Saya pasti ramai yang mengimpikan untuk menjadi kaya hatta bergelar jutawan suatu hari nanti. Bagi golongan yang beriman sudah pasti mengharapkan harta kekayaan yang penuh keberkatan dan bukannya malapetaka berbentuk istidraj yang akhirnya memakan tuan. Istidraj bererti suatu pemberian daripada Allah yang tidak direstui-Nya atau ibarat umpan yang diletakkan di dalam perangkap. Jika perangkap itu perangkap tikus, maka tujuannya adalah untuk memerangkap haiwan perosak itu. Tikus yang terpedaya dengan umpan akhirnya terperangkap ketika sedang asyik menikmati makanan yang tidak disedari berupa umpan itu. Malang sungguh nasib tikus itu.
Sebagai manusia yang dikurniakan akal kita sudah pasti boleh mengelakkan diri daripada senasib malang seperti Si Tikus itu. Oleh yang demikian jika seseorang itu dikurniakan kesenangan harta, pangkat atau kekuasaan, sewajarnyalah sering kali timbul pertanyaan di dalam hatinya, “adakah harta, pangkat atau kekuasaan yang dianugerahkan Allah itu sebagai suatu kurnia yang memberikan kebajikan untuk dirinya di dunia mahupun di akhirat atau semua itu suatu istidraj yang memerangkapnya di akhirat kelak?” Jika seseorang sentiasa berada di tahap itu nescaya dia tidak akan lalai sebaliknya akan mensyukuri nikmat tersebut dengan memanfaatkan pemberian Ilahi untuk tujuan kebaikan semata-mata.
2 comments:
Tak semua yang hijau itu zuhud dan baik, tak semua yang merah itu istidraj dan mencari harta untuk diri sendiri...
Yng hijau tidak semua yang sebersih musa, dan yang merah pula tidak semua sekotor firaun
Salam WUFI...
Khaifa haluka syeikh? Dah lama tak bkunjung ke Teratak Mahligai Muslimin Agung ni. Akhirnya berjaya juga 'posting' ni memanggil Nivyanfazza.
Sedikit komen, kena ingat dik orang yang bersubahat juga dikira dosa kerana tidak ada iman di dalam hatinya hatta selemah-lemah iman.
Memang "yang HIJAU tidak semua seBERSIH YB Musa (tapi majoriti SEKUDUS Tok Guru), yang merah pula tidak semua sekotor Firauan (hakikatnya majoriti SENISTA Fir'aun, Namrud, Hercules dll). Maaf biacaranya emosi atas kebenaran.
Post a Comment