kita sama ada Aspirasi atau Pro-Mahasiswa, apa yang penting kiblat perjuangan kita adalah ke arah memperjuangkan isu-isu kebajikan mahasiswa yang semakin hari seolah-olah diperkotak-katikkan oleh ‘golongan besar’ yang hakikatnya tidak berjiwa besar sebaliknya hanya ‘berbadan besar’.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
10 comments:
ahaha..dah mula!!!jom kita berjuang habis-habisan..ehehe
Hancurkan Kuffar, Daulatkan Mahasiswa
mantapkan Perjuangan Mahasiswa.... ke peringkat arena global.
saya nak bertanding gak..!!!
Salam WUFI...
Kalau Affan nak btanding, nta kena potong rambut dulu, bru nampak kemas n macho. Ana risau klu rambut nta mcm tu, Doraemon tak benarkan btanding. Nanti kena tahan lg mcm time penamaan calon tu.
terkilan....
Salam WUFI...
Nampaknya hanya Kolej AB dan E sahaja yg ada pertandingan. Kolej IP tak cukup calon, manakala Kolej CD atas 'tipu muslihat' orang besar yg bertubuh besar itu, maka genap 9 orang yg ingin betanding, jadi smua menang tanpa btanding. Sy difhmkan ada seorang calon yg ingin btanding di Jakmas CD, tp ats label beliau kononnya seorang Muslimat dan 'budak masjid' maka si orang besar itu enggan menurunkan tanda tangan. Tak adil betul! Mantan Pengetua AB yang terbaik.
Salam pembuka bicara,
Siapa yg menang? dan siapakah yang diuar2kan bakal mengambil takhta presiden pmums?
lepas ni boleh la saudara murcd fokus pada pelajaran pula ya?
p/s: Kasian sama Affan.
Salam WUFI Kembali...
Utk makluman Sdra Aby, PRK yg blangsung baru2 ini hanya melibatkan JAKMAS sahaja, manakala MPP, PMUMS pula akan dibubarkan pd16 Okt dan PRK peringkat MPP akan diadakan pd 23 Okt 2008. Jadi, PRK baru2 ini tdk menentukan siapa jadi Presiden MPP mrangkap Presiden PMUMS.
Walau bagaimanapun, secara integralnya pro-mahasiswa UMS bjaya menakluki dua buah kolej manakala hampir semua calon pro-mahasiswa berjaya bgelay 'YB JAKMAS' Sesi 2008/2009
Salam pembuka bicara. Bayu bercerita, Fanshuri telah dilantik sebagai YDP JAKMAS AB yang baru? Tahniah buat barisan kepimpinan JAKMAS AB 08/09, Pencetus Generasi Bijaksana.
Adalah diharap nanti keputusan penuh PRK JAKMAS & MPP dapat disiarkan di ruangan blog saudara.
Post a Comment