Lantaran itu bersempena ulang tahun pertama kemenangan yang didokongi penggerak jihad ISEUMS, maka sewajarnyalah suatu penilaian dibuat bagi mengukur sejauh manakah kesan perlaksanaan kita terhadap kemenangan yang Allah Ta’ala pinjamkan ini? Sejauh manakah pula tanggungjawab dan amanah ini telah berjaya kita galas dan laksanakan? Hujan atau panas kelangsungan perjuangan kita diukur daripada keupayaan kekal istiqamah di atas landasan yang hakiki. Selain itu apabila beroleh kuasa, apakah kita mampu melebarkan misi perjuangan sehingga menjadi sendi ke atas kehidupan mahasiswa di kampus khususnya, dan masyarakat luar amnya? Berapa ramaikah hati-hati yang telah berjaya kita sentuh untuk kembali beramal dengan kesyumulan Islam? Atau sebaliknya, semakin ramai yang menjauhkan diri dek pendekatan kita yang rigid dalam berdakwah? Nau’zubillah. Pasang atau surut kesetiaan dan sokongan mahasiswa terhadap ISEUMS terletak terhadap metodologi dakwah dan konsep program yang kita rencanakan.
Justeru, kita tidak seharusnya jemu menterjemahkan perjuangan sehingga melahirkan ahli dan pimpinan yang berkualiti, dihormati dan disegani masyarakat. Kualiti ini bukan lahir dari jelmaan peribadi tetapi penghayatan perjuangan di kalangan penggerak jihad ISEUMS. Lantas pengukuran prestasi dalam setahun ini penting bagi memastikan keupayaan kita untuk menguasai medan yang lebih luas pada masa akan datang, ‘yang positif dijadikan teladan, yang negatif dijadikan sempadan’, guna memperbaiki diri yang akrab dengan kedaifan. Saya optimis, mahasiswa UMS meletakkan harapan yang tinggi ke atas kita. Sekalipun kita enggan mengukur pencapaian kita itu, pengukuran dan perhitungan berterusan para malaikat-Nya terus sampai ke singgahsana Allah SWT siang dan malam. Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini. Realitinya, ISEUMS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada siasah kampus atas landasan perjuangannya yang keramat itu. Kita harus kuat dan berani. Ironinya, jika kita longgar dan longlai, segala-gala yang di dalam tangan tidak mustahil akan luluh dan berderai. Perjuangan yang diasaskan oleh mereka yang telah pergi medahului kita ini perlu terus relevan, dan panji-panji Islam ini perlu terus tegak berkibar di dalam gengaman tangan-tangan muttaqun yang jujur dan ikhlas. Selamat bermuhasabah.
6 comments:
Salam..
Walaupun adam xmasuk stand iseums sesi lepas, tapi adam dapat rasakn juga cabaran yg dhadapi..mungkin sbg pmerhati, cuma mampu melihat..tapi adam mmg betul2 respek dengan iseums coz dpt mmbawa satu perubahan dekat ums..
Apapun, slamat ulang tahun..moga iseums pnjang umur..
Happa Birthday to Sahabatku Arif Ainuddin, 12 Mac 1987. Tak cukup umur lagi nak kahwin ni...Kasihan dello
birthday iseums or sahabat..???
Kedua-duanya sekali
Salam..
Gurun dan coklat..Gurun Coklat..Gurun coklat tidak masuk kod..Satupun tidak masuk kod..tiada dan tiada..
Semoga ISEUMS terus berjuang demi agama!! Takbir!!!
hehehe, komen jak tu.
Post a Comment