Pakar pemikiran kreatif, Jaafar Abdul Rahim pernah berkata, “Seperti halnya kedahagaan kepada air, kedahagaan ilmu juga menuntut usaha menghilangkan kedahagaan. Caranya adalah dengan ‘meminum ilmu.’ Kedahagaan kepada ilmu juga boleh ‘mengenyangkan’ minda, fikiran, intelektualisme dan kerohanian.” Malah menurut beliau, kedahagaan ilmu melibatkan proses pencarian ilmu yang tiada penghujungnya. Melihat realiti hari ini, kedahagaan ilmu seolah-olah tidak wujud. Masyarakat lebih mengagungkan budaya ‘A’ sehingga menimbulkan kesan negatif. Buktinya, Subashini A/P G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut, gara-gara tidak mendapat 4 A dalam UPSR seperti yang diharapkannya.
Dalam pada itu, Mayo Foundation for Medical Education and Research yang berpangkalan di Amerika mendapati kes bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an, tetapi berlaku peningkatan selepas tahun 2000 dengan jumlah 132,000 kes direkodkan di seluruh dunia. Antara puncanya termasuklah tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan. Tidak dinafikan bahawa tekanan perasaan dan kekecewaan yang dialami pelajar setelah mengalami kegagalan dalam peperiksaan turut terangkum dalam punca-punca tersebut.
Ternyata, pembelajaran berorientasikan peperiksaan, iaitu sekadar mahu mengejar ‘A’ dalam peperiksaan mengundang gejala negatif dalam masyarakat. Justeru, sebagai ahli komuniti dalam masyarakat, perkara ini perlu segera diatasi dengan memikirkan langkah penyelesaiannya. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap terbuka, memahami keupayaan anak, jangan terlalu mendesak atau meletakkan sasaran yang tinggi. Namun yang paling penting ialah didikan agama yang secukupnya perlu, supaya anak-anak tahu konsep dosa dan pahala, sekaligus menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah agama.
Kesimpulannya, sekiranya kita mahu melahirkan individu bersahsiah seimbang, bukanlah tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga perlu cemerlang daripada segi sosial dan emosi. Keghairahan masyarakat terhadap budaya ‘A’ seharusnya mencakupi integrated knowledge, iaitu kesepaduan ilmu yang menyeluruh. Dengan demikian, kes bunuh diri dalam kalangan pelajar mungkin dapat dikurangkan kerana para pelajar menyedari peranan mereka masih belum berakhir sekalipun gagal dalam akademik. Salam Jihad Akademik

1 comment:
setuju sheikh.
Apapun, perjuangan ke arah kecemerlangan juga penting. Mungkin bagi anak-anak sekolah rendah dan menengah tidak lah boleh ditekan sebegitu.
Bagi di universiti, saya berpendapat adalah wajib bagi mahasiswa mengetahui keutamaannya ketika ini. Terutamanya kepada mahasiswa islam.
Harap coretan ini tidak menjadi sebagai langkah keluar mudah dan alasan jika kita hanya sebagai mahasiswa bertaraf mediocre sahaja.
Perjuangan mahasiswa Islam ialah perlu berdaya saing. Berdaya saing dengan yang mahasiswa bukan islam yang ketika ini memonopoli kelas pertama.
Alangkah baiknya
Post a Comment