Tuesday, February 24, 2009

Kaparinya

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku
Racunku minum jadi penawar

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak sejarah Hawa dan Adam
Alam berkembang berubah-ubah

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah molek untuk hidangan

Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mahsyur seluruh alam
Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam

5 comments:

NIVYANFAZZA said...

Duduk-duduk si anak punai
sambil mematuk si beras putih
kalau sudah tuan hamba berpunya
jangan terlepas nanti perasaan sedih

Mursidi Amat nama diberi
baik di hati senyum bersemi
Jangan lupa orang di sini
bila kompang mahu berbunyi

haha.....

nivyanfazza.blogspot.com

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Jalan-jalan di atas titi
Duhai adikku sabarlah menanti
Doakan yang terbaik untuk abangmu ini
Moga bertemu muslimah sejati

Anonymous said...

lepas baca puisi tuan
teringin plak nak bagi ulasan
hai..tuan, tingginya angan
jgn sebarang carilah yg sepadan
dapat yg baik adek doakan...

irshadian said...

assyahid hassan albanna kata hendaklah mencari yang sefikrah

irshadian said...

oo tmbahan paling kurang yang menghormati fikrah pasangannya