Friday, July 25, 2008

PENDIRIAN MPP, PMUMS SESI 2007/2008 TERHADAP KEPUTUSAN PRU KE-12

(Artikel ini sudah pernah disiarkan dalam Wasilah Bil.07)
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah. Sudah hampir lima bulan Pilihan Raya Umum ke-12 berlalu, dan pada masa yang sama juga kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri telahpun membentuk kabinet masing-masing. Istimewanya pada pilihan raya kali ini berlaku pelbagai keputusan di luar jangkaan apabila lima negeri (iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya ditawan oleh Barisan Alternatif (BA) yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Manakala lapan negeri yang lain kekal di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Para penganalisis politik berpendapat, pilihan raya umum yang lalu merupakan satu 'watershed' dalam sejarah politik Malaysia yang telah merubah landskap politik negara. Sekiranya pilihan raya dijalankan mengikut sistem perwakilan bernisbah (proportional representation), PR dalam konteks ini termasuklah DAP yang memenangi 51% undi popular (untuk Semenanjung Malaysia) telah pun mengambil alih pemerintahan negara. Mujur ada undi Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN daripada terus menangung aib.
Apa pun keputusan yang telah dibuat oleh rakyat, para pimpinan MPP, PMUMS lebih bersifat memihak kepada tuntutan majoriti berdasarkan asas perjuangan untuk kebajikan rakyat. Tidak kira sama ada kerajaan negeri yang telah dibentuk dikuasai oleh PR atau BN, kami tiada masalah untuk bekerjasama pada masa akan datang termasuklah dalam program K-Siswa (Khidmat Siswa) dan seumpamanya. Harapan kami semoga setiap parti yang menang dalam pilihan raya yang lalu dapat mengotakan janji menjadi satu realiti. Sama-samalah kita berdoa agar bumi Malaysia terus sejahtera di bawah nanungi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. - mcd -

1 comment:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI
Untuk makluman pembaca, Wasilah merupakan risalah yang menjadi lidah rasmi MPP, PMUMS Ssi 2007/2008. Risalah ini hanya diedarkan dalam kampus sahaja dan terbit dua minggu sekali. oleh didapati di kafeteria berhampiran